Serius Menjaga Solat Subuh

20130427_060328

Kita biasa mendengar orang berkata: “Sesiapa yang tidur selepas Subuh tertutup pintu rezekinya.” Mengapa Subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka?Saya percaya bagi mereka yang bekerja makan  gaji, isu ini tidak timbul kerana pada hujung  minggu mereka boleh tidur semahunya. Hari  tidak bekerja, gaji tetap dibayar. Sama ada  mereka tidur selepas Subuh atau tidak, rezeki  tetap ada. Malah sesetengahnya bukan hanya  tidak bangun untuk solat Subuh, tetapi terus  tidur sehingga tengah hari kerana gaji  bulanannya tetap sama. Jadi, berdasarkan itu,  kurang tepatlah kenyataan di atas bagi  mereka.
 
Namun kalau dinilai dari sudut kesihatan, ada  juga kebenarannya. Apa tidaknya, kalau tidur  dalam tempoh yang lebih lama, akan ditimpa  penyakit. Bagaimana? Ya, kalau tidur selepas  Subuh tubuhnya akan lemah. Bayangkan kalau  mereka bersikap begitu, boleh jadi umurnya  akan pendek. Dengan itu sumber pendapatannya akan terhenti.
 
Sebenarnya Rasulullah s.a.w. telah  mengingatkan umat Islam dalam hadis Baginda  yang bermaksud: “Berpagi-pagilah (subuh)  dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-  pagi itu ada keberkatan dan kejayaan.”  (Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat)
 
Rasulullah mahu umat Islam bangun awal untuk  mencari rezeki kerana Allah menurunkan rezeki dan keberkatan pada waktu pagi. Maknanya,  kalau mereka bangun lambat, keberkatan sudah  tiada. Maka rezeki juga akan menjadi kurang.  Sebab itu Abdullah Ibn Abbas (Ibn Abbas)  ketika melihat anaknya tidur pada waktu pagi,  beliau berkata “Bangun! Adakah kamu tidur pada  waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
bunting-murah

Comments

1 comment… add one
  • azimah mohd zainuddin

    Terima kasih atas peringatan

Leave a Comment