Catatan Rihlah ke Bumi Barakah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

4387111570_9167e3a97e_b
Tarikh ini pasti akan terus tersemat di ingatan saya. Waktunya sekitar 15 minit sebelum waktu lsyak. Buat iulung kalinya Allah Taala mengizinkan saya menjejakkan kaki di al-Ard al-Muqaddasah, Baitulmuqaddis, Palestin. Ya, itulah negara dan kota yang ingin diziarahi. Walau sudah tenggelam nama itu dari peta dunia dan digantikan dengan nama Jerusalem, lsrael yang haram itu, namun hakikatnya ia adalah al-Quds, bumi lsra’ dan letaknya kiblat pertama umat Islam di Masiid al-Aqsa.

0

Hait al-Buraq atau Mabka

Tiada kata yang bisa terungkap saat pertama kali melihat kota lama al-Aqsa tersergam kukuh disulam panorama mengasyikkan bumi al-Quds saat berada di puncak Mount Scopus atau dikenali juga dengan nama Jabal Masharif atau Jabal Mashhad melainkan tahmid kesyukuran dan takbir mengagungkan kebesaranNya. Persis sang Khalifah Umar al-Khattab sewaktu berada di atas Jabal Mukabbir (bukit orang yang bertakbir), mengucap tulus kalimah Allahuakbar tatkala melihat panorama al-Quds yang penuh bersejarah itu.

Saat itu terlintas di hati penulis; sungguh, jika lidak dilihat dari aspek agama dan sejarah sekalipun, hanya sckadar merasai ketenangan dan pemandangan mengasyikkan bumi al-Quds ini, sudah cukup untuk membuatkan tempat ini menjadi rebutan tiga agama besar dunia. Haramain kali ini ingin mencoret secebis kenangan untuk tatapan semua.
 
00

 

000

 Jalan masuk ke masjid al-Aqsa

 Hampir Tujuh Jam Ditahan
 
Mula jam 11 pagi hingga 10 minit sebelum jam 6 petang, itulah tempoh penulis ditahan di sempadan. Alhamdulillah semua ahli rombongan pakej Umrah 3 Masjid, Ash-Har Travel & Tours dilepaskan untuk keluar ke sempadan pada jam 2 petang. Penulis masih ditahan di kaunter imigresen. Visa sementara yang dikeluarkan oleh pihak berwajib dari awal pagi lagi tiba mengikut maklumat yang diterima, namun dinafikan oleh pihak pegawai imigresen Israel.
 
Penulis akhirnya dibawa masuk ke kawasan pelancong yang ditahan di bahagian dalam kompleks imigresen di sempadan. Di sana penulis bertemu dengan sekumpulan remaja dan pemuda Islam sekitar umur 20 hingga 40 tahun dan ketua-ketua rombongan dari Afrika Selatan yang juga turut ditahan. Kami berkenalan dan berbual-bual. Salah seorang ketua mereka menceritakan pengalaman beliau sewaktu ditahan beberapa kali dahulu di sempadan dan antara yang agak merisaukan ialah pengalaman beliau diarah untuk menanggalkan semua pakaian dan turut disaksikan oleh sekumpulan polis wanita Israel.
 
Beliau sempat memberi panduan jika penulis terus ditahan dan dibawa ke bilik soal siasat.
 
Tatkala waktu sudah semakin Iewat, penulis sempat bertanya kepada beliau tentang solat. Beliau menjawab: “Jika kamu ingin solat, maka lakukanlah dalam keadaan yang paling minimum yang boleh dilakukan seolah-olah kamu sedang sakit. Kalau kamu menunaikan solat secara terang-terangan di sini, sama ada kamu dinafikan daripada memasuki sempadan atau dihantar pulang terus ke Jordan. “Worst oome to worst, you’ll never come out from this place at all! If you want to perform your solah, please do it outside this complex after they let you out…”
 
Tatkala penulis baru bermula untuk solat (dalam posisi duduk), terdengar suara pegawai memanggil nama penulis dan menyerahkan pasport dengan katanya: “Welcome to Israel!”
 
Tiada yang Lebih Indah daripada Solat
 
Akhirnya penulis dilepaskan ke sempadan.Saudara Fathullah selaku pemandu pelancong kami tidak henti-henti menguoap kalimah hamdalah seusai melihat penulis keluar dari bangunan imigresen. Semua ahlirombongan kelihatan sudah terlalu penat,kelaparan dan letih dengan kerenahdan layanan pihak berkuasa Israel. Alhamdulillah, mereka sudah menunaikansolat.
Kami terus bergerak dengan menaiki bas menuju ke salah sebuah kota terlama di dunia yang dikenali sebagai Ariha atau Jericho. Penulis menyuarakan hasrat untuk melaksanakan solat. “Insya-Allah kita sempat solat di Jericho nanti,” ujar Fathullah.
 
Sepanjang perjalanan kami dilarang mengambil gambar sehinggalah dibenarkan berbuat demikian. Rupa-rupanya kami sedang melalui satu kawasan berbukit yang agak rapat antara satu dengan lain. Salah seorang ahli jemaah kami, Haji Muhammad yang dikenali dengan nama Hj. Mat Surabaya, bekas Leftenan Kolonel Angkatan Tentera Malaysia, membisikkan sesuatu ke telinga penulis. Kami dijelaskan bahawa kawasan berbukit tersebut jika ditafsirkan mengikut bahasa ketenteraan dikenali sebagai kawasan “No Go”(tiada laluan) hatta menggunakan kereta kebal sekalipun kerana penuh dengan tapak-tapak periuk api.
 
Sesampainya di kawasan Tell al-Sultan di Jericho, salah sebuah tempat istirahat dan tapak pelancongan, penulis terusbertanyakan tempat solat. Solat jamak takhir berserta qasar solat Zuhur dan Asar kali itu terasa lebih manis dan benar-benar dirasakan hikmahnya daripada rukhsah yang diberikan Allah itu. Dalam surah al-Nisa’ ayat 101 Allah menjelaskan yang bermaksud: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut difimah oleh orang kafir. Sesungguhnya, orang kafir itu ialah musuh yang amat nyata bagi kamu.”
 
Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam al-Tafsir al-Kabir menjelaskan maksud fitnah itu dengan dua keadaan:
 
i. Khuatir akan fitnah golongan kafir yang menyebabkan kamu tidak mampu menyempurnakan rukuk dan sujud dalam solat.
 
ii. Khuatir difitnah dengan permusuhangolongan kafir, maka semua ujian, mihnahdan kesusahan mahupun halangan dianggap fitnah. Subhanallah!
0000
  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
00000
Makam Syaddan bin Aus di al-Quds
Indahnya al-Quds!
 
Sesudah selcsai menjamu selera di Tell al-Sultan, kami bergerak menuju ke Baitulmuqaddis. Kami singgah di Makam
Nabi Musa a.s. lebih kurang 11km dari bandar Jericho untuk solat jamak takdim dan qasar Maghrib dan Isyak di masjid
yang didirikan oleh Salahuddin al-Ayyubi sewaktu gerakan pembebasan al-Quds pada tahun 583 Hijrah selepas beliau bermimpi ditunjukkan tempat tersebut. Namun, ahli sejarah dan para pengkaji tidak mengctahui secara pasti di mana sebenarnya Nabi Musa a.s. dikebumikan.
 
Usai solat kami terus dibawa menyusun lebuh raya yang dibina untuk memudahkan perjalanan ke al-Quds melalui beberapa
penempatan baru Yahudi yang dirampasdaripada kaum Muslimin. Akhirnya, setelah hampir 20 minit perjalanan sejauh hampir 27.7km kami tiba di Baitulmuqaddis. Subhanallah, dada penulis semakin berombak tatkala melihat kilauan cahaya dari Qubbah al-Sakhrah (Kubah Kuning) yang menjadi mercu tanda kota lama al-Quds. Kami terus dibawa menuju ke kawasan Mount Scopus (Jabal Mashhad) berhadapan dengan Mount Olives (Bukit Zaitun) kawasan timur laut Baitulmuqaddis untuk melihat panorama indah-kota lama al-Quds dari bahagian atas. Menurut Fathullah, kawasan ini menjadi pilihan setiap penakluk al Quds apabila ingin melihat ke arah kota lama dan al-Aqsa. Indahnya al-Aqsa tidak mampu terlafaz dengan kata-kata.
 
Selepas itu kami terus dibawa menuju ke hotel untuk berehat melepaskan lelah perjalanan buat bekalan mengumpul tenaga untuk ke al-Aqsa esoknya. Sesampainya di hotel, ada jemaah yang bertanya tentang status halal makanan di hotel tersebut. Penulis terlihat sijil halal yang dikeluarkan bukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tetapi Kosher
Certificate yang menunjukkan kualiti makanan disediakan dalam keadaan halal dan mengikut kriteria ahli kitab yang asal.
 
Bersujud di Ribaan al-Aqsa
 
Kami sudah bersiap sesudah Subuh lagi. Usai bersarapan, kami menaiki bas dan menuju ke kota lama Baitulmuqaddis. Pemandangan pagi itu sungguh mempesona jiwa. Walaupun masih dirundung keletihan, kami gagahkan jua diri kerana niat membara untuk solat Tahiyatul Masjid di bumi al-Aqsa. Kami dibawa dibawa bwrjalan melewati kawasan perkuburan al-Rahmah dan sempat menziarahi maqam dua orang sahabat Nabi s.a.w. yang mulia Ubadah bin Samit r.a. dan Shaddad bin Aus r.a.
 
Kemudian menerusi pintu yang dinamakan Lions Gate, kami dibawa masuk melewati taman-taman yang ada di al-Aqsa setelah melepasi kawalan pihak tentera Israel di luar masjid. Kami dibawa menziarahi Masjid al-Sakhrah, masjid yang terkenal dengan kubah kuning keemasan yang sentiasa disangka al-Aqsa oleh ramai pihak Sebenarnya, itu ialah masjid yang dibina oleh khalifah Abdul Malik pada tahun 688M. Sejurus selepas itu, kami dibawa ke tempat yang menjadi idaman selama ini iaitu Masjid al-Aqsa yang sebenar!
 
Kami dibawa menuju ke perkarangan masjid. Kelihatan beberapa halakah ilmu di luar masjid yang dipenuhi oleh pelbagai peringkat usia. Kami dibawa menuju ke bahagian kiri dan melewati tangga untuk turun ke bawah. Penulis melihat papan tanda tertulis Masjid al-Aqsa dan Maktabah al-khataniyah (Perpustakaan al-Khataniyah) yang dinamakan sempena isteri Salahuddin al-Ayyubi rhm.
 
Saat pertama kali melangkah masuk, suasana tenang menyelubungi jiwa. Tidak tergambar dengan kata-kata, namun air mata yang berlinangan apabila mampu sujud di Masjid al-Aqsa memumikan segala bicara yang ingin dikatakan. Solat Tahiyatul Masjid dan Duha pada pagi itu sangat “mahal” dirasakan nilainya. Syukur kepadaMu ya Allah, dengan izinMu kami datang dan bertamu. Dengan izin-Mu jua kami bakal menawannya kembali dari tangan-tangan kotor Yahudi.
000000
Tempat buraq diikat di Hait al-Buraq di dalam Masjid al-Buraq
 
La Tushaddu al-Rihal
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Tidak digesa atau disuruh (bersiap dan bersusah payah)
untuk rihlah (bermusafir) kecuali menuju ke tiga buah masjid. Masjidku ini (Masjid Nabawi), Masjidilharam dan Masjid al-Aqsa.” (Riwayat Muslim no. 1397 dalam Kitab al-Hajj)
 
Kalimah “la tushaddu al-rihal”(tidak disuruh bersusah payah bermusafir) kali ini cukup terasa maknanya Kesukaran yang
ditempuh untuk menziarahi kiblat pertama umat Islam ini terasa sangat berbaloi walaupun hanya sekadar dua jam berada di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya. Ada yang sudah menyatakan hasrat untuk datang lagi ke Baitulmuqaddis. Namun, hasrat itu perlu mempunyai nilai tambahnya. Bukan sekadar untuk menziarahi, tetapi dengan tujuan yang lebih terarah. Tujuan merampas kembali sebuah maruah. Maruah yang dicalarkan kerana kebejatan ummah Maruah yang hanya dapat ditebus dengan jihad di jalan Allah!
 
Penulis menukilkan kata-kata seorang mufasir zaman ini, Dr. Solah Abd Fattah al-Khalidi hafizahullah maksud hadas di atas.
Belnau menyatakan Tidak dusuruh hanya untuk sekadar bermusafir dan pergi ke Baitulmuqaddis dengan tujuan untuk bersiar-siar kosong atau hanya sebagan aktviti pelancongan Sesiapa yang ingin masuk ke Baitulmuqaddis selepas ini, pastikan yang masuk bersama-sama satu pasukan tentera jihad untuk membebaskan al-Aqsa daripada cengkaman musuh Allah!”
Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Bilakah Waktu Sesuai Membaca Sadaqallahul Azim ( صدق الله العظيم)
0 comments… add one

Leave a Comment