Seorang ibu diberitahu bahawa anaknya sering mencuri alat tulis rakan-rakannya di sekolah, lantas dia berkata: ”Itulah, tak tahu saya nak buat macam mana dengan anak saya. Saya selalu ’ambil’ alat tulis di peiabat saya untuknya, tetapi dia masih mencuri.”
Kata-kata ibu tersebut sebenarnya menunjukkan anak tersebut telah mewarisi sifat ibunya iaitu suka mengambil harta orang lain. Walaupun perbuatan ibu tersebut bukanlah mencuri, namun jika harta tersebut ialah harta pejabat, maka ia termasuk seperti perbuatan ghulul yang juga diharamkan.
Dalam isu kali ini, saya cuba ketengahkan beberapa maqasid mengenai hikmah hukuman potong tangan terhadap pencuri seperti yang disyariatkan dalam Islam.
Hukuman Apabila Mencuri
Adalah lumrah kehidupan apabila manusia cenderung untuk memiliki harta serta menyayanginya. Islam mengiktiraf kecenderungan manusia ini sebagai fitrah semula jadi. Lantaran itu, Allah mengharamkan segala bentuk pencerobohan atas harta yang dimiliki oleh orang Iain dan ia tidak boleh diambil melainkan dengan cara yang hak.
Salah satu cara pencerobohan terhadap harta orang lain secara batil adalah mencuri. Maka, Allah Taala menetapkan ‘uqubah (hukuman seksa) bagi mengelakkan pencerobohan berlaku dalam kalangan masyarakat. Hukuman tersebut adalah dengan memotong tangan pencuri sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Ma’idah ayat 38, maksudnya:
“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah kerjakan, dan (juga sebagai) satu hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Sehubungan dengan ini, Ibn al-‘Arabi menyebut: “Sesungguhnya, harta bendadiciptakan dalam keadaan tersedia untuk dimanfaatkan oleh manusia seluruhnya. Namun, dihukumkan padanya dengan satu bentuk ikhtisas (kepada individu tertentu) dan ia merupakan konsep pemilikan secara syarii. Dalam masa yang sama, ketamakan dan keinginan manusia masih bergantung serta berlegar di sekelilingnya.
“Bagi segelintir kecil manusia, maruah serta agama boleh menahannya (daripada melakukan pencerobohan). Manakala bagi sebahagian besar manusia, penjagaan dan pemilikan orang lain menahannya. Apabila harta tersebut dimiliki oleh pemiliknya, maka telah terhimpun dua bentuk penjagaan. Tetapi jika kedua-duanya dirobek, maka amatlah keji jenayah yang dilakukan, oleh itu besarlah hukumannya (Ahkam al-Qur’an, jil.2, hlm. 111)
Hukuman memotong tangan pencuri termasuk bawah hukuman keseksaan yang ditetapkan syarak dan mempunyai tujuan merealisasikan maslahat dan menolak mafsadah. Walaupun realiti yang dilihat pada mata manusia, potong tangan ialah mafsadah keranamerosakkan tangan manusia Abdul Qadir ‘Awdahmenyatakan: “Hukuman-hukuman keseksaan, meskipun disyariatkan bertujuan menegakkan maslahat umum, namun ia pada zatnya bukan kebaikan (maslahah), bahkan ia adalah kerosakan (mafsadah). Tetapi, syariat mewajibkannya kerana ia membawa kepada maslahat kumpulan besar yang hakiki dan menyebabkan pemeliharaan kepada maslahat ini.” (Al-Tashri” al-Jina’i, jil. 1, hlm. 68)
Kenyataan ini sebenarnya sama seperti yang telah disebutkan oleh tokoh yang lebih awal iaitu al-Imam Izzuddin bin Abdul Salam: “Antara contoh perbuatan yang mengandungi maslahat dan mafsadah dalam situasi maslahatnya diutamakan berbanding mafsadahnya ialah hukuman memotong tangan pencuri. Walaupun ia satu bentuk kerosakan (memotong tangan), tetapi ia menjadi pencegah dengan memelihara harta benda manusia. Justeru, diutamakan maslahat memelihara harta manusia berbanding mafsadah potong tangan pencuri.” (Qawa‘id al-Ahkam, jil. 1, hlm. 116)
Maqasid Potong Tangan Pencuri
Ibn Qayyim rhm. menjelaskan hikmah atau maqasid syariah bagi menjawab persoalan mengapa tangan pencuri dipotong dan ini berbeza dengan penzina yang tidak dipotong kemaluannya. Beliau menyebut dalam I‘lam al- Muwaqqi‘in:
“Adapun hukuman pencuri dengan memotong tangannya, manakala penzina tidak dipotong kemaluannya, maka ini termasuk dalam ketinggian hikmah dan maslahat. Bukanlah menjadi hikmah Allah, maslahat makhlukNya dan penjagaan serta rahmat Allah kepada mereka apabila memusnahkan anggota setiap penjenayah yang melakukan maksiat dengan anggota tersebut. Contohnya seperti mencungkil mata apabila melihat perkara haram, memotong telinga apabila mendengar perkara haram, memotong lidah apabila bercakap perkara haram dan memotong tangan apabila menampar orang secara jahat, ia mengandungi keterlampauan dan keterlaluan dalam hukuman.
“Nama-nama Allah Yang Maha Baik dan sifatNya Yang Maha Tinggi serta perbuatanNya Yang Maha Terpuji tidak menginginkan hal demikian. Bukan menjadi maqasid syarak untuk mencapai matlamat bahawa penjenayah tidak mengulangi
perbuatannya sahaja. Sekiranya begitulahmatlamat syarak, sudah pasti hukuman bunuh penjenayah sudah memadai.
“Namun, maqasid sebenar ialah tegahan dan halangan serta hukuman kerana jenayah yang dilakukan. Ia lebih hampir kepada menghalang kejahatan yang melampaui batas, juga agar orang lain mengambil iktibar dan supaya akan lahir rasa bertaubat akibat kesakitan dan mengingatkannya kepada hari akhirat.”Selain itu, jenayah curi biasanya dilakukan dalam keadaan tersembunyi. Pencuri bersiap sedia dengan rapi sekiranya dirinya dilihat orang, dia cepat-cepat akan melarikan diri. Maka apabila sabit kesalahan, hukuman yang setimpal adalah potong tangan supaya dia malu dengan Allah Taala untuk melakukan jenayah baik malu kepada manusia di samping mencegah orang lain mengikut jejak langkahnya. Ibn al-Qayyim menyebut:
“Dan Allah jadikan hukuman potong tangan kerana merosakkan harta manusia (mencuri). Pencuri tidak mungkin untuk dielakkan disebabkan ia mengambil harta orang dalam keadaan bersembunyi, memasuki rumah serta menyusup bukan melalui pintu-pintunya.Ia seumpama seekor kucing atau ular yang memasuki rumahmu dalam keadaan tanpa diketahui. Oleh sebab itu, kejahatan curinya tidak sampai tahap membunuh, dan tidak akan terhalang hanya dengan sebatan. Jadi, cara terbaik yang boleh menghalang mafsadahnya (kejahatannya) adalah dengan memotong anggota yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut.”(al-Da’wa al-Dawa’hlm. 175)
Antara maqasid utama lain yang ingin ditegakkan dalam pensyariatan hukuman potong tangan ialah hifz al-mal (memelihara harta) manusia daripada ditembusi pencerobohan manusia lain. Hukuman ini dapat mencegah manusia daripada dua situasi.
1. Sebelum hukuman dilaksanakan, mereka yang bemiat jahat untuk mencuri menjadi gerun untuk melakukan jenayah ini kerana bimbang akan ditangkap lalu disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman potong tangan.
2. Selepas hukuman dilaksanakan, ia mencegah manusia iain yang melihat nasib penjenayah daripada mengikut jejak langkah si penjenayah. Selain itu ia juga membantutkan niat penjenayah yang ingin mengulangi jenayah yang sama. Inilah yang dimaksudkan dengan نكالا من الله sebagai satu bentuk pencegahan daripada Allah Taala.
Justeru, telah jelas maqasid atau hikmah yang dikehendaki Allah Azzawajalla.