Tone Excel Patuh Syariah

tone group, tone excel, tone excel penipu, keburukan tone excelTone Excel adalah salah satu sim kad yang memberikan peluang kepada penggunanya untuk menjana pendapatan. Tahun 2017 merupakan tahun ke 7 bertapaknya syarikat ini dalam industri komunikasi negara dan sehingga kini terdapat lebih daripada 500 000 pengguna tone excel.

Antara Kelebihan Tone Excel:

  • Pengguna prabayar TuneTalk akan dilindungi dengan takaful bernilai RM100,000 melalui Insuran kemalangan (P.A) dari Etiqa Takaful.
  • Setiap kali anda topup anda akan mendapat mata ganjaran (point). Mata ganjaran ini tiada tarikh luput, boleh dikumpulkan dan ditukarkan dengan tiket kapal terbang AirAsia atau handphone secara PERCUMA.
  • Pengguna Tone Excel boleh menginap di mana-mana Tune Hotel seluruh dunia dengan potongan diskaun sebanyak 30%.
  • Pengguna Tone Excel juga boleh menjana pendapatan tambahan sekiranya mereka memperkenalkan pengguna baru untuk menggunakan talian TuneTalk ini. Setiap kali mereka topup, anda akan dapat komisyen.

Walau pun dengan kelebihan-kelebihan ini, terdapat satu kekurangan yang selama ini menjadi buah mulut pengguna dan mereka yang nak menjadi ahli Tone Excel. Isu tersebut adalah berkaitan sama ada perniagaan Tone Excel patuh syariah atau tidak.

Sepanjang tahun 2010 hinggalah tahun 2016, pelbagai pendapat dikemukakan oleh pelbagai pihak berkenaan status patuh syariah perniagaan tersebut. Ada yang menghukumkan haram dan ada juga yang menghukumkannya harus.

Satu lagi persoalan yang timbul adalah kenapa pihak syarikat Tone Excel masih belum melantik badan penasihat syariah walaupun pelbagai spekulasi tentang status patuh syariahnya muncul di media.

Dari satu sudut, kesedaran pengguna tentang kepatuhan syariah sesebuah perniagaan adalah satu sifat yang positif, tetapi ini tidak bermakna pengguna boleh sewenang-wenangnya memberikan ‘fatwa’ mengikut selera mereka.

Sebagai orang Islam, kita perlu tahu bahawa mengharamkan sesuatu yang halal atau menghalalkan sesuatu yang haram merupakan satu dosa besar.

Sejarah Baru Untuk Tone Excel

12 April 2017 adalah tarikh keramat yang ditunggu-tunggu sejak penubuhan Tone Excel. Pada tarikh tersebut, Tone Excel secara rasminya telah mendapat pensijilan pamatuhan syariah.

Semakan pematuhan syariah telah dilakukan oleh Amanie Advisor.

Dalam kenyataan rasmi Amanie Advisors, mereka menyatakan pihak Tone Group telah melantik Amanie Advisors untuk melakukan proses semakan Syariah ke atas kedua-dua produk syarikat iaitu Tone Plus dan Tone Excel. Lantikan tersebut telah berlaku sejak suku ke 4 tahun 2016.

Proses semakan dan analisa ke atas struktur perniagaan, dokumentasi, perakaunan, kajian dan pemerhatian pasaran serta maklumbalas pakar-pakar syariah telah mengambil masa 6 bulan dan beberapa penambahbaikan telah dicadangkan.

Setelah berpuas hati dengan penambaikan yang dijalankan serta komitmen pihak Tone Groups untuk memastikan seluruh aspek program Tone Excel dan Tone Plus mencapai piawaian syariah yang ditetapkan, pada 12 April 2017, Amanie Advisors telah mengeluarkan sijil patuh syariah kepada Tone Groups untuk program Tone Excel dan Tone Plus.

Siapa Amanie Advisors ni?

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Amanie Advisor yang telah dilantik oleh Tone Excel sebagai panel penasihat syariah pihak Tone Groups. Untuk pengetahuan anda, Amanie Advisor adalah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang syariah, pelaburan perbankan, undang-undang, ekonomi, perakaunan dan banyak lagi.

Baca lanjut tentang Amanie Advisors di sini: http://amanieadvisors.com/new/

Dengan erti kata lain, Amanie Advisor memanglah sebuah organisasi yang layak untuk membuat semakan kepatuhan piawaian syariah dan memberikan pengiktirafan patuh syariah kepada syarikat yang layak.

Kini persoalan besar tentang status patuh syariah perniagaan Tone Excel telah terjawab. Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan atau untuk kegunaan sendiri bolehlah mendaftar sekarang.

– www.toneexcelonline.com

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment