Kisah Sedih Menjelang 14 Februari

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kisah Sedih Menjelang 14 Februari 2012

Adik cuma nak tanya Ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik cuma ingin bertanya…
Rasanya Ibu tak akan mampu menjawabnya…

Ibu ingat 14 feb tak?…
Malam tu ibu ada janji temu…
Ibu jumpa jejaka tu…
Ibu kata dia cintakan Ibu…

Benarkah Bu?
Dia puji dan puja Ibu…
Dia rayu dan belai Ibu…
Katanya cintanya hanya untuk Ibu…

Benarkah Bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya…
Ibu terbuai dalam bicaranya…
Ibu terlena oleh bisikannya…

Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk Ibu…
Ibu izin dia sentuh jasad Ibu…
Ibu puas dapat buktikan setia Ibu…
Macam dia kata..
Dia mahu bukti cinta dari Ibu...

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Tapi benarkah Bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan…
Pohon yang Ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil…
Hari ini buah cinta Ibu dan Dia telah terzahir…
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir…

Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta Ibu dan Dia?
Dan yang adik ingin Ibu jawab…
Mengapa Ibu buang adilk?

Mengapa Bu?
Tak terasakah sakit dan perit?…
Tak berbakikah kasih dan sayang?…
Dan… Tidak lagikah ibu berTuhan?

Benarkah soalan adik, Ibu?
Benarkah begitu, Ibu?

Adik cuma nak tanya je, Bu….
Jangan marah adik ya, Bu…
Adik tak kisah kalau mereka cakap adik anak haram…
Di sisi Tuhan, yang haram itu bukan adik…
Tapi, yang haram itu perbuatan Ibu…

See also  Rahsia Lelaki Mengikut Empat Unsur

Apapun, terima kasih Bu…
Tanpa Ibu, adik takkan dapat melihat dunia..
Biarpun sekejap…
Adik puas dapat jadi anak Ibu…
Moga Ibu kembali ke pangkal jalan..
Moga… Kepada ALLAH jua Ibu berTuhankan

Selamat tinggal Ibu…
Adik pergi dahulu…

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
0 comments… add one

Leave a Comment