Hukum ‘Azal Dan Mengambil Pil Perancang

Pil perancang

Apa itu ‘azal?

‘Azal bermaksud mengeluarkan air mani di luar rahim ketika melakukan persetubuhan untuk mengelakkan dari mengandung.

Pendapat Ulama Berkaitan ‘Azal

Terdapat 4 pendapat Ulama berkaitan ‘azal:

Pertama:Harus ‘azal secara mutlak.Maksud harus secara mutlak ialah boleh lakukan ‘azal itu sama ada dengan izin isteri atau tanpa izinnya,kerana merancang atau memang tidak mahu langsung anak,atau ‘azal kerana nak jaga kesihatan dan kencantikkan.Semua itu terpulang kepada suami.ini adalah pendapat Imam al Ghazali dan yang sependapat dengannya.

Pendapat Kedua:Tidak boleh(haram)sama sekali melakukan ‘azal.Ini adalah pandangan imam Ibnu Hazam dan yang sependapat dengannya.

Pendapat Ketiga:Jika dengan izin isteri boleh(harus)

Pendapat keempat:Makruh melakukan ‘azal.Ini adalah pandangan imam an Nawawi dan yang sependapat dengannya.

Pendapat Yang Kuat:

Pendapat yang kuat dan sederhana dalam masalah ini adalah harus melakukan ‘azal berdasarkan kata-kata seorang sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir bin ‘Abd Allah:

كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْقُرْآنُ يَنْزِلُ

Kami melakukan ‘azal pada zaman Nabi s.a.w. dan Al-Quran sedang turun”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maksud Saidina Jabir r.a mereka melakukan perkara tersebut pada zaman Nabi s.a.w iaitu masa al-Quran masih diturunkan sedangkan mereka tidak pun dilarang oleh al-Quran.Ini menunjukkan mengeluarkan air mani di luar rahim untuk mengelakkan mengandung adalah diharuskan.

Walaupun harus tetapi ‘azal mesti dilakukan dengan dua syarat:

Pertama:Mesti dengan izin isteri seperti mana pendapat yang ketiga.Ini kerana dibimbangi ‘azal boleh menyebabkan isteri hilang kelazatan persetubuhan atau tidak sampai kemuncak kelazatannya (klimax).Oleh itu suami yang ingin melakukannya hendaklah meminta keizinan isterinya terlebih dahulu kerana persetubuhan adalah hak bersama suami dan isteri.Inilah pendapat yang paling kuat disisi kebanyakan ulama.

See also  Hukum Ketagih Melancap Atau Onani

Kedua:’Azal diharuskan jika untuk merancang keluarga(menjarakkan anak)atau kerana masalah kesihatan,tapi bukan untuk terus mencegah kehamilan.Mencegah kehamilan secara berterusan tanpa sebab adalah diharamkan.Ini jika dibiarkan akan mengurangkan jumlah umat Islam.Dalam islam kita digalakkan agar memperbanyakkan zuriat,kerana ianya dapat menambahkan kekuatan dan suara umat Islam.

Hukum merancang keluarga menggunakan pil perancang atau apa sahaja yang boleh menghalang isteri dari mengandung Sama sahaja seperti hukum melakukan ‘azal cuma disyaratkan ia tidak mendatang mudharat dan ia bukan dari najis.

jenis2 pil perancang

9 comments… add one
  • titan Link Reply

    ohh..bahan bacaan bagus ni.

  • suri Link Reply

    klu dah ramai kena ar sekat hee tpi klu terjadi gak haa terima jerlah nghee.. ikut kemampuan

  • wan mohamad nazin Link Reply

    Bahan bacaan yang bagus

  • Agus Eka Prakasiwi Link Reply

    sangat bermanfaat dan menambah ilmu, izin menambahkan disini trimakasih

  • Bagus utk tambah informasi

  • Syazwani Link Reply

    Pendapat ketiga siapa ckp ye?

Leave a Comment