Desktop PC Lenovo IdeaCentre B320

Lenovo IdeaCentre B320 adalah desktop pc terbaru keluaran Lenovo jenis semua dalam satu (all in one) di datangkan dengan skrin 21.5 inci, harganya masih lagi belum dikeluarkan pada saat liputan ni kami terbitkan.

Ini adalah desktop pc Lenovo yang ketiga kami paparkan selepas Lenovo IdeaCentre B520 dan Lenovo IdeaCentre A720. Saiz Lenovo IdeaCentre B320 lebih kecil, menggunakan keyboad dan mouse wireless melalui sambungan Bluetooth, performance yang mantap kerana ia dipasang dengan cip Intel Core i5 jenis Quad Core (empat teras).

Namun agak mengecewakan kerana ia tidak ada HDMI port untuk sambungan ke tv HD, juga tidak ada USB3.0. Berikut kami senaraikan maklumat asas mengenai spesifikasi hardwarenya.

  • Menggunakan Windows 7 Home Premium
  • 8GB PC3-10600 DDR3 Memory
  • 2TB 7200rpm SATA Hard Disc
  • 8x DVD+/-RW Dual Layber Burner
  • Skrin 21.5 inci (1920×1080 piksel) Multitouch Display
  • grafik menggunakan cip AMD Radeon HD 6450 1GB.
  • Intel HDA 5.1 Audio dengan speaker 5.0
  • Gigabit Ethernet port,
  • Capaian wirelss 802.11b/g/n
  • Bluetooth
  • Enam port USB 2.0, HDTV Tuner,
  • Webcam bina dalam jenis VGA,
  • 5-in-1 Card Reader

Dunia Maklumat

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.