Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Ke Arah Kecemerlangan Kepimpinan

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullullah iiu contoh teladan yang baik. Bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. “

(Surah Al-Ahzab: ayat 21 )

“Katakanlah apakah kamu mahu Kami jelaskan kepada kamu tentang orang-orang yang pekerjaan mereka di dunia ini ialah (pekerjaan) yang sia-sia, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah bekerja dengan sebaik-baiknya. Mereka itu ialah orang-orang kufur terhadap ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) pertemuan dengan Allah. Sebab itu (nilai) pekerjaan mereka akan hilang (hapus) dan Kami pun tidak akan memberikan apa-apa pertimbangan nilai terhadap (usaha) mereka pada hari kiamat kelak. ”

(Surah Al-Kahf: ayat 103-105)

Terdapat beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Faktor-faktor tersebut antara lain ialah:

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah.

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam. Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan iman, Islam dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama’. Allah berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati ALLAH, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu padahal kamu mengetahuinya.” (Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.

Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur. Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih keremerlangan seperti yang diidam-idamkan.

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik.

Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti  ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi . Perlembagaannnya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa. Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Sikap kepimpinan yang cekap serta berketerampilan.

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti  akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai berbagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang. Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai keterampilannya dalam menggarapi aspek-aspek berikut:

a) Wawasan politik yang jelas.

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi.

b) Keterampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan.

c) Keterampilan moniver.

Pimpinan 0rganisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka perlu menguasai seni mengendalikan konflik untuk mencapai tahap atau pelaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) Memiliki keperibadian Islam yang baik.

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh al-Quran.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif.

Pemimpin Mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. la lahir dari kalangan massa  mahasiswa sendiri. la (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jama’ah dan sikap ingin melihat  jama’ah berjaya.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan.

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang terkehadapan sudah pasti ianya suatu igauan yang indah. Sekurang-kurangnya perlulah mempunyai alat seperti komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setarafdengan tuntutan.

7. Program kepimpinan (leadership programme) yang berkesan.

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem kepimpinan yang baik untuk menampan pemimpin pelapis yang lain.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang dinamik untuk menggarap cabaran zaman kini dan zaman-zaman yang semakin mencabar ini.

8. Taufiq dan inayah Allah.

Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih  dengan amalan-amalan ibadah, doa, zikir dan
munajat.

Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restuNya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullaill, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba mencabar ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk kehidupan atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka  dilingkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu.

Justeru itu, budaya gerak kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan.  Dalam ha] ini, jika mahasiswa terus-menerus berada di takuk lama tanpa mahu merebut semua peluang untuk meningkatkan diri agar lebih agresif, sudah pasti mereka akan terus  terpinggir dan ketinggalan dalam merebut  kecemerlangan terutamanya untuk Islam tercinta.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
See also  Cara Memujuk Hati Sendiri
0 comments… add one

Leave a Comment