Pada masa dahulu, kebanyakan kerja memerlukan kita memerah keringat dan membanting tulang. menuai, membajak, mengutus surat.
Kini, di zaman semuanya di hujung jari sahaja, hampir sejumlah besar masa seharian kita duduk menghadap komputer.Ini lebih selamat, kita fikir. Berbanding kerja luar yang memerlukan pengorbanan fizikal, ia hanya statik di satu tempat.
Duduk selama dua hingga tiga jam di kubikel pejabat bukan perkara asing lagi. Malahan, lebih dipuji kalau kita menghabiskan banyak masa untuk melaksanakan kerja di hadapan komputer, terduduk sambil meneliti dokumen-dokumen, mencari peluang meningkatkan lagi perniagaan.
Sementara mengejar dunia, tanpa kita sedari kita sedang mengorbankan kesihatan kita.
Mengikut kajian yang dipaparkan secara atas talian di European Heart Journal, menunujukkan bukan sahaja tempoh duduk yang lama boleh memberi kesan buruk, malahan jumlah ‘rehat pendek’ yang diambil.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan di Autralia itu juga, biarpun seseorang itu mengamalkan banyak senaman, kesan tempoh duduk yang lama untuk jangka masa panjang masih boleh mengganggu fungsi cardio-metabolisma dan menyebabkan keradangan, seperti ukur lilit pinggang yang lebih lebar, menurunnya kadar kolesterol HDL ( kolesterol baik), kadar protin C-reaktif (penetap tahap keradangan) dan trigliserida (lemak dalam darah) yang tinggi. Enzim-enzim yang membantu membakar lemak
juga menurun sebanyak
Ini bermakna lemak-lemak anda tidak dapat tukarkan ke dalm otot-otot dan kadar gula dalam darah meningkat, justeru menyebabkan berat badan naik. Selepas dua minggu, penyerapan oksigen akan menurun dan otot-otot mengalami atrofi, keadaan dimana berlakunya ‘pereputan’ atau rencatan pada sesuatu tisu badan atau organ.
Selain itu, terdapat beberapa fakta yang merisaukan mengenai kesan mengekalkan posisi duduk terlalu lama, contohnya, risiko mendapat sakit jantung boleh meningkat hingga 64% dan meningkatkan risiko untuk mendapat jenis-jenis kanser tertentu. Selepas mengamalkan duduk selama enam jam atau lebih untuk satu atau dua dekad, risiko mendapat kanser prostat atau payudara meningkat sebanyak 30 peratus.
Pada saat anda duduk, aktiviti elektrik (ya, ada, jangan terkejut) dalam otot-otot mulai perlahan dan kadar pembakaran kalori tubuh menururn sebanyak satu kalori per minit. Sekiranya kita duduk untuk tempoh 24 jam, kita akan mengalami 40 penurunan dalam penyerapan glukosa dalam insulin, yang boleh membawa ke diabetes tahap 2.
Disamping itu, berada dalam posisi duduk terlalu lama boleh meningkatkan tekanan darah tinggi dan mengecilkan saluran darah. Keadaan duduk yang lama juga b9oleh menyebabkan perubahan ketumpatan tulang (berkurang), dan akhirnya menyebabkan kerapuhan.
Sebenarnya adalah tidak sukar untuk mengatasinya.Tidak perlu sebarang rawatan khusus mahupun program-program intensif yang harus disertai. Apa yang kita perlu buat, hanyalah dengan mengubah amalan kita. Pastikan kita tidak duduk dengan berterusan dengan bangun serta melakukan aktiviti-aktiviti riadah kecil seperti meregangkan tubuh dan bangun sekali dalam sejam.
Seterusnya, amalkan 30 minit senaman. Jika boleh, lakukan perkara-perkara yang kita boleh lakukan secara berdiri atau bergerak. Terdapat banyak tips dan tutorial mengenai cara melakukan kerja-kerja komputer sambil berdiri. Banyakkan juga aktiviti-aktiviti yang memerlukan kita bergerak seperti mengemas rumah dan kurangkan aktiviti seperti asyik melayari internet atau menonton televisyen.
Jagailah tubuh kita. Janganlah kita membunuhnya secara senyap.
Sumber:
1.Harris,S, WebMD Health News, “Sitting for Too Long Is Bad for Your Health”, 12th Jan 2012,
url:http://www.webmd.com/heart-disease/news/20110112/sitting-down-too-long-bad-health
2. Klosowski, Thorin, Lifehacker, “Hos Sitting All Day Is Damagingn Your body and How You Can Counteract It.” 26th Jan
2012,, url:http://lifehacker.com/5879536/how-sitting-all-day-is-damaging-your-body-and-how-you-can-counteract-it.
3.Dube, R, Makeuseof,”4 Serious Health Issues From Sitting Too Long & How To Avoid Them”,11th October 2012,
url:http://www.makeuseof.com/tag/4-health-issues-sitting-long-avoid/
4. Kresser, C, Huffington Post, “How Sitting Too Much Is Making Us Sick and Fat–And What to Do About it”, 18th March
2013, url:http://www.huffingtonpost.com/chris-kresser/sitting-health_b_2897289.html
Picture credited to Sydney Morning Herald