Betapa Besarnya Peranan Niat

Besarnya Peranan Niat

Niat ialah satu lintasan dalam hati yang menunjukkan apakah perbuatan kita ini bersandarkan pada jalan yang sepatutnya.

Peranannya tersangatlah besar, sehinggakan Hadis Rasulullah S.A.W berkenaan niat diletakkan sebagai Hadis pertama dalam dua kitab besar iaitu Soheh Bukhari dan Matan Arbain (Hadis 40) Imam Nawawi.

Diterimanya amal kita atau tidak, semua berdasarkan apa yang kita niatkan. Semoga segala amal yg kita lakukan baik bersifat duniawi dan ukhrawi diterima oleh-Nya.

Renung-renungkanlah, semoga bermanfaat buat diri kita semua. InsyaAllah =)

Hadis Tentang Niat

Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar Ibnul-Khattab ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W  bersabda:

Sesungguhnya setiap Amal itu (bergantung) dengan Niat, dan sesungguhnya setiap orang itu dengan apa yg dia niatkan. Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya.

Barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia dan segala habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahi : maka hijrahnya kepada apa yg dia hendak berhijrah kepadanya.

(Hadis Soheh, Muttafaqun’alaih)

Dunia Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *