Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (saw) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
assalamualaikum
seperti mana yang saya tahu mandi dengan menggunakan air zam-zam yang bercampur dengan air biasa hukumnya adalah harus.maka ketika mandi sudah tentu membasuh kemaluan mengunakan air zam-zam yang telah bercampur air biasa tadi apakah humkumnya?adakah dibolehkan?
harap dapat beri penjelasan.
sekian terima kasih.
Mengenai pertanyaan mandi (basuh kemaluan) mengunakan air zam zam, perkara ini termasuk didalam bab BERSUCI kalau dilihat dari pada pandangan ulamak2, contohnya imam nawawi mengatakan bahawa bersuci dgn mengunakan air zam zam tidak dimakruhkan bersuci dengannya…begitu juga pandangan ulamak2 yg lain kecuali imam ahmad. Tidak ada riwayat2 yg mengatakan bahawa dilarang bersuci dengan air zamzam,ada juga satu riwayat yg melarang, seperti riwayat dari ibnu abbas yg melarang mandi dengan air zamzam, tetapi riwayat tersebut tidak sahih.
Jadi air Zam-zam boleh digunakan dlm apa jua hal seperti berwuduk,boleh istinja’,mandi janabah dan seumpamanya.
Didalam hal ini apa yg titipkan oleh islam ialah air yg suci jika air zam-zam itu tercemar dgn kotoran,air itu tidak boleh juga digunakan untuk bersuci.
kalau boleh jika tidak ada sebab musabab yg penting untuk kita mandi mengunakan air zam-zam seperti untuk berubat dan seumpamanya tidak perlulah kita berbuat demikian kerana air zam-zam itu lebih baik diminum kerana fadhilat dan khasiatnyan lebih besar.
Jadi natijahnya disini adalah “SUCI”
selesai bacanya jadi pengin ke mekah juga nih. mudah2 cepat dapt rezki biar bisa menunaikan rukun islam yang ke lima. amin
sy ade jual air zamzam.
10 liter
rm120 shj.
penghantaran dalqm negeri terengganu ada dbuat.
fb: asshafiz nuruddin
no fon : 014-8092059
Mohon share artikel tuan. Terima Kasih
Saya ada membuat penghantaran(delivery) terus ke rumah sekitar Bandar Baru Bangi.
BBB- 10L termasuk penghantaran rm100
Kajang/Putrajaya-10L termasuk penghantaran rm110
*500ml =rm10/botol.minimum order untuk penghantaran 10 botol.
FB: Air Zam Zam Bandar Baru Bangi
Tel hp: 019-3706929
Salam tuan/puan dihormati..
Kami menjual air zam2 direct from Mekah, harga seperti berikut:
Botol Besar 10liter rm110
botol kecil 600ml rm10
Saya ada membuat penghantaran(delivery) terus ke rumah sekitar Johor Bahru, Skudai, Nusajaya dan Kempas- 10L termasuk penghantaran RM 120, 5 liter RM 80.00
Assalam.. nk tanya, ada lg x stok air zam zam? Dan, mcmn nk hubungi saudara ye…
Salam.. Nak bertanya. Ada lagi ke stok air zamzam?
Tumpang bertanya….air zam zam ni boleh tak dibuat mencuci luka dikaki..sebab mak saya ada kencing manis…kaki dia luka
terimakasih infonya sangat bermanfaat
1. Kalau dibuat kajian saintifik, bolehkah dinyatakan kandungan Flouride, Magnesium dan lainlain dalam sukatan ppm?
2. Takkan dizaman moden ini, kerja penyelidikan dijalankankan dengan membenarkan manusia masuk kedalam telaga air minum, betulker ni, tidakkah akan berlaku pencemaran kepada telaga tersebut dan bagaimana penyelidik itu membuat basmi kuman dan apa kimia yang digunakan?
3. Saya kurang percaya dengan cara penulis berhujah, walaupun saya tahu air perigi zam zam mempunyai nilai sejarah yang panjang.
shafri
astagafirullah air zam zam tidak boleh di perjualkan haram!!
Saya membeli air zamzam 10 liter dan meninggalkan air zamzam di dalam kereta. Saya tidak dapat mengangkat berat 10 liter air zamzam dan terlupa untuk menyuruh suami saya untuk membawa masuk air zam-zam ke dalam rumah. Air zamzam itu ada di dalam keteta selama 3 hari……
Jikalau air lain yang tertinggal di dalam kereta selama sehari, air itu tidak boleh diminum kerana air itu bertukar kepada bahan kimia…….Bagaimana pula dengan air zanzam yang ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa hari???….
Ane jual air zam zam surabaya, indonesia
harga 450.000 / galon 5 liter, InsyaAllah bisa COD surabaya,
www(dot)jualairzamzam(dot)com