Tips Atasi Cepat Kalah Bagi Lelaki

Tips Atasi Cepat Kalah

Cepat tewas sentiasa menghantui lelaki yang pertama kali melakukan hubungan badan. Ini terjadi kerana mereka terlalu bernafsu sehingga lupa untuk mengawalnya. Akhirnya mereka datang inzal lebih awal dari pasangan wanita mereka. Jika anda tidak belajar untuk mengawal situasi ini, ia pasti akan terbawa–bawa sepanjang hidup anda.

Cepat kalah akan memberi perasaan kecewa kepada diri anda dan juga pada pasangan anda. Untuk elakkan ia dari menghantui diri anda, berikut adalah beberapa cara untuk atasi masalah cepat tewas.

Tips Pertama : Perlahan– lahan

Hubungan badan yang baik adalah hubungan yang di lakukan dengan penuh perasaan kasih sayang. Jika anda gelojoh,gopoh gapah  atau terlalu pantas, tiada perasaan kasih sayang akan terhasil ketika hubungan kelamin di lakukan. Akibatnya, anda akan cepat dan mudah kalah kerana terlalu ingin cepat menghabiskan hubungan suami isteri tersebut.

Tips Kedua : Tenang

Tidak perlu tergesa–gesa atau berperasaan kelam kabut ketika melakukan hubungan suami isteri. Jika anda tergesa–gesa anda pasti akan cepat pancut. Buang segala tekanan dan lakukan hubungan dengan perasaan tenang. Jangan tertekan, sebaliknya berikan yang terbaik ketika melakukan hubungan dengan pasangan anda.

Tip Ketiga : Kawal Pernafasan

Jangan bernafas terlalu laju. Sebaliknya bernafas secara relaks dan secara tidak langsung anda akan lebih tenang ketika melakukan hubungan kelamin. Jangan biarkan nafsu mengawal nafas anda. Kawal pernafasan secara sedar. Ketika mendayung, bernafas sekata dengan dayungan supaya gerakan anda lebih padu dan bertenaga. Jika nafas anda kelam kabut, anda pasti akan rasa tertekan dan akan alami cepat inzal.

Ketiga–tiga tips di atas pasti boleh membantu anda untuk lebih menikmati hubungan dengan pasangan anda tanpa mengalami ejakulasi pramatang. Betulkan mindset anda bahawa hubungan badan untuk di nikmati dengan tenang.

Untuk tips seterusnya yang lebih ‘advance’ anda boleh download ebook percuma bagaimana anda boleh lambatkan pancutan air mani anda dengan mudah.

Comments

1 comment… add one
  • Yoan

    olahraga merupakan modal utama buat seorang lelaki terutama olahraga push up

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.