Tips-tips Produktiviti Semasa Mengulangkaji

 

scrnshot-1

ywap.blogspot.com

Adik-adik mengalami kepayahan semasa membuat ulangkaji? Berasa bosan sebaik sahaja membuka buku? Asyik terleka dengan sekeliling? Ada berita baik!

Di sini penulis ingin berkongsi beberapa tips untuk memudahkan adik-adik mengulangkaji dengan lebih peka dan seronok.


1. Mengunyah gula-gula getah berperisa berbeza semasa mengulangkaji.

Mengunyah gula-gula getah dikatakan mampu merangsang minda. Bahkan, dengan mengunyah perisa tertentu untuk subjek atau bahan pelajaran tertentu, ini akan membantu adik-adik mengimbau kembali apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana ingatan akan kembali pada apa yang telah dipelajari sewaktu mengunyah gulagula berperisa sewaktu itu.

Contohnya, adik mempelajari subjek biologi sambil mengunyah gula-gula getah berperisa oren. Kemudian, sewaktu pop kuiz biologi, adik mengunyah gula-gula getah berperisa sama. Ini akan membantu adik mengingati semula apa yang telah adik ulangkaji sewaktu mengunyah gula-gula getah berperisa oren sebelum ini.

2. Membuat rakaman suara setiap syarahan

Kita semua pernah mengalami keadaan di mana sesetengah subjek amat sukar difahami. Ingin mencatat nota pula, kepantasan pensyarah bercakap sepantas roket. Maka bercelarulah fikiran dan pemahaman kita ingga menghilangkan motivasi untuk mengulangkaji pelajaran.

Oleh itu, apa kata adik-adik rakam syarahan tersebut? Selain tidak perlu tergesa-gesa menulis nota – boleh ditulis semula dengan mendengar rakaman syarahan – adik-adik boleh mendengarnya berkali-kali sambil merujuk apa-apa bahan rujukan lain sehingga memahaminya.

Labih menarik, seandainya pensyarah tersebut memberi fakta berbeza dengan fakta sebelumnya, adik-adik boleh merujuk semula dengannya dengan bahan rakaman sebagai bukti.

3. Menghadiahkan diri apabila mencapai sesuatu tahap.

Kadang-kala kita kena berdepan dengan perenggan-perenggan yang sukar dibaca serta panjang lebar. Untuk meotivasikan diri, bolehlah adik-adik meletakkan cabaran diri beserta dengan hadiah. Contohnya, apabila adik=adik telah selesai membacanya, bolehlah adik memakan seketul coklat kegemaran yang diletak tepi sebagai umpan menghabiskan bacaan.

Ini juga boleh menjadikan ia lebih seronok. Seperti menjawab soalan-soalan latihan bersama rakan-rakan. Barangsiapa yang habis dahulu atau menjawab soalan dengan tepat, akan dibelanja atau mendapat hadiah itu pula.

4. Mendengar muzik Instrumental

Pasti ramai antara adik-adik yang gemar mendengar lagu semasa mengulangkaji. Namun begitu, penulis tidak menggalakkan lagu-lagu yang mempunyai vokal atau lirik yang dinyanyikan untuk didengari semasa mengulangkaji. Hal ini kerana ia menganggu retensi maklumat. Dalam erti kata lain, sukar untuk minda ‘menghadam’ ilmu bahan bacaan kerana terganggu dengan lirik-lirik yang dibaca vokal lagu. Hasilnya, adik-adik akan lebih menghafal lagu-lagu tersebut berbanding ilmu-ilmu yang harus diulangkaji.

Ada alternatifnya. Adik-adik boleh mendengar lagu instrumental. Instrumental adalah bermaksud lagu tanpa suara, yakni dimainkan hanya instrumen seperti gitar, papan kekunci, dram. Ia tidak terhad, malahan banyak lagu-lagu popular yang mempunyai bentuk instrumental. Antara yang penulis boleh syorkan adalah ThePianoGuys di Youtube yang sering mengolah lagu-lagu popular kepada bentuk instrumental.

5. Mengikuti laman-laman dan group subjek

Kebanyakan punca hilang motivasi adalah kerana kita menganggapnya hanya sekadar belajar untuk melepasi ujian. Demi menarik semula minat, adik-adik boleh mengikuti group-group atau laman subjek tersebut baik di Facebook, Twitter, Pinterest, Tumblr, dan macam-macam lagi laman yang adik aktif.

Cuba adik-adik kurangkan notifikasi-notifikasi kosong kemudian aktifkan ‘Get Notifications’ untuk laman-laman tersebut. Pasti adik-adik akan berasa terkejut dan teruja. Penulis dapat melihat ramai adik-adik penulis pada zaman persekolahan dahulu sering berkongsi gfakta-fakta menarik daripada laman-laman ilmu ini yang tak pernah mereka pelajari dengan hanya sekadar pergi ke sekolah.
Ini merupakan antara tips-tips yang penulis jumpai yang boleh membantu adik-adik. Semoga adik-adik berjaya dalam pelajaran, persekolahan, pkerjaan, dan akhirnya, akhirat.

Semoga Berjaya!

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment