Seorang remaja dari UAE, yang menggelarkan dirinya ‘OxOmar’ yang dipercayai berusia 19 tahun dipercayai telah menggodam dan menyiarkan maklumat peribadi berpuluh ribu rakyat Israel. OxOmar dipercayai telah melakukan kegiatan tersebut bagi membalas kekejaman tentera Israel yang membunuh tanpa belas kasihan rakyat Palestin:
“Israel menyerang dan membunuh penduduk Palestin yang tidak berdosa, perbuatan mereka adalah pembunuhan beramai-ramai dan melanggar undang-undang antarabangsa.
“Tindakan menyakitkan hati orang yang menakluki tanah orang lain dan mencederakan mereka bukan perbuatan yang tidak baik, ia satu pembalasan dendam.”
Berikutan tindakan beliau itu, pihak Israel telah menggelar beliau sebagai seorang pengganas dan berjanji akan berusaha keras untuk menangkapnya. Mengikut sumber, pada Khamis lalu, OxOmar telah berjaya mendedahkan maklumat peribadi kira-kira 400 000 orang penduduk Israel dan beliau berjanji akan terus mendedahkan kesemua maklumat peribadi rakyat Israel yang berjumlah 1 000 000 penduduk kesemuanya.