Doa Untuk Menguatkan Tenaga Batin

mati pucuk

Lemah Tenaga Batin Atau Mati Pucuk

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens” dalam istilah perubatan ( mati pucuk ).

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri, seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.

Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Cara Mengelakkan Terjadinya Lemah Tenaga Batin (Mati Pucuk)

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:

1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.

2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.

3- Lebihkan memakan ikan.

4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.

5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.

6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.

Menjaga Kesihatan Diri Adalah Tuntutan Agama

Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah swt. Rasulullah s.a.w bersabda:

See also  Adat vs Ibadat - Mahar Hantaran

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah” (HR Muslim)

Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (HR Ibnu Majah)

Kita juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, seperti pepatah Inggeris “Prevention is better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik daripada berubat”.

Tetapi, perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat. Sabda Baginda s.a.w :

“Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat”. (HR Bukhari)

Di antara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari’ (amalan doa’, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini, berdasarkan hadithnya:

“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (HR Ahmad dan Muslim)

Rujukan : Ustazah Azhani Abu Basri. Dipetik dari: At-tobib, Adabuhu wa Fiqhhuhu oleh Dr. Zuhair Siba’i dan Dr.Muhammad ‘Ali Bar.

Berdoa Meminta Kebaikan

Doa‘ adalah memohon kepada Allah SWT dengan meminta kebaikan dari sisiNya dengan penuh ketulusan hati dan penuh pengharapan. Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran. Antara firman Allah Ta’ala maksudnya:

See also  Awal Muharram - Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

“Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: Ayat 60)

Oleh itu berdoalah dengan penuh keyakinan diri bahawa doa’ itu akan diperkenankan dan sentiasalah istiqamah didalam mengamalkannya.

“Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling “ (HR At-tirmizi)

Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:

2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:

3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:

4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.

lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.

Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.

See also  Bilakah Waktu Sesuai Membaca Sadaqallahul Azim ( صدق الله العظيم)

Oleh: Ustaz Abu Nafis

Anda kurang bertenaga boleh cuba yang ini ==>> KLIK

Cara ikhtiar lain juga anda boleh cuba mengamalkan Buah Tunjuk Langit yang mana mampu menguatkan tenaga batin Lelaki dan Wanita, Hubungi  SMS/WhatsApp Abd Muqsith : +601111417231

====>> https://wa.me/601111417231
====>> https://wa.me/601111417231
====>> https://wa.me/601111417231

 

 

 

– Adab-Adab Bersetubuh Dalam Islam

– Rahsia Menambat Nafsu Isteri – Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

– Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

 

25 comments… add one
  • Doll house Link Reply

    Perkonsian yang sangat berguna, insyallah boleh di cuba dan amal kan

  • Kami di kolej ada buat perbincangan mengenai hal nie baru2 nie…
    sayangnya saya baca tulisan awak nie agak lewat…

    kalau tak saya dah masukkan idea awak dalam presentation kami..
    tahniah atas post yg menarik nie..

  • pak long Link Reply

    mohon izin untuk amalkan ayat suci di atas ,
    InsyaAllah ada manafaat kepada saya dan kepada anda
    juga..
    TQ

  • Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rmxx….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali…mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan…
    Keluaran sy adalah asli.. Hubungi Saya Abd Muqsith (011-11417231)

    ====>> https://wa.me/601111417231
    ====>> https://wa.me/601111417231
    ====>> https://wa.me/601111417231

    • mohd husaini Link Reply

      Saya nk cuba brp no phone

    • Ahmad Tarmizi Link Reply

      Pm saya 017-8790081

    • johari Link Reply

      Whatsapp @ sms sy. 0103626010. Sy nak beli buah tunjuk langit tu. Tq

    • mankind Link Reply

      Assalm…sy berminat…Wassap sy bang.. 0189677234

    • Sabrie Link Reply

      Whatsapp tuan buah tunjuk langit

    • Ahmad Link Reply

      Salam sy berminat nak beli buah tunjuk langit…tolong pm sy 018-3898704

    • Abdul razak mustafa Link Reply

      Pm saya ..nak buah tunjuk langit..01118681740

    • NIK zulkifli Link Reply

      Nk nombor contact yg jual tunjuk langit or wsap saya 0199551034

  • Ezam Link Reply

    Nak alamat@no phone unt berhubung

  • Kamarul Link Reply

    Izinkan saya untuk menggunakan amalan ini.

  • fadIl Link Reply

    Pm buah tunjuk langit.. 0168225615

  • John Link Reply

    Izin sy amalkn

  • lokman Link Reply

    pm sye buah tunjuk langit 01126239096

  • abe rashid Link Reply

    Saya berminat nak try sila hub saya 0182511621

  • Terimak kasih kongsikan info dalam artikel ni

    Jika ada rakan yang ada masalah dingin dengan pasangan boleh sinngah blog saya

    #MADU #MADUPOWER

  • naz Link Reply

    minta izin dr tuan utk saya mengamalkan ini.

  • kami ada menjual buah tunjuk langit yg asli , dan dalam bentuk kapsul, dapatkan segera hubungi abd muqsith (011-11417231)

  • Ramli Bin Talib Link Reply

    Mohon izin mengamalkan amalan yg tuan berikan

    • Ramli Bin Talib Link Reply

      Mohon izin mengamalkan

  • Alfaqir lillahi taala Link Reply

    Sy terima UTK ijazahkn sy dgn amalan ini

Leave a Comment

Cancel reply