Amanah Buat Ayah, Ibu dan Anak-Anak

kids

Kelengkapan untuk mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama ayah dan ibu.  Ketegasan bapa dan keprihatinan ibu sangat penting dalam usaha membentuk peribadi  anak-anak.
 
Perincian dalam perbincangan di bawah  menambah kesempurnaan pembentukan sahsiah anak-anak. Apabila pendekatan ibu yang lemah lembut dan kasih sayang yang tiada bertepi scrta sokongan ayah yang berpanjangan dapat dilaksanakan, insyaAllah seruan agama dalam menndidjk anak-anak mengikut cara yang betul dapat diimplementasikan.
 
Software untuk Cahaya Mata
 
1. Kenali kalimah lailahaillallah
 
Daripada Ibn ‘Abbas, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Mulakanlah pengenalan kalimah lailahaillallah kepada anak-anak kamu.” (Rjwayat al-Hakim)
 
Rahsianya supaya kalimah tauhid serta syiar Islam mcrupakan yang pertama masuk mengetuk pintu telinga dan hati anak kita. Ia juga menjadi kalimah pertama yang dilafazkan pada lisan serta mula-mula difahami huruf dan mafhumnya.
 
2. Mendedahkan hukum halal dan haram ketika  anak berakal
 
Daripada Ibn ‘Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Bekerjalah dengan taat kepada Allah, jauhilah maksiat terhadap Allah serta suruhlah anak-anak kamu supaya menurut perintah dan menjauhi  laranganNya. Maka, itulah pemeliharaan diri kamu dan diri mercka daripada api neraka.”(Riwayat Ibn ]arir dan Ibn Munzir)
 
Hikmah agar anak-anak sedar dan cakna untuk melaksanakan perintah Allah lantas membiasakan diri dengan mentaatinya. Dalam masa yang sama juga, anak-anak juga akan benci dan menjauhi laranganNya.
 
Rasionalnya, apabila anak-anak sudah lazim dcngan hukum halal dan haram serta membiasakan diri dengan mematuhi syariatNya sejak kecil, maka mereka nanti hanya mengenali syariat dan prinsip Islam.
 
3. Melatjh menunaikan ibadah pada umur  tujuh tahun
 
Daripada Ibn Amru bin al-‘As r.a.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat pada usia tuiuh tahun, pukullah dja kerana meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud)
 
Daripada pepanah melentur buluh biarlah daripada rebungnya, lazimkan anak kita dengan hukum peribadatan. Anak-anak dididik dan ditarbiah untuk menghayati “keenakan” beribadah supaya mereka merasakan ketenangan, kesucian jiwa, kesihatan badan serta disiplin dalam kehidupannya.
 
4. Mendidik mencintai Rasulullah dan keluarga Baginda
 
Hikmahnya supaya anak-anak menyusuri parah  perjalanan Nabi s.a.w. dan para sahabat mengenai keilmuan, keberanian dan  perjuangan mereka. Anak-anak juga dapat mengikat dirinya dengan sejarah kegemilangan Islam terdahulu dengan sepenuh perasaan, kemuliaan dan kebanggaan.
 
Amanah yang Walib Dipikul
 
Seorang wanita yang solehah mestilah seorang yang amanah dan berupaya menjaga maruah diri. Dalam kehidupan berkeluarga, isteri merupakan penenang jiwa, tempat bermanja suami dan tempat luahan sagala yang tersemat dalam hall.
Cukup untuk menghilangkan rasa penat seharian biarpun hanya dengan meihat insan yang terbilang dalam beberapa minit. Isteri ialah pasangan hidup, pengatur rumah tangga, ibu kepada anak-anak yang dilahirkan serta tempat menumpahkan rahsia dan mengadu nasib.
 
Sesungguhnya, ibu bapa terlalu istimewa darjatnya di sisi anak-anak. Lantas dengan memberi didikan yang sempurna kepada setiap sunat merupakan satu amanah yang wajib dipikul oleh kedua dua ibu bapa. Justeru,anak anak juga tidak terlepas daripadamemanifestasikan ketaatan kepada ibu bapa yang sungguh berjasa.
 
Apabila setiap individu dalam institusi kekeluargaan itu melaksanakan tanggungjawab masing-masing yang hanya mendamba keredaan dan keberkatan Allah s.w.t atas setiap apa yang dilakukan, pastinya rumah yang didiami itu menjadi syurga dunia yang tiadatandingannya.
 
Berbakti kepada Ibu Bapa
 
Lantaran itu, mungkin agak mudah untuk mempraktikkan suruhan agama agar berbuat baik kepada ibu bapa yang masih hidup.
 
Justeru, gunakan peluang dan ruang yang sedia terbentang untuk terus berbakti kepada mereka. Jangan sampai kita menyesal  kerana menjadi anak yang konon-kononnya sibuk dengan pelbagai hal lantas tidak sempat berbaktj kepada ibu bapa sehingga mereka meninggal dunia.
 
Untuk itu, peluang dan ruang perlu digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu bapa kerana itulah bonus untuk
kira mapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah.
 
Sesungguhnya, Islam ialah agama yang sungguh komprehensif dan meliputi segala aspek kehidupan.
 
Selaras dengan itu, Islam menggariskan beberapa pedoman untuk anak-anak berbuat  baik kepada ibu bapa setelah mereka
meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *