Titipan Buat Dai Muda

copy-of-pejuang-islam

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya ”Penyesalan adalah sebuah taubat.(Riwayat Abu Daud)
 
Rumah rehabilitasi itu kelihatan sangat sunyi. Warna biru muda yang menjadi warna dasar  bangunan tersebut kelihatan sayup dan suram.  Saya bersama-sama sahabat telah menyiapkan  mental dan fizikai sebelum datang ke rumah  tersebut.
Ketibaan kami disambut oleh seorang warden rumah tersebut. Kami dibawa ke surau rumah berkenaan  untuk bertemu penghuninya. Setelah memberi  salam, kedengaran suara-suara halus menjawabnya.  Warden rumah tersebut menolak pintu kaca hitam  yang menjadi batas antara kami dengan penghuni  rumah tersebut. Ternyata mereka sudah lama  menunggu kedatangan kami.
“Assalamualaikum,” saya dan sahabat memberi  salam. “Waalaikumussalam,”salam kami dibalas.  Pandangan mata berbalas. Senyum pun dilemparkan.  Terasa nyaman berada di dalam surau tersebut.
“Kalian berdua boleh mulakan sesi berkenalan  dengan mereka,” bisik warden yang menemani ke  telinga kami.
Tidak lama kemudian, kami berkenalan dengan  penghuni rumah rehabilitasi tersebut. Wajah- wajah muda belia tersebut menyentuh hati kami.
Terdetik di hati kami, tidak menyangka dan tidak  percaya dengan perkara yang terjadi kepada  mereka.
 
Pengakuan Ikhlas
 
“Kakak…Saya mnyesal dengan apa yang terjadi  dalam hidup saya. Saya insaf dan ingin  bertaubat. Saya sedar usia saya masih muda untuk  terus hidup bergelumang dengan maksiat.”
Saya berkesima dengan pernyataan adik itu. Entah  apa yang menggerakkan hatinya untuk meluahkan  perasaannya.
Setelah selesai sesi berkenalan, kami bahagikan  12 orang remaja tersebut kepada dua buah  kumpulan.Tujuan awal kami datang ke rumah  tersebut hanya untuk melakukan tinjuan.Kami  tidak menyangka ia akan berlanjutan kepada  kaunseling.
“Apa yang menyebabkan adik berada di sini”? Saya  berasa perlu mengambil tahu kisahnya dengan  lebih lanjut.
“Kehidupan saya sangat bebas. Mak saya bekerja  sebagai seorang mak andam. Saya kesian kerana mak perlu berkorban dan bekerja untuk kami. Seperti yang akak tahu, kehidupan pelajar sekolah kini sangat bebas. Saya Salah seorang pelajar yang terjebak dalam kehidupan sosial tersebut. Saya menyesal…sangat menyesal. Saya sudah buat mak menangis.
” Kelihatan mutiara jernih mula bergenang di tebing matanya. Saya tersentuh. Bersabar menunggu ceritanya.
“Semuanya berlaku tanpa saya minta.” Mutiara jernih itu kian laju menitis. Saya terdiam dan memegang bahunya. Terasa ingin menangis bersama-samanya. Saya tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
“Tak apa dik, Allah itu Maha Pengampun. Allah akan mengampunkan dosa hamba-hambanya selagi kita tidak mensyirikkan Dia.”
“Kak, saya mahu berubah. Saya mahu ubah kehidupan keluarga saya…
“Adik, perubahan takkan berlaku dalam masa satu malam. Perubahan perlu dilakukan perlahan-lahan. Manfaatkan waktu di sini untuk belajar dan menuntut ilmu agama. Jangan lupa doakan juga kedua-dua orang tua adik supaya mereka berubah perlahan-lahan.”
“Tetapi, adakah Allah akan menerima taubat saya?” Kulihat renungan matanya kosong dan dalam. “Allah pasti menerima taubat hambanya. Jika kita minta dengan bersungguh-sungguh dan tidak mengulangi kesalahan yang lalu, pasti Allah akan mengampuni kita. Renungi hadis Rasulullah s.a.w. ini yang bermaksud: ‘Sesungguhnya, Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa belum sampai ke tenggorokan.’ (Riwayat Ahmad)
Yang penting, adik jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t..”kataku sambil memegang tangannya yang kurus. “Baik kak…” Dia bersetuju. Air mata yang menitis kian kering.
 
Terlanjur Salah
 
Sahabat remaja yang dikasihi, ramai antara kita yang terlanjur melakukan kesalahan dalam kehidupan. Ada yang melakukan kesalahan kecil, namun ramai juga yang melakukan kesalahan besar.
Melakukan kesalahan tingkah laku merupakan sebuah “subjek” yang kita tidak akan peroleh dalam kelas atau dewan kuliah. Ia hanya dapat kita pelajari di “sekolah dan universiti” kehidupan. Sifat manusia yang mudah lupa menyebabkan kesalahan yang sama sering diulang-ulang. Perkara yang lebih penting daripada “subjek” ini ialah tidak jemu memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengulangi kesalahan.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Sesungguhnya, Allah merentangkan kekuasaannya pada waktu malam untuk memberi kesempatan bertaubat bagi pelaku kesalahan pada waktu siang. Dan merentangkan kekuasaannya pada waktu
siang untuk memberi kesempatan taubat bagi pelaku kesalahan pada waktu malam. Ia berlaku sehingga matahari terbit dari barat (hari kiamat).”(Riwayat Muslim)
Begitulah Allah s.w.t. Maha Pemaaf. Manusia perlu meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah s.w.t. Jangan jadi seperti pengemis yang sombong dan hanya meminta ketika sudah berputus asa dan berlalu pergi. Ketika si pemurah membuka pintu rumah untuk memberikan sedekahnya, ternyata sl pengemis telah berlalu. Tadahlah tanganmu selalu untuk memohon keampunan daripada Allah. Allah tidak pernah menolak doa hambanya yang meminta dengan bersungguh-sungguh.
Bagi sahabat remaja yang berdakwah di jalan Allah, tugas kita tidak mudah. Para ulama telah memberi garis panduan untuk menghadapi insan yang ingin kita dakwah.
Janganlah kerana mereka melakukan kesalahan, kita memandang mereka seperti manusia penuh dosa dan tidak akan diampunkan oleh Allah. Kita tidak tahu siapa yang lebih baik di penghujung kehidupan kelak. Boleh jadi mereka yang berdosa diberi pengakhiran hidup yang baik (husnal-khatimah) oleh Allah. Dan boleh jadi kita yang banyak melakukan kebaikan diberi pengakhiran yang buruk oleh Allah, nauzubillah!
 
Memperbaiki Diri dan Menyeru kepada Orang Lain
 
Steve Jobs berkata: “Kadang-kadang apabila kita melakukan pembaharuan, kita akan membuat kesilapan. Perkara yang terbaik adalah menerima kesalahan tersebut dengan cepat dan meningkatkan inovasi lain anda. ”Belajar daripada kesalahan bukanlah mengaibkan. Bahkan, ramai manusia berjaya setelah mereka belajar dan terus belajar daripada kesalahan yang mereka lakukan. Jika dalam usaha memperbaiki diri, kita masih melakukan kesalahan, jangan sesekali berputus asa untuk belajar memperbaiki kesalahan tersebut kembali.
 
PANDUAN UNTUK PARA DAI MUDA
 
1. Lemah lembut
 
Seorang ulama salafussoleh berkata:” Seorang  pendakwah perlu bermuka manis dan lemah lembut  ketika berkata-kata. Dengan bersikap tersebut,  maka kamu akan disenangi orang melebihi orang  yang memberikan emas dan perak.
 
2. Konsisten
 
Seorang Muslim merupakan orang yang berdisiplin dengan waktunya serta memiliki jadual dan perancangan dalam menjalani kehidupan sehéarian. Seorang pendakwah muda perlu mempunyai perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Dengan perancangan tersebut, kita dapat membangunkan kehidupan.
 
3. Sentiasa
 
Sheikhul Islam Ibn Tairniyah menyatakan dalam wasiatnya kepada Abu Qasim al-Maghribi: “Sesungguhnya, manusia pasti metakukan dosa. Dosa ialah hukuman kepada seorang hamba. Maka, hendaklah seseorang hamba itu beristighfar kerana tidak ada seorang manusia pun yang terhindar daripada dosa.
 
4. Turun
 
Sheikhul Islam Ibn Taimiyah berkata iagi: “Seorang hamba perlu ada waktu untuk mengasingkan diri untuk berzikir, berdoa dan bermuhasabah diri. Namun, dia tetap wajib bergaul bersama-sama masyarakat dengan solat berjemaah, solat Jumaat, ziarah-menziarahi, mengunjungi orang sakit dan hadir ke majlis ilmu.” Demikian sedikit panduan untuk para pendakwah muda. Jangan sesekali mudah menilai dan menghakimi orang yang bersalah meskipun dosanya berat. Belajarlah untuk berdakwah dengan penuh kasih sayang dan berlapang dada.
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment