Kisah Pengorbanan Kasih (Selain Suami Isteri)

Pengorbanan KasihPada minggu yang lepas, anda telahpun membaca kisah-kisah cinta merentas masa. Kesemuanya adalah cinta antara seorang suami dan seorang isteri. Pada hari ini, penulis ingin berkongsi pula pengorbanan demi kasih sayang seorang ibu, sahabat, dan adik beradik. Kisah-kisah cinta begini juga perlu menjadi motivasi kita.

1. Meliah Md Diah dan Abdul Rahman Saud (Ibu dan Anak)

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa hubungan Meliah Md Diah dan anaknya, Abdul Rahman Saud disenaraikan, sedangkan ramai sudah maklum kasih ibu pada anaknya tidak berbelah bahagi. Apakah keistimewaan hubungan mereka?

Pada usia 100 tahun, Meliah Md Diah masih gigih menjaga anaknya, Abdul Rahman Saud,62. Abdul Rahman Saud merupakan seorang OKU dan memerlukan perhatian sepenuh masa. Bagi Meliah, hanya Abdul Rahman sahaja ahli keluarga yang masih berada di dunia. Arwah suaminya telah meninggal dunia 20 tahun lalu manakala tiga orang anaknya yang lain masing-masing telah meninggal dunia pada usia yang muda.Menjadi lumpuh akibat diserang sawan dari usia kecil, Abdul Rahman Saud memerlukan bantuan untuk makan, mandi, dan bergerak.

2. Jeremy dan Crystal Bell (Abang dan adik)

Jika orang lain menjaga diri untuk kesihatan sendiri, berbeza pula dengan Jeremy Bell, Dia mempersiapkan diri untuk menderma buah pinggang untuk adiknya.

Melihatkan penderitaan adiknya, hati Jeremy tersentuh. Oleh kerana kelayakan untuk menderma buah pinggang memerlukan seseorang untuk berada dalam keadaan sihat, Jeremy bertindak menurunkan berat badan sebanyak 100 paun.

Buah pinggang Crystal Bell rosak teruk akibat keaadan kongenital. Malangnya tubuhnya tidak menerima buah pinggang sepupunya menyebabkan dia terpaksa hidup bergantung kepada mesin dialisis.Kasih Sayang Binatang

3. Lui Shi Ching dan Lu Shao (Sahabat)

Jika anak-anak Malaysia memerlukan kereta, motor dan bas untuk menghantar mereka ke sekolah yang berdekatan, Lui Shi Ching bukan sahaja berjalan kaki ke sekolah, malah dia memapah rakannya, Lu Shao bersama.

Lu Shao mempunyai masalah gangguan kongenital yang menyebabkan ia sukar bergerak. Ia bermula apabila pada satu hari, ibu Lu Shao lambat mengambilnya. Lui Shi Ching, biarpun bertubuh lebih kecil, memapahnya sehingga ke rumahnya. Sejak itu, Lui Shi Ching menawarkan bantuannya dan memapahnya pergi dan balik sekolah, serta ke tandas. Mereka meneruskan selama lapan tahun persekolahan.

Sikap rendah diri Lui Shi Ching menyebabkan tiada siapa yang mengetahui sehingga telah lama dilakukan. Malahan, ibu bapanya sendiri mendapat tahu selepas empat tahun.

3 kisah ini yang dapat penulis kongsikan. Barangkali banyak lagi kisah-kisah pengorbanan yang bukan berdasarkan hubungan suami isteri mahupun kekasih. Anda boleh bertanya dengan orang disekeliling kita, boleh jadi mereka pernah mengalami kisah-kisah sebegini. Malahan, kita tidak boleh abaikan kisah-kisah wira-wira senyap yang sanggup berkorban dalam melaksanakan tugas walaupun untuk orang asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *