Jenayah Belasan Tahun Serius

frame-91453_1280

Gaya hidup negatif remaja belasan tahun di negara kita sudah menjadi budaya sebati yang tertanam dalam diri mereka terutamanya pelajar sekolah. Bahkan, bagai tiada jalan yang mudah untuk kita tangani biarpun kes jenayah belasan tahun (bawah 18 tahun) atau kes juvana makin meningkat dari tahun ke setahun. Buktinya, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mendapati pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh dan maksiat yang diniasiikkali ke sekolah akhlak JKM  Tunas Bakti meningkat serius saban tahun.  Contohnya pada tahun 1993 seramai 1505 jenis  kes dilaporkan berbanding tahun sebelumnya  376 kes. Bayangkanlah tahun 1993 yang masih lembab penggunaan IT dan kemasukan artis barat ke Malaysia sudah sekian banyak melonjaknya peratus kes juvana yang berlaku, apatah lagi era millennium kini, yang sangat meriah dihiasi pengaruh IT yang tidak  terkawal, keluar masuk artis barat dalam bentuk konsert dan VCD yang dipasarkan, VCD  lucah yang tiada lagi tapisan dan pelbagai lagi anasir yang sangat membimbangkan kian  tumbuh.

“SEREMBAN 29 Mac – Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Putra Maamor, Ampangan di sini mati selepas dipercayai dibelasah oleh sekumpulan 14 pelajar senior di asrama sekolah itu, semalam.”

Antara isi keratan Akhbar Utusan Malaysia melaporkan berita yang menyayat hati dan bukti pelajar sekolah di Malaysia kini lebih hebat di bidang jenayah berbanding akademik, lebih-lebih lagi bangsa Melayu. Kes yang berlaku kepada mangsa Mohd Farid Ibrahim, 16  tahun ini sebagai peringatan kepada kita bahawa medan pergaduhan dan jenayah anak- anak sekolah kini semakin gah seolah-olah ia bukan lagi satu berita yang asing di dada-dada akhbar. Bahkan setiap sekolah tidak  terkecuali ada menyimpan sekumpulan pelajar  yang cukup senang membuli dan me’raging’  sesama teman berbanding mencari kawan demi  membentuk ‘study group‘. Menumt laporan yang didedahkan oleh akhbar tempatan sepanjang tahun 1997 sehingga 2003. 67% keruntuhan akhlak di kalangan pelajar yang berbangsa Melayu manakala hanya 16% dari pelajar yang berketurunan Cina dan bakinya adalah dari bangsa-bangsa lain dalam nisbah yang sangat kecil. Antara kesalahan yang direkodkan di dalam dan luar kawasan sekolah ialah  melanggar peraturan sekolah, tidak berdisiplin serta ponteng. Lebih dahsyat lagi 10% daripadanya adalah pelajar yang terjebak dengan kongsi gelap, melakukan peras ugut, menyamun, merogol dan membunuh. Jumlah ini sangat besar peratusannya jika dinisbahkan kepada golongan keseluruhan remaja.

Bagaimana pepatah ‘Pemuda tiang negara pemudi harapan bangsa’ ingin dinobatkan walhal lebih 50% pelajar yang berusia 13 hingga 18 tahun yelah terdedah kepada bahan lucah samada dari segi bacaan dan VCD sebagaimana merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Belum pun menjangkau usia remaja atasan yang berusia sekilar 18 hingga 25 tahun mereka telah mendominasi separuh dari angka penggemar bahan lucah. Amat menyedihkan lagi apabila pengambilan pil ecstasy dan aktiviti seks bebas sudah menular awal di kalangan mereka. 

Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya. Dr Hussain  Mohammad “Pusat hiburan eksklusif menjadi tumpuan remaja seperti ini untuk melakukan  kegiatan tidak berfaedah tanpa pengetahuan  pihak berkuasa. Remaja ini pastinya  mempunyai wang yang banyak dan memudahkan mereka membeli pil ecstasy. Hanya remaja  berada sahaja mampu membeli pil ini kerana harganya mahal”.

Apa yang paling membimbangkan jika wujud pelajar sekolah di negara kita seteruk  pelajar di Singapura. Laporan Berita Harian Singapura baru-baru ini, mendedahkan pengakuan seorang guru di sekolah terbabit  yang berkata, “Sedikit masa lalu kami pernah menangkap beberapa pelajar menghisap rokok  di dalam tandas tapi sekarang sudah mula ada yang ditangkap melakukan hubungan seks dalam  tandas”. Manakan tidak, rancangan televisyen yang tidak bermoral bebas ditayangkan  sebagai contoh rancangan ‘Are you Hot‘ pastinya mengghairahkan penonton kerana memaparkan pertandingan yang menyaksikan  peserta wanita barat menunjukkan tubuh badan dengan hanya berpakaian dalam, manakala hakimnya akan menyuluh lampu picit laser ke arah bahagian sensitif wanita untuk memberi komen. Rancangan yang jelas sangat tidak bermoral dan tidak berpatutan ditayang di negara itu sekalipun akta penyiaran membenarkan.

Bilangan gadis yang terlibat dengan pelacuran pula sangat mengerikan. Setiap negeri mencatatkan bilangan atas 100 kes pelacuran gadis bawah umur. Penolong Pengarah Bahagian Maksiat Bukit Aman (PPJP) Jamaluddin Arshad, menyifatkan gadis-gadis yang terbabit terjebak dengan kejadian ini kerana terpengaruh dengan kemewahan. Menurutnya sejumlah 137 Pegawai Perhubungan Pelanggan atau Guest Relation Officer (GRO) bawah umur yang diselamatkan bagi tempoh Januari dan Ogos 1996 di seluruh negara. Komposisi mengikut kaum menunjukkan Melayu  seramai 80 orang, Cina seramai 48 orang dan lain-lain bangsa 9 orang. Terlalu banyak masalah dan gejala keruntuhan akhlak hanya sekitar remaja belasan tahun. Lihat sahaja statistik penagih dadah dari 200 000 orang  yang dikenal pasti, 45% adalah pelajar yang  masih bersekolah, 73% adalah berbangsa Melayu. Belum memantau lagi kes mereka yang terjebak dengan peras ugut, bergaduh, memiliki senjata haram, rompak, lepak, lari dari rumah, mengunjungi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan eksklusif, mengambil minuman keras, bunuh, rogol, bohsia dan  bohjan (walaupun ada yang mendakwa bohsia dan bohjan isu lapuk tetapi kewujudan mereka masih rancak seperti dahulu biarpun berselindung di belakang nama dan gerakan yang berbeza malahan kali ini lebih dahsyat berbanding sindeket pelacuran), Black Metal, homoseksual,remaja lelaki lembut, tomboy dan banyak lagi. Menghitung satu persatu dan mengenal remaja yang kandas akhlak adalah tugas kita selaku remaja yang kenal erti hidup dan matlamat untuk Islam.

Sudahlah dibeban dengan keruntuhan moral yang tidak berkesudahan remaja Melayu juga tidak sepi dengan kejatuhan dari sudut akademik. Satu penyakit yang tidak mampu dibuang dari dalam diri pelajar ialah budaya malas membaca bahan ilmiah namun begitu tidak kepada bahan bacaan ringan seperti majalah hiburan contohnya Ujang, URTV dan Mastika. Ujang majalah lawak yang hanya menyediakan tidak sampai 4% maklumat berguna. begitu juga majalah lawak yang lain kecuali Lanun sangat mendapat tempat di kalangan remaja terutama golongan pelajar sekolah. URTV dan majalah hiburan bertemakan hal ehwal artis tempatan dan luar negara pula menempati di sebelah golongan gadis. Mastika dan majalah yang seumpamanya yang berunsurkan cerita tahyul dan sekadar pengajaran ringkas turut menjadi pilihan. Sedang DBP saban bulan mengeluarkan majalah berunsur ilmu dan maklumat semasa dipandang sepi. Justeru, tidak hairan jika dikatakan pelajar berbangsa Melayu sangat kurang pengetahuan mereka terhadap ilmu dan isu terkini berbanding bangsa lain. Kemunduran dari segi akademik juga adalah faktor yang menyumbang. Bayangkan menurut kajian umum ahli akademik dari Universiti tempatan di bawah pimpinan Profesor Atan Long dari Universiti Putra Malaysia (UPM), 27% tidak  mempunyai buku di rumah, 30% tidak memiliki majalah 10% tidak memiliki surat khabar dalam tempoh enam bulan.

Lebih malang lagi, secara purata rakyat  Malaysia hanya membaca sebuah buku dalam  setahun dan hakikat itu menggambarkan  masyarakat kita tidak menyemai budaya gemar  membaca terutama sekali pelajar sekolah.  Hanya memadai membaca untuk lulus peperiksaan sudah dikira cukup baik.

Lantaran kurangnya minat membaca sudah membimbangkan, ditokok pula dengan sekolah dan kampus dijadikan sebagai medan  pembikinan filem-filem cinta. Banyak sekolah yang sudah menjadi tumpuan pengarah filem begitu juga kampus antaranya baru-baru ini  filem ‘Kuliah Cinta’ yang dilakonkan belatarbelakangkan UPM. Begitu juga ‘Soal Hati’ dan ‘Soalnya Siapa’ di USM.

Pelajar dan siswa mudah mengambil kesimpulan percintaan di alam pembelajaran amat mengasyikkan. Jadinya, sekolah medan tempat  belajar dan menimba ilmu dijadikan sebagai  tempat mencari pasangan. Natijahnya,kemunduran pelajar dalam ilmiah adalah  kerana lebih mudah terkesan filem-filem cinta yang ditayangkan dari nasihat para guru.

Rancangan Malaysia ke tujuh (1996 – 2000) mencatatkan bilangan remaja pada tahun 1995  ialah kira-kira 19.2% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada 20 juta orang. Kedudukan ini jelas menjadikan golongan ini sebagai satu kumpulan penting di dalam menerajui negara masa depan nanti. Namun begitu. bilangan remaja yang rosak akhlak, yang dirogol seperti kes Nurul Hanis Kamil 16  tahun, yang dipaksa melacur, yang dibunuh dan bermacam-macam lagi faktor keruntuhan nilai remaja sebagai pendokong negara nanti sangat jelas dan semakin meruncing. Apabila remaja penentu jaya bangsa dan negara akan datang sudah tumpas di awal perjuangan, tidakkah fenomena sebegini benar-benar menakutkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *