Seorang Wanita Merogol Sepuluh Lelaki

Wanita memperkosa  Lelaki

TAMBOV – Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.
Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat.

Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.
Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.
Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.
“Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine,” kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. – Agensi

HUKUM BERKENAAN ROGOL

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini.

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape

Comments

2 comments… add one
  • Pena

    Macam2 perangai manusia sekarang,pelik-pelik,kita sebagai ummat islam perlulah berpandukan kpada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan pedoman bersama,dan kite tidak akan sesat buat selama-lamanya..

  • Dunia dah semakin maju,manusia pula semakin hilang ketamadunan..
    Sama2 kita jauhkan perkara2 yang dilarang dan Terlarang..

Leave a Comment

Cancel