Keberkatan Juwairiyah daripada Pernikahannya

418572_3506945195289_1321565316_3453199_376295844_n

Ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah Baginda mendapati wujudnya golongan Yahudi dan orang Musyrik yang menghuni kota itu sejak sekian lama. Rasulullah s.a.w. tidak menghadapi mereka dengan menunjukkan permusuhan.
 
Sebaliknya, Baginda mengiktiraf keberadaan mereka dengan berlapang dada. Dengan bijaksana, Baginda menawarkan sebuah kontrak sosial dengan mereka secara adil agar mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.
 
Dendam Ayah
 
Kebaikan Baginda tidak dihargai bahkan dikhianati. Kaum Yahudi sering menjadi duri dalam daging di tanah air sendiri. Bani al-Mustaliq merupakan salah satu kaum yang membenci kepimpinan kaum Muslimin di Madinah. Kctuanya ialah al-Harith bin Abu Dirar; bapa Juwairiyah.
 
Bapa Juwairiyah membuat persiapan maksimum untuk memerangi kaum Muslimin. Pasukan dikemaskan, bekalan, senjata dan logistik dipersiapkan. Meskipun negara Islam semakin kukuh di Madinah, Bani al-Mustaliq tetap yakin mereka lebih kuat.
 
Perang Bani al-Mustaliq
 
Berita kebencian bapa Juwairiyah sampai ke telinga Rasulullah s.a.w. Persiapan nekad untuk berperang bersama kaumnya dan suku-suku Arab yang berjaya dipengaruhi membuatkan Rasulullah s.a.w. bimbang.
 
Baginda lalu mengutuskan Buraidah bin al-Hasib al-Aslami untuk memastikan kesahihan berita itu. Buraidah berjumpa sendiri dengan al-Harith. Ternyata, kebencian al-Harith terhadap Islam berkobar-kobar. Dia terlalu ingin menyerang Madinah.
 
Sebelum mereka menyerang, Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan mereka berangkat menemui Bani al-Mustaliq pada 2 Syaaban. Al-Harith mengirim pengintip, namun pengintip ini berjaya dikesan lalu dibunuh.
 
Pembunuhan pengintip itu menggentarkan hati suku-suku Arab yang bersama al-Harith sehingga mereka mengundurkan diri. Perang Bani al-Mustaliq lalu terjadi pada bulan Syaaban pada tahun enam Hijrah.
 
Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Aun menulis surat kepada Nafi’ untuk bertanya perihal perang Bani al-Mustaliq. Dalam jawapannya, Nafi’ berkata yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w. menyerang Bani al-Mustaliq yang telah bersiap-siap menyerang Rasulullah s.a.w. sebelumnya.
 
Unta-unta mereka dibawa menuju suatu sumber air. Di sanaiah Rasulullah s.a.w. menyerang mereka dan berjaya menawan kaum wanita dan anak-anak termasuk Juwairiyah. Aku mendengar kisah ini daripada Ibn Umar yang menyertai perang tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Menjadi Janda
 
Dalam peperangan itu, Musa’ bin Safwan, suami Juwairiyah binti al-Harith, terbunuh. Terdapat 10 orang lagi tentera Bani al-Mustaliq turut terbunuh bersamanya. Sementaia itu, Iebih 700 orang menjadi tawanan termasuk Juwairiyah binti al-Hanith.
 
Juwairiyah kini menjadi janda dan diselubungi kesedihan tiada tara, ditambah lagi apabila ditawan oieh kaum Muslimin.
Namun, dia bukan wanita yang cepat menyerah, sebaliknya cuba membebaskan dirinya dengan sejumlah wang. Ummu al-Mukminin; Aisyah r.ha. berkata yang bermaksud: “Ketika Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagikan tawanan daripada kaum wanita Bani al-Mustaliq, Juwairiyah binti al-Harith menjadi bahagian Thabit bin Qais bin Shammas atau sepupunya. Saat itu juga Juwairiyah membuat kesepakatan untuk membebaskan diri dengan membayar sejumlah wang kepadanya. Juwairiyah seorang wanita yang cantik sehingga sesiapa pun yang melihatnya, maka akan terpesona dengan kecantikannya itu. Lalu, Juwairiyah menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta bantuan Baginda agar menunaikan kesepakatan itu.”
 
Cemburu Aisyah
 
Juwairiyah tekad melangkah menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta pertolongan. Aisyah r.ha. bercerita lagi yang bermaksud: “Demi Allah! Aku tidak sedar ketika tiba-tiba Juwairiyah sudah berada di depan pintu rumahku. Aku tidak suka dengan kehadirannya dan aku yakin Rasulullah s.a.w. akan mempunyai kesimpulan yang sama tentang dirinya seperti kesimpulanku tadi (iaitu tentang kecantikan Juwairiyah yang mempesona).
 
Aisyah berkata lagi: “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Riwayat Muslim)
Bonda kita Aisyah sedang cemburu, dan fitrah cinta memang begitu. Isteri mana yang tidak cemburu? Debaran Aisyah semakin laju tatkala Juwairiyah di hadapan Rasul. Mujurlah suami Aisyah itu adalah Rasulullah maksum dan dipelihara Allah.
 
Hati Aisyah reda jika nanti Rasulullah mempunyai strategi politik untuk membantu agama. Membuktikan permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana prejudis bangsa tetapi kerana kedengkian dan sifat khianat mereka jua.
 
Strategi Politik Nabi
 
Juwairiyah berkata tatkala berhadapan dengan Rasulullah: “Wahai Rasulullah, saya adalah Juwairiyah binti al-Harith bin Abu Dirar, puteri pemimpin kabilah Bani al-Mustaliq. Saya mendapat musibah yang sedia tuan maklum. Saya menjadi bahagian Thabit bin Qais bin Shammas atau sepupunya. Maka saya ingin membuat kesepakatan dengannya supaya saya menjadi orang yang merdeka. Tujuan saya menemui tuan untuk meminta bantuan menyelesaikan perihal kesepakatan ini.”
 
Rasulullah s.a.w. menawarkan diri untuk melunasi bayaran kesepakatan Juwairiyah dengan Thabit bin Qais. Bukan itu sahaja, melihat potensi Juwairiyah yang sangat berpengaruh terhadap kaumnya, Baginda turut menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju. Hasilnya, semua tawanan Bani al-Mustaliq menjadi kembat Baginda dan menyebelahi perjuangan Rasulullah s.a.w. Mereka lalu dibebaskan dan dakwah semakin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.
 
Menyedari suaminya bernikah kerana kepentingan agama bukan kepentingan nafsu, Aisyah meredainya. Beliau berkata:
 
“‘Saat itu juga, tersebarlah berita bahawa Rasulullah s.a.w. menikahi Juwairiyah binti al-Harith.’ Mendengar berita itu, para
sahabat berkata (tentang hamba tawanan mereka yang berasal daripada Bani al-Mustaliq): ‘Mereka ialah besan Rasulullah
s.a.w.” Lalu mereka memerdekakannya, maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani al-Mustaliq kerana pernikahan Juwairiyah. ‘Saya tidak pernah melihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.”‘ (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
 
Dilatih Menjadi Murabbiyyah
 
Setelah masuk Islam dan menjadi isteri Nabi, Juwairiyah tekun beribadah kepada Allah s.w.t. Beliau mendapat bimbingan terus daripada Nabi Muhammad s.a.w. Antara pengajaran berharga yang beliau kutip adalah berkaitan puasa sunat.
 
Juwairiyah berkata bahawa Nabi pernah menemuinya pada hari Jumaat, dan pada saat itu dia sedang berpuasa. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Semalam dinda berpuasa juga?” Juwairiyah menjawab: “Tidak!” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Dinda akan berpuasa lagi esok?” Juwairiyah menjawab: “Tidak!” Rasulullah s.a.w. berkata: “Kalau begitu, batalkan puasa dinda pada hari ini(Jumaat).”
 
Dalam riwayat lain, Juwairiyah berkata: “Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumahku. Baginda mendapatiku sedang bertasbih, maka Baginda pergi ke tempat lain untuk satu keperluan. Kemudian Baginda kembali lagi menemuiku ketika hampir tengah hari. Rasulullah s.a.w. bertanya: ‘Adakah dinda masih duduk(bertasbih)?’ Aku menjawab: ‘Ya.’ Baginda berkata: ‘Mahukah dinda, kanda ajarkan beberapa kalimat yang jika dinda ucapkan maka setara dengan seluruh tasbih yang dinda lakukan? Ucapkanlah “Subhanallah, ‘Adada khalqih”sebanyak 33 kali, “Subhanallah zinata a‘rshih”sebanyak 33 kali, “Subhanallah rida nafsih”sebanyak 33 kali, dan “Subhanallah midada kalimatih”sebanyak 33 kali.'” (Riwayat Muslim)
 
Pergi Selamanya
 
Enam tahun menjadi isteri Nabi cukup bermakna baginya. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., beliau melalui era pemerintahan KhuIafa’a!-Rashidin yang amat memuliakan kedudukan beliau sebagai isteri Nabi.
 
Usianya dihabiskan dengan ilmu, zikir, doa, tasbih dan mengajarkan ilmu kepada para penuntut ilmu yang datang ke Madinah. Juwairiyah tekun menyampaikan apa-apa sahaja pengalaman hidupnya bersama Rasulullah. Setiap perlakuan Nabi menjadi rujukan sumber hukum selepas al-Quran. Inilah hikmahnya Nabi mengahwini ramai wanita dalam jangka masa 10 tahun dari akhir usia Baginda agar ramai yang akan menjadi saksi kehidupan seharian Baginda yang bemaungkan wahyu, dan
demi maslahat ummah hingga ke hari ini.
 
Juwairiyah tekun berdakwah sehingga pemerintahan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan r.a. Usianya ketika itu 70 tahun dan beliau
mula sakit-sakit. Pada bulan Rabiulawal tahun 50 Hijrah, Juwairiyah dijemput Ilahi. Beliau dimakamkan di perkuburan Baqi‘.
Marwan bin al-Hakam yang menjawat jawatan sebagai Gabenor Madinah ketika itu memimpin solat jenazah dan diikuti banjiran penduduk Madinah. Semoga Allah meredai bonda kita; Juwairiyah.
 
Semua tawanan Bani al-Mustaliq menjadi kerabat Baginda dan menyebelahi perjuangan Rasulullah s.a.w. Mereka lalu dibebaskan dan dakwah semakin tersebar.
 
Profil Juwairiyah binti al-Harith
 
1. Nama penuhnya ialah Barrah binti al-Harith bin Abu Dirar.
 
2. Lahir sekitar 14 tahun sebelum Hijrah.
 
3. Dibesarkan dalam keluarga kaya dan bangsawan kerana ayahnya ketua suku Bani al-Mustaliq.
 
4. Beliau digambarkan seorang yang cantik, berakhlak mulia dan berpendidikan sehingga ramai orang kaya dan terhormat mahu menikahinya.
 
5.Suaminya ialah Musafi‘ bin Safwan, pemuda daripada kaum Khuza‘ah.
 
6. Dimuliakan Allah dengan menjadi salah seorang daripada Ummahat al-Mukminin (ibu orang beriman).
 
7. Keislamannya menyebabkan 100 ketua keluarga daripada kabilahnya turut masuk Islam.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *