Gimiknya Pelacuran ketika Darurat dan Suatu Penjelasan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Gimiknya Pelacuran ketika Darurat dan Suatu Penjelasan

Dewasa ini, manusia semakin hari semakin lalai dan alpa. Kesibukan dunia mengamit 1001 ke arah sinarnya cahaya keimanan dan keteguhan diniyyah. Nilai-nilai agama tidak lagi menjadi panduan dan pedoman. Bila hilangnya nur ilahi dalam jiwa seseorang individu, dia akan merasa bebas dalam mencatur kehidupannya.

Baru-baru ini sekali lagi kita di kejutkan dengan satu isu yang menjadi perbahasan hangat dikalangan ulamak. Dalam satu ruangan soal jawab agama akhbar Harian Metro pada hari Ahad (19 Jun 2005) tentang wanita yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak cukup mengelirukan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan yang dikeluarkan mengatakan bahawa “Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu’terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Dalam keadaan biasa, menang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”Benarkah kenyataan ini? Bolehkah wanita melacurkan dalam keadaan dharurat? Dan benarkah negara kita Malaysia sekarang didefinisikan sebagai dharurat?

Menurut Imam Abu Bakar Al Jasas, darurat itu adalah satu keadaan ditakuti atau dikhuatiri akan berlaku kemusnahan ke atas nyawa atau beberapa bahagian anggota badan apabila tidak memakan makanan yang haram itu.

Al Bazdawi pula mengatakan bahawa darurat itu ialah keadaan di mana jika keengganan untuk memakan makanan yang haram itu akan menyebabkan kemusnahan nyawa dan anggota. ‘

Ulama mazhab As Syafie (as Syafiyyah ) mengatakan skop darurat itu bukan sekadar takut kehilangan nyawa jika tidak memakan makanan yang harem itu, tetapi ditakuti juga akan be-riaku kesakitan atau sakitnyabertambah teruk atau sakitnya itu akan berpanjangan. Mereka juga meletakkan kekhuatiran akan ditinggalkan oleh rakan seperjalanan dan ketidakmampuan untuk mengendalikan kenderaanjika tidak memakan makanan yang haram itu mahupun melakukan perkara yang terlarang.

Imam Abu Zuhrah pula mendefinisikan darurat pula sebagai satu keadaan ditakuti akan kehilangan nyawa ataupun kehilangan harta keseluruhannya ataupun masahat dharurinya (agama, nyawa, maruah, akal dan harta) terancam Jika tidak memakan yang haram atau tidak melakukan perkara yang terlarang dengan syaraf tidak menyentuh hak orang lain.

Berikut adalah antara beberapa syarat yang telah ditetapkan oieh Islam dalam meletakkan sempadan daerah darurat itu sendiri. Jika menepati kriteria ini barulah terpakai kaedah syarak seperti (brutal mengharuskan perkara yang dilarang:

1. Darurat itu memang benar-benar berlaku bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa ataupun harta benda. Kalau pun kekhuatiran itu,didasarkan andaian, andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.

2. Orang yang berada dalam keadaan darurat itu tidak ada jalan lain yang dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudaratan itu. Contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

3. Orang yang dalam keadaan darurat (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi Syariat Islamiah dan usul akidah lslamiah seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkaraberkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).

Ini bererti jika dalam melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, cuma yang ada beberapa jalan yang haram.maka ia mesti memilih mudarat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar perkara- perkara asasi dalam Islam.

4. Ketika melepaskan keadaan daruratnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan darurat diukur dengan tingkatannya.

5. Dalam isu terpaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain.yang halaluntuk diambil.

Daripada sedikit ulasan di atas, alasan melakukan perkara yang diharamkan kerana darurat tidak semudah seperti ia diungkapkan kerana pada hakikatnya ia masih terikat dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Fenomena yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah ramai di kalangan umat Islam menggunakan alasan darurat dengan melakukan perkara yang haram dalam perkara peminjaman secara riba sedangkan peminjam berkenaan bukannya dalam perkara ‘daruriyyat’ tetapihanya dalam perkara ‘tahsiniyyat’ sahaja.

Oleh itu, alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.

JAWAPAN ULAMA TERSOHOR DR. YUSOF QARDHOWI MENYANGKAL FATWA KOLOT

ISLAM memberikan penghargaan terhadap setiap hal yang dapat mendorong untuk berbuat baik, tujuan yang mulia dan niat yang bagus, baik dalam perundang-undangannya mahu pun dalam seluruh pengarahannya. Untuk itulah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas kerana Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya.” (Riwayat Bukhari)

Niat yang baik itu dapat menggunakan seluruh yang mubah dan adat untuk berbakti dan taqarrub kepada Allah. Oleh karena itu siapa yang makan dengan niat untuk menjaga kelangsungan hidupnya dan memperkuat tubuh supaya dapat melaksanakan kewajibannya untuk berkhidmat kepada Allah dan ummatnya, maka makan dan minumnya itu dapat dinilai sebagai amal ibadah dan qurbah.

Begitu juga, barangsiapa yang melepaskan syahwat kepada isterinya dengan niat untuk mendapatkan anak, atau karena menjaga diri dan keluarganya dari perbuatan maksiat, maka pelepasan syahwat tersebut dapat dinilai sebagai ibadah yang berhak mendapat pahala.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Pemain Bola Sepak Fulham Peluk Islam
2 comments… add one
  • Bahasan yang menarik. Lebih baik bekerja secara halal meskipun mendapatkan sedikit penghasilan dibanding bisa memenuhi kebutuhan namun dengan jalan haram, karena makanan haram yang masuk kedalam tubuh malah tidak diterima amalnya.

Leave a Comment

Cancel reply