iPhone merupakan salah satu jenama yang tidak asing di dalam dunia telefon pintar, dengan wujudnya iPhone 5S dan iPhone 5C sebelum ini – iPhone 6 bakal memberi impak yang lebih besar dari segi teknologi dan kepuasan pengguna.
Seperti biasa, media sosial telah dibanjiri dengan pelbagai khabar angin serta spekulasi bagaimana rupa bentuk serta teknologi yang akan di sediakan oleh iPhone 6.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan ke atas 4109 pengguna telefon pintar di Amerika Syarikat, iPhone 6 dijangkakan bakal mengatasi segala kelebihan yang dimiliki oleh iPhone sebelum ini dan iPhone 6 juga akan menjadi peneraju telefon pintar yang paling canggih di kelasnya.
Ramai diantara kita yang menjangkakan iPhone 6 akan dipasarkan pada tahun lepas (2013), tetapi memandangkan sejarah iPhone telah menunjukkan bahawa sebelum pengeluaran penuh iPhone 6, – model S akan di lancarkan terlebih dahulu seperti iPhone 5S.
Dengan khabar angin yang tersebar, anda mungkin akan memiliki iPhone 6 pada tahun ini (2014).
Satu perkara yang pasti, dengan kehadiran telefon pintar Samsung Galaxy S5, Sony Xperia Z2 dan HTC One M8 di pasaran kini, syarikat Apple perlu membuat sesuatu yang lebih hebat serta menarik pada produk
iPhone 6 terbaru ini.
Ramai pengguna telefon pintar yang menyatakan bahawa salah satu kemestian yang perlu dimiliki oleh produk terbaru iPhone 6 ini ialah memiliki skrin yang lebih besar berbanding iPhone sebelum ini.
Bila iPhone 6 Akan Dipasarkan?
Walaupun Apple belum mengeluarkan kenyataan rasmi bila mereka akan melancarkan produk iPhone 6, terdapat beberapa spekulasi yang menyatakan bahawa kemungkinan besar iPhone 6 akan dikeluarkan pada bulan September 2014.
Ini berdasarkan pengalaman pelancaran telefon pintar iPhone sebelum ini yang lebih menumpukan pemasaran pada bulan September. Belum lagi rujukan fakta dari ifun.de yang mengatakan syarikat Apple telah menahan cuti pekerja sepanjang bulan September tahun ini di cawangan Apple Jerman.
Anda mungkin akan melihat lebih daripada satu telefon pintar keluaran Apple pada tahun ini.
Penganalisis KGI iaitu Ming-Chi Kuo telah membuat andaian bahawa dua produk telefon pintar iPhone akan dikeluarkan iaitu iPhone saiz 4.7 inci yang kemungkinan dipasarkan pada akhir tahun suku ketiga manakala iPhablet saiz 5.5 inci akan mengekori
pasaran pada lewat tahun suku keempat.
Ada juga berita yang mengatakan bahawa syarikat Apple mempunyai masalah dalam mencari bateri yang sesuai bagi peranti model 5.5 inci, jika masalah ini berlanjutan, kemungkinan iPhablet akan tersasar dari tarikh sasaran dan akan dilancarkan pada tahun
hadapan (2015).
Reka Bentuk & Spefikasi
Skrin Besar :
Syarikat Apple telah pun mengakui bahawa pengguna mahukan skrin yang lebih besar, ini berdasarkan maklumat dalaman yang terbongkar berkenaan pertempuran antara syarikat Apple dan Samsung yang bertajuk “Pengguna mahu apa yang
kita tiada.”
Paparan :
Menurut Business Insider, dari banyakbanyak prototaip iPhone 6 yang telah dibuat oleh syarikat Apple, salah satu protataip tersebut mempunyai teknologi paparan Retina+Sharp IGZO yang besar dan tiada lagi kekunci butang home.
Kemungkinan akan di sertakan dengan teknologi Apple ID terbaru iaitu Touch ID (pengesan cap jari).
Paparan Retina+Sharp IGZO akan memberi 1080p resolusi Full HD.
Paparan Full HD memberi andaian yang masuk akal bagi iPhone 6, terutamanya jika ia ingin memperluaskan saiz kepada 4.7inci sebagaimana yang diilhamkan. Manakala iPhablet akan membawa pengalaman yang lebih besar lagi bagi mengekalkan
kualiti paparan Retina di skrin yang lebih besar.
Skrin :
Apple kelihatan akan menggunakan gelas sapphire bagi keluaran iPhone 6 dan akan menggunakan teknologi super-hard bagi paparan skrin ini.
Apple juga telah mempatenkan teknologi lapisan oleophobic (anti-smudge) yang sesuai digunakan pada Kristal sapphire bagi memastikan permukaan skrin tidak diliputi oleh cap jari.
Bateri :
Skrin yang besar memerlukan syarikat Apple mengeluarkan bateri yang besar bagi menampung penggunaaan iPhone 6 pada jangka masa yang lama.
Harap penggunaan bateri baru iPhone 6 dapat menandingi keluaran telefon pintar lain seperti Samsung Galaxy S5, Sony Xperia Z2 dan HTC One M8.
iOS :
Dengan pengguna iOS 7 pada iPhone terkini, tidak mustahil syarikat Apple mengeluarkan iOS 8 bagi iPhone 6?
Dijangkakan iOS 8 akan dikeluarkan sekitar bulan September atau Ogos pada tahun ini. Menurut New York Times, perisian mengesan tahap kesihatan turut akan disertakan di dalam iOS8 ini.
Reka Bentuk :
Terdapat banyak ilustrasi bayangan iPhone 6 bakal menjelama tahun ini di internet. Dari segi saiz skrin yang lebih besar, bentuk badan yang lebih nipis, penggunaan casing yang tahan lasak dan pelbagai lagi.
Yang pastinya, reka bentuk iPhone 6 bakal memberi kelainan yang amat ketara berbanding keluaran iPhone sebelum ini.
by: AO Tribe
saya sukakan kalau iPhone lebih solid
Ya, saa pun sedang menggunakan iphone 5 s, mamang solid
macam-macam spekulasi ada ye. hehe
iPhone 6 keluaran terbaru daripada Apple. Pasti menjadi rebuta peminat Apple di seluruh dunia. Saya dah guna iPhone 5S, memang terbaik, ada kelas dan keistimewaan yang tersendiri.
produk apple yang satu ini selalu diminati banyak orang dan bahkan teman saya ada yang beli tiap keluar iphone versi yang terbaru
saya dulu pakai iphone first generation n skunk dgn samsung note 1..bila lihat kehadiran iphone 6..meronta2 nk pakai iphone balik..huhu..thanks 4 the review..
http://mummydjourney.blogspot.com/