Siapakah Ananda Krishnan Orang Kaya Malaysia No.2

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Ananda Krishnan terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda Krishnan menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia Beliau tidak suka menonjolkan diri dan sentiasa memeliharakan profil yang rendah, akan tetapi kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.

Masa Muda Ananda Krishnan

Dilahirkan di Brickfields yang merupakan “India Kecil” kepada Kuala Lumpur, Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga Tamil daripada Sri Lanka. Sewaktu kecil, beliau seorang kanak-kanak gagap.

Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institusi Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1964. Ananda Krishnan pernah berkahwin dengan seorang puteri Thailand sewaktu muda lagi.

Kerjaya Ananda Krishnan

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatan-kegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda) – (P/S: Judi haram!).

See also  Pelari Wanita Palestin Olimpik - Keajaiban memang berlaku

Usaha Ananda Krishnan yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat.

Perhubungan Tokok Politik

Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan. Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda Krishnan kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970-an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr Mahathir.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan menubuhkan Semangat 46, Ananda Krishnan telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor).

Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia.Pada tahun 1993, sebuah syarikat yang dikuasai Ananda Krishnan telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang dimilik sebahagiannya oleh beliau.

See also  Pelajar UPSI Jatuh Bangunan, Fatimah Mina Md Juferi - Al-Fatihah

Empayar Multimedia Ananda Krishnan

Pada awal 1990-an, Ananda memulakan sebuah empayar multimedia yang kini termasuk:

• Maxis Communications Berhad (Maxis)
• Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems) – hak milik sebanyak 91%
• Astro All Asia Networks Plc
• Binariang Satellites Systems Sdn Bhd (hak milik hampir 100%)
• Bumi Armada Berhad
• Objektif Bersatu Sdn Berhad – hak milik sebanyak 49%
• Celestial Pictures Ltd yang berasas di Hong Kong – hak milik sebanyak 100%
Ananda Krishnan membeli 46% daripada ekuiti Maxis daripada Telekom British dan AT&T dengan harga sebanyak AS$680 juta dan menaikkan hak miliknya menjadi 70%. Maxis ialah syarikat telefon bimbit yang terbesar di Malaysia, dengan jumlah pengguna melebihi 8 juta, dan bahagian pasaran tempatan melebihi 40%.

Ananda juga merupakan ketua Astro All Asia Networks Plc yang merupakan rangkaian televisyen berbayar yang sulung di Malaysia. Beliau juga mempunyai rangkaian pawagam multipleks yang memegang lebih daripada 800 judul filem, serta memiliki sebahagian daripada TVB.com (cabang interaktif kepada penyiar utama di Hong Kong) dan arkib filem Shaw Brothers.

Pada tahun 1996, Ananda Krishnan melancarkan satelit perhubungan Malaysia yang sulung, berikut kemudian dengan satelit yang kedua, melalui syarikatnya Binariang Satellites Systems Sdn Bhd. Bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia Tenggara mengurangkan keuntungan syarikat itu dan memaksanya memberhentikan sejumlah pekerja-pekerja dan menangguhkan beberapa projek multimedianya.

Ananda kini merupakan Rupert Murdoch Asia Tenggara. Apa yang membezakan Ananda Krishnan daripada ornag kaya  yang lain ialah beliau telah berjaya mengumpulkan harta kekayaan berjuta-juta ringgit melalui usahanya di luar negara sebelum mengalihkan pandangan ke dalam negara.

See also  64 Tahun Nakbah Palestin

Dunia Maklumat

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
2 comments… add one
  • I do not even understand how I stopped up here, but I believed this submit used to be great. I do not recognise who you are but definitely you’re going to a famous blogger in the event you aren’t already. Cheers!

  • metrox Link Reply

    ?????

Leave a Comment

Cancel reply