Email marketing atau pemasaran email adalah tool yang sangat powerful. Ia merupakan satu teknik yang digunakan oleh pemilik bisnes untuk mendapatkan audiens yang betul, membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan akhirnya buat sale dari mereka.
Tidak kisah sama ada menjalankan bisnes online atau bisnes kedai fizikal. Ia boleh digunakan juga untuk menjual produk berbentuk servis.
Secara ringkasnya, anda ambil alamat email dari audiens dan hantar email yang mengandungi penerangan mengenai produk/servis kita. Sangat mudah.
Alamat email ini mesti diminta dengan kebenaran, iaitu prospek memberi alamat email mereka dengan rela hati sebagai tukaran kepada lead magnet kita.
Jadi, bagaimana nak tukar email itu menjadi pelanggan yang membeli secara automatik? Ada beberapa langkah. Ini adalah penerangan ringkas yang boleh memberi idea kepada anda.
Pertamanya, anda perlu subscribe email marketing software atau autoresponder. Contohnya, seperti Aweber, Mailchimp, Convertkit dan sebagainya. Saya sendiri pernah menggunakan beberapa autoresponder di sepanjang pengalaman dalam bidang email marketing.
Kedua, bina lead magnet atau landing page. Ia adalah satu website yang menerangkan tentang tawaran dari bisnes anda seperti kod diskaun, video panduan, produk digital yang diberi secara percuma. Jika prospek berminat, mereka akan mengisi email dan menekan butang. Anda juga boleh mengutip info lain seperti nama & nombor WhatsApp jika anda mahu.
Ketiga, bina email automation sequence sekali sahaja. Sistem dalam autoresponder akan membenarkan kita menulis susunan email yang membolehkan email dihantar mengikut masa yang anda sendiri tetapkan.
Sebagai contoh, anda menjual apam balik dan mempunyai gerai di suatu tempat. Anda menyiapkan satu landing page untuk memberi 5% diskaun dan promosikan di group WhatsApp atau Facebook tempatan. Jadi anda akan menyiapkan beberapa email:
1-Email mengandungi kod diskaun (dihantar segera selepas prospek menekan butang).
2-Email mengandungi penerangan tentang lokasi gerai apam balik dan ingatkan untuk ikuti akaun media sosial (dihantar selepas 1 hari).
3-Email mengandungi perkongsian apam balik (dihantar selepas 2 hari).
4-Email mengingatkan tentang kod diskaun (dihantar selepas 3 hari).
5-Email promosi percuma air minuman jika dine in (dihantar selepas 3 hari).
6-Email promosi tentang servis lain seperti katering (dihantar selepas 3 hari).
Anda boleh set seberapa banyak email automatik. Tiada sekatan. Selalunya set 10-15 email untuk tempoh 30 hari.
Apa yang akan terjadi? Selagi prospek tidak mengeluarkan emailnya dari senarai email, prospek akan mendapat semua email tersebut mengikut jadual. Prospek akan lebih kenal dan hubungan dengan pemilik perniagaan bertambah baik. Bila prospek dah kenal, prospek tersebut akan bertukar menjadi pelanggan dsebabkan ingin menggunakan kod diskaun tersebut.
Proses ini juga lebih kurang sama jika bisnes tersebut ialah bisnes online dan sebenarnya lebih mudah sebab tidak melibatkan lokasi fizikal.
Selain email automatik tersebut, pemilik senarai email ini boleh menghantar email secara one off di luar susunan email untuk promosi lain. Dengan ini pelanggan tadi akan membeli lagi dan menjadi pelanggan sedia. Bayangkan jika bisnes anda ada 100, 10,000 atau 100,000 senarai email?
Jadi ia akan jadi automatik disebabkan anda hanya setup sekali dan tinggal.
Tapi macam mana nak kutip email ini? Saya tunjukkan bagaimana hendak mencari email dengan pantas & murah sehingga beratus email dalam sehari dalam video panduan ini:
<< Panduan Kumpul Ribuan Database Leads Prospek Dengan Pantas >>