5 Laman Jualan Online Di Malaysia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Siapa di sini pernah membeli secara online? Jika anda pernah, sudah pasti anda mendengar akan Amazon, Ebay, serta kedai-kedai jualan online pemilik laman sendiri.

 

Lelong.my

Lelong.my

Sebelum ini, penulis pernah menulis satu tutorial mengenai cara menyenaraikan barang untuk dijual di Lelong. Hari ini, penulis ingin memperkenalkan beberapa tempat yang patut dijadikan kunjungan rakyat Malaysia.

1. Lelong.my

 

Siapa di Malaysia yang tidak pernah dengar akan Lelong.com.my, anda kerugian. Di sini terdapat banyak promosi dan pilihan barang yang boleh menarik perhatian. Selain itu, Lelong rajin menghantar promosi-promosi kedai-kedai online yang dibuka di laman mereka, menyediakan seminar-seminar untuk mendidik para peniaga, serta menyediakan diskaun-diskaun menarik melalui Superbuy.my.

2. Ebay Malaysia

Salah satu cabang Ebay.com, Ebay Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Kelebihan Ebay adalah sekiranya mana-mana pelanggan mengadu tidak menerima barang kepada Ebay, Ebay akan memanggil penjual dan mendapatkan status barang yang telah dibayar tersebut.

Lagi satu, sesiapa yang telah membuka akaun di Ebay Malaysia, mereka boleh mendaftar masuk menggunakan login yang sama. Apa yang berbeza adalah tempat login, dimana untuk Malaysia sahaja adalah ebay.com.my, manakala untuk antarabangsa adalah ebay.com.

Cara pembayaran utamanya adalah melalui sistem Paypal, tetapi penjual boleh menetapkan cara bayaran lain seperti melalui akaun bank, visa, kad debit, malah Cash on Delivery (COD).

3. Easy.my Mall

Lelong.com.my dan Ebay adalah pada asalnya laman lelongan yang berkembang menjadi pusat jualan. Bagaimana pula yang ingin berbeza atau tidak mahu melelong?

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Bagi para penjual yang ingin membuka kedai online menggunakan alamat web sendiri, ini antara ‘online shop hosting’ pilihan ramai. Dibawah kelolaan Exabytes, antara kelebihannya adalah integrasi dengan Facebook, dimana para pembeli boleh membeli terus daripada laman Facebook kedai anda. Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan makluman secara emel atau SMS, analisa jualan, serta bantuan langkah pembayaran dan pembuatan e-kupon untuk promosi. Sekiranya anda membuka kedai menggunakan Easy.my, kedai anda boleh dilihat di komputer riba mahupun telefon bimbit. Hal ini kerana setiap kedai Easy.my menyediakan format yang sesuai dengan kedua-dua jenis peranti.

See also  Cara Buat Duit Menjual E-book Sendiri Dengan Bantuan Google

Easy.my menyediakan beberapa pelan dan harga mengikut kelebihan dan kesesuaian yang berbeza. Biarpun memaparkan harga bulanan, mengikut pemahaman penulis di bahagian FAQnya, anda perlu membayar jumlah setahun kerana mereka ada kontrak setahun apabila membuka kedai bersama mereka.

4. Lot.my Mall

Jika anda berasa Easy.my menyediakan pelan yang melebihi bajet anda, jenguklah Lot.my. Menggunakan sistem OpenCart, Lot.my menyediakan hampir sama faedah seperti Easy.my kecuali integrasi dengan laman Facebook dan jumlah produk yang boleh dikatalogkan setakat ini adalah 200 untuk akaun premium dan 4 produk untuk akaun permulaan.Buat masa ini cuma ada dua jenis akaun, percuma dan Premium, dimana untuk Premium anda boleh pilih sama ada untuk membayar secara bulanan RM59, atau tahunan sebanyak RM399 (jimat RM309 daripada membayar bulanan selama setahun).

5. Mudah.my

Pada asalnya laman ini adalah laman pengiklanan, namun begitu, ia cukup dikenali bagi sesiapa yang gemar membeli-belah secara online. Pada kebiasaannya, pembeli akan mencari dahulu di Mudah.my sebelum berpindah ke laman-laman membeli-belah online yang lain. Mudah.my menyediakan kemudahan akaun Pro Niaga bagi sesiapa yang ingin membuat akaun kedai. dengan itu, adalah lebih mudah menguruskan penyenaraian iklan yang banyak pada satu akaun sahaja, berbanding perlu melihat setiap satu iklan.
Ada banyak lagi pusat beli-belah secara online seperti IPMart.com.my, tetapi senarai di atas adalah yang mana penulis tahu sesiapa sahaja boleh menjual.

Selamat berniaga!

 

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
16 comments… add one
  • Thanks share bro.. namun malangnya pengguna Malaysia tidak menikmati sepenuhnya peluang yang ada (walaupun perkhidmatan itu percuma). Users Malaysia terkebelakang agak jauh berbanding negara jiran. Pada data kami, users blogger themes menggunakan shopping cart seperti di blogr cart terus meningkat jualannya, namun hakikatnya pengguna luar negara berjaya menembus pasaran bagi jualan niche masing2 & malangnya users Malaysia hanya main2 :-(. Semoga dengan adanya aplikasi percuma sebegini dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan atas talian terutamanya bagi negara kita sendiri.

  • digicify Link Reply

    Sekarang ni begitu mudah nak berniaga. Kalau rajin boleh setup website e-commerce sendiri. Kalau tak berapa rajin boleh pakai service onlune store mcm Lelong. Kalau nak cepat lagi, post iklan free di mudah.my atau http://www.pasomalam.com.

  • Banyak dan mudah nak berniaga di internet pada masa kini tapi saya ada jumpa laman web ni dia pun lebih kurang macam lelong …

  • Sukarja Link Reply

    Bagus….. Saya jg punya online store di http://condetstore.wordpress.com
    Belanja yuk…

  • jom tambah duit poket dengan menjawab survey online.daftar percuma tanpa modal.

  • dapatkan pulangan tunai bagi setiap pembelian barangan secara online.even top up mobile pun boleh dapat pulangan tunai..daftar segera di blog sy

  • Nuraisyah Link Reply

    Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

  • skygroup Link Reply

    We offer a genuine money to people who are sincerely and honestly in need of some money for some personal and business purposes. We are glad to be able to fulfill your dreams in offering you the exact amount of money you need. our money is secured and safe and it will be delivered into your bank account within 24 hours of application. contact us now with your interest.Contact Us

  • hazim Link Reply

    hazim sangat kacak

  • boleh daftar juga di shoppegram.com untuk rekod jualan harian dan cipta kedai online. percuma tau.

  • Melati Link Reply

    Terima kasih kak atas infonya. . 🙂

  • kasih Link Reply

    saya baru belajar nak berniaga online. so platform mana yang sesuai untuk saya pasarkan produk saya?

  • Shopee pun best.. tp klu lg mntap buat jgak web sendri.

  • Fara Link Reply

    Salam,

    Saya ada jual baju wanita dan anak2, bisa beli satuan dan borong. Baju dari Jakarta dan Bandung. Minat? Hubungi whatsapp +6285271119863. Terima kasih.

  • Terima kasih atas perkongsian platform jualan online di Malaysia.

  • Semakin banyak laman jualan online sekarang ini

Leave a Comment

Cancel reply