Solat Antara Kejahilan dan Kealpaan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
1
Sekilas pandang : Solat merupakan tiang agama. Jika sempurna kita mengerjakannya maka kita diiktibar telah mendirikan agama dan begitulah juga sebaliknya. Sebagaimana yang kita maklumi solat mempunyai tiga rukun terbesar iaitu Rukun Qolbi (niat), Qauli (bacaan-bacaan dalam solat) dan Fi‘li (ruku‘.sujud dll).
 
Apa yang ingin diutarakan disini ialah berkenaan rukun Qauli yang kadang-kadang kita terlepas pandang atau dengan sambil lewa kita melakukannya. Sebagai contoh dalam solat berbentuk sirri, sedar atau tidak sedar kadang-kadang kita melakukan rukun qauli ini hanya dengan membacanya di dalam hati. Apakah boleh diiktibar apa yang kita lakukan itu (dengan membaca didalam hati), kita telah melaksanakan rukun qauli tadi dengan sempurna? Sedangkan kita tahu bahawa tanpa rukun, sesuatu amalan itu dikira tidak sah.
 
Begitu juga permasalahan yang berlaku bagi mereka yang melakukan rukun qauli tadi dengan terlalu kuat sehingga mengganggu (tashwiz) jemaah di sebelah. Sedangkan rukun qauli ini hanya cukup sekadar telinga kita sahaja yang mendengarnya tanpa perlu mengganggu orang lain. Bukankah mengganggu (tashwiz itu haram)? ‘
 
Sahabat-sahabat sekalian,
 
Islam telah menyusun segala amal ibadatnya dengan sempurna. Cuma kadang-kadang mungkln kita terlupa atau tidak ketahui kaedah yang sebenar dalam melaksanakan ibadah sehingga jadilah kita sebahagian daripada fitnah masyarakat.
 
Begitu juga dalam permasalahan bacaan dalam solat atau rukun qauli ini tadi. Allah Subhanahu Wa Ta‘ala telah berfirman di dalam surah al-Isra‘ ayat 110 yang bermaksud :
 
“Katakanlah: Seruan Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al-asmaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamumengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu. “
 
Sahabat-sahabat sekalian,
 
Marilah sama-sama kita renungi dan muhasabah kembali amal ibadat kita. Sejauh manakah persediaan kita dalam menghadapi ujian getir yang bakal kita tempuhi di akhirat kelak. Solat adalah amalan pertama yang akan ditanya.
 
Jika baik solat kita maka baiklah keadaan kita di akhirat esok insyaAllah. Bersama-samalah kita perbaiki amal ibadat kita. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
 
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Semua Orang Boleh Bertaubat
0 comments… add one

Leave a Comment