Renungi firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali(insaf dan bertaubat)”.(ar-Rum: 41)
Dunia sudah sampai ke penghujung
Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa mengerikan yang berlaku mutakhir ini menunjukkan usia dunia kian sampai ke penghujung (hampir kiamat) apabila meragut jutaan nyawa termasuk yang tidak berdosa dan sekaiigus memusnahkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Sebagai contoh, peperangan yang berlaku di negara-negara umat Islam seperti di Bosnia, Pakistan, Somalia, Iran, Chechnya dan yang terkini di Iraq akibat daripada campurtangan kuffar laknatullah. Penduduknya ditindas tanpa belas kasihan, kehilangan tempat berlindung bagaikan merempat di negara sendiri, hidup dalam serba kedhaifan dan kebuluran. Anak-anak kehilangan ibubapa, isteri-isteri menjadi janda, hak-hak me-reka dizalimi dan dianiaya akibat daripada kesan peperangan yang berlaku.
Dari sudut fenomena alam pula banyak berlaku gempa bumi seperti gunung berapi di Jepun dan Filipina, tanah runtuh seperti yang berlaku di Highland Towers, banjir besar seperti di Dubai dan Mina serta tragedi tsunami yang memberi kesan terbesar perubahan pada alam semulajadi terutama di kawasan-kawasan terbabit.
Meninjau dari sudut kesihatan kini muncul penyakit-penyakit ganjil yang merebak dan sukar untuk mengubatinya. Dilaporkanbanyak kematian yang berlaku tanpa sempat mendapat rawatan. Antaranya demam denggi kesan daripada gigitan nyamuk aedes, penyakit hawar kesan daripada memakan daging ayam suatu ketika dulu dan ikan-ikan kesan daripada tragedi tsunami hingga ramai yang memboikot makanan ini.
Begitulah antara contoh-contoh malapetaka dan fitnah yang berlaku pada akhir zaman yang menimpa semua golongan tidak kira tua atau muda, kanak-kanak atau orang dewasa, kaya atau miskin. Kedatangannya tidak dapat dijangka dan diramal oleh segala pakar di dunia ini. Biarpun memiliki teknologi yang canggih namun tetap tidak dapat mengurangi segala bentuk malapeta ka ini.
Fenomena alam?
Namun, adakah bencana-bencana ini hanyalah fenomena alam semata-mata seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak atau sebagai bala’dan ibtila’ daripada Allah s.w.t? Mereka yang mengatakan bahawa ia daripada fenomena alam berhukum dengan setiap kejadian akan mengalami kemusnahan seperti mesin jahit yang selalu digunakan akan mengalami kerosakan, lampu yang selalu terpasang akan terbakar fiusnya dan begitu juga daun-daun akan gugur ke bumi akhirnya.
Pendapat yang lain pula mengatakan ia adalah hasil kerja-kerja tangan manusia itu sendiri yang bersikap tamak haloba dan melampaui batas-batas yang telah digariskan. Seperti jerebu hasil daripada pembakaran hutan yang tidak terkawal, demam denggi kesan daripada air yang bertakung. Apa sahaja bentuk kerosakan di laut dan di bumi adalah daripada sikap manusia semata. Mereka berhukum daripada zahir firman Allah yang bermaksud:
“Telah timbul kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia…”
Bagi mereka yang beriman pula akan mengambil iktibar dan keinsafan daripada malapetaka serta fitnah yang berlaku ini sebagai suatu bala’ dan ibtila’ daripada Allah s.w.t. Ianya adalah akibat daripada kemaksiatan manusia yang semakin berleluasa berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w:
“Jika harta rampasan perang telah dijadikan sumber kehidupan, amanat sebagai keuntungan,zakat dianggap pajak dan menuntut ilmu untuk mencari kesenangan duniawi, seorang lelaki lebih patuh kepada isterinya sedangkan ibunya diderhakai, seoraang lelaki lebih mendekati kawannya dan menjauhkan ayahnya, telah banyak suara-suara keluar dari masjid-masjid (munafiq), orang-orang jahat telah bermaharajalela di tengah masyarakat, pemimpin-pemimpin bangsa berasal dari orang-orang rendah (agamanya), seseorang dimuliakan sebab ditakuti kebiadapannya, telah muncul para artis dan segala jenis seni muzik, telah membudayakan minuman-minumn keras dan generasi akhir dari umat ini sudah berani mengutuk kepada generasi pertamanya, maka disaat itu perhatikanlah benar-benar akan bertiup angin berwama merah, gempa bumi, tanah runtuh, berubah bentuk rupa, hujan batu, serta akan muncul pelbagai benmk bencana yang berturut-turut sebagaimana rantai kalung yang telah putus talinya“.(Hadith riwayat Tirmidzi).
Bala’ dan Ibtila’
Kita mungki n sudah biasa mendengar kalimah bala’. Sebut sahaja mengenai bala’sudah tentu terbayang di ruang mata kita mengenai bencana, malapetaka dan azab yang bernilai negatif dan terzahir pada kesengsaraan, kehinaan,
HIKMAH
Setiap kejadian atau ciptaan Allah pasti terselit hikmah yang tersembunyi kerana Allah tidak akan menetapkan sesuatu perkara dengan sia-sia sepertimana dinyatakan dengan firmanNya yang bermaksud:
” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu dengan sia-sia sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(al-Mukminun:115)
Di antara hikmah-hikmah tersebut ialah sebagai kifarah atau tebusan untuk menghapuskan dosa dan keterlanjuran orang-orang mukmin. Ertinya, Tuhan membalas kesalahannya di dunia untuk dilepaskan daripada balasan di akhirat kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat. Dengan kifarah, ‘orang baik’ itu akan mendapat peringatan dan amaran di atas kesalahan dan keterlanjurannya lalu bertaubat kepacla Allah. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Dan Kami timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali kejalan yang benar.”(az-Zukhruf : 48)
Kedua: Allah menjadikan ujian itu sebagai hukuman bagi orang yang ingkar di dunia sebelum dihukum di akhirat dengan hukuman yang lebih berat. Dengan kemurkaanNya, Allah menumnkan kepedihan di dunia lagi sebelum diazab di neraka. Mereka akan diazab sebanyak dua kali; pertama di dunia dan kedua di negeri abadi. Seumpama umat Nabi Nuh ditenggelamkan dengan banjir, Qarun pula ditelan bumi, kaum ‘Ad dan Tsamud dimusnahkan oleh hujan batu dan bencana alam yang lain akibat keingkaran mereka yang melampau batasan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan mereka fidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini) yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.” (at-Taubah : 74)
Ketiga: Sebagai tanda kasih-sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala dan ditinggikan pula darjatnya di sisi Tuhan. Jika fidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha, pemaaf dan qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada kalangan para Rasul ditingkatkan ke darjat ulul azmi yakni mereka yang paling gigih, sabar dan belani menanggung ujian. Golongan para Nabi adalah mereka yang paling banyak mendapat ujian kemudian diikuti dengan para sahabat, tabi’, tabi’ tabi’in dan orang-orang soleh selepas mereka. Firman Allah yang bemwaksudz
“Adakah paint kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahaf befum sampai kepada kamu (ujian dan cuban) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya, “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah ?” Ketahuilah sesungguhn ya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah )”.(Al-Baqarah : 21 )
Allah s.w.t pasti menguji hamba-hambaNya agar jelas dan terang siapa yang benar-benar jujur dan tulus dalam keimanan. Kemudian mereka dibezakan daripada orang-orang yang berdusta dan berpura-pura beriman. Dengan bala’ dan ‘ibtila’ ini akan dinilai sikap orang-orang yang beriman; siapa yang benar-benar bersabar dan mengharap redha Allah s.w.t serta orang-orang yang berputus asa, menggerutu, tidak sabar dan bertahan dalam keimanan.
Tercapainya kejujuran iman dan kesabaran adalah hikmah tertinggi daripada ujian. Hal tersebut bermakna segala makhluk adalah milik Allah s.w.t dan akan kembali kepadaNya. Cerminan keyakinan tersebut terdapat dalam kalimah ‘innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji‘un’ bermaksud:
“Sesungguhnya kami adalah milik Aliah s.w.t dan sesungguhn ya kami pasti kembali”. (al-Baqarah : 156)
Kalimat ini merupakan tempat berlindung bagi setiap orang yang ditimpa ujian dan sebagai peneguh hati sekaligus menyerahkan segala urusan kepada Allah secara total.
Keberhasilan seseorang berlaku jujur dalam keimanan dan kesabaran membuatkan dirinya berhak mendapatkan busyro daripada Allah s.w.t. Makna kalimah itu sencliri bermaksud ‘suatu pemberitahuan seseorang dengan sesuatu yang membuatnya berseri-seri yang tampak di wajahnya‘.
Apabila hikmah-hikmah ini tidak tercapai, seseorang yang ditimpa ujian akan berputus asa, tidak mampu bertahan dalam keimanan serca keyakinan temaclap kasih sayang dan kemurahan Allah s.w.t. Demikian lahirlah keluhan-keluhan seterusnya mengambil tindakan yang menyebabkan kebinasaan pada diri.
Mati adalah penyudah kepada bala’ dan ibtila’ yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat. Selagimana nyawa masih dikandung badan selagi itulah kita akan tems diiuji dengan pelbagai cubaan. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah dengan malapetaka dan fitnah yang berlaku di akhir zaman ini. Khususnya nasib yang menimpa umat Islam supaya lebih taqanub kepada Allah s.w.t. Di samping itu juga tidak melupakan beban amanah yang terpikul di bahu kita selaku khairul ummah yang sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan dan berusaha mencegah apa sahaja bentuk-bentuk kemungkaran agar Islam kembali bersinar di muka bumi ini.