Selamat Hari Raya Aidilfitri

ketupat_4wrAssalammualaikum W.B.T

Debaran Hari Lebaran kian terasa oleh umat yang Islam yang akan menyambut hari raya aidilfitri tidak lama lagi. Hati juga terasa sedih kerana bulan ramadhan yang mulia akan pergi meninggalkan kita, semoga kita semua diberi peluang untuk berpuasa pada tahun-tahun yang akan datang, InshaAllah.. Masa sangat cepat masa berlalu, moga-moga kita juga sentiasa menghargai masa yang ada dengan sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T dunia dan akhirat..

Dengan itu, HafizAmri.Com ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN untuk semua pengunjung blog Hafiz. Terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini dan terima kasih atas segala perkongsian yang diberikan oleh rakan-rakan blogger sekalian. Ampun maaf dipinta seandainya terdapat kesalahan sepanjang perkongsian yang diberikan dalam blog ini.

Jadikan Hari Raya tahun ini penuh makna dengan meraikannya bersama keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. jangan lupa untuk meminta maaf dan memberi maaf. Berhati-hati juga dijalan raya dan berayalah dengan bersederhana 🙂

Semua tersenyum di pagi hari raya,

lupakan saja segala sengketa,

Ampun dan maaf daku pinta,

Mari Raya bersama-sama ^^,

~ Selamat hari Lebaran ~

bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

1 comment… add one
  • Rina

    Selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1434 H
    Mohon maaf lahir dan batin

Leave a Comment