Masalah Anak Asma – Punca, Panjagaan dan Penyelesaian

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
asma

Penyakit asma atau Lelah adalah satu penyakit yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk bernafas dan rasa semput. Masalah ini berlaku kerana semasa diserang asma, bronkiol pada paru-paru menjadi sempit.

Antara gejala asma yang anda boleh perhatikan pada anak anda ialah:

  • Sesak nafas
  • Sukar untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam
  • Pernafasan anak anda seakan bersiul (wheezing) mengah

 

Serangan Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

 

Dalam satu kajian yang dijalankan, kanak-kanak yang diserang penyakit asma ini berada dalam jumlah 10 hingga 20 peratus. Ibu bapa perlu ingat, asma adalah penyakit yang tidak boleh diubati.

Tapi jangan risau, semakin mereka meningkat remaja, mereka akan sembuh secara semulajadi. Biasanya yang mengalami serangan asma sederhana, pada usia 12-13 tahun, serangan ini akan hilang dengan sendirinya. Ada juga yang sembuh setelah berusia dalam 20 – 25 tahun. Semuanya bergantung kepada antibody kanak-kanak itu sendiri.

 

Tanda Amaran Serangan Asma

 

Sebagai ibu bapa anda perlu peka dengan sebarang perubahan anak anda. Setiap individu mempunyai tanda amaran yang berbeza. Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda belajar daripada pengalaman serangan asma yang anak anda lalui dahulu.

Tapi jangan risau, tanda-tanda ini tidak cukup membahayakan dan mengganggu aktiviti harian anak. Antara tanda-tanda asma tersebut ialah:

  • Batuk-batuk pada waktu malam
  • Sesak nafas dan mengah
  • Letih yang teramat setelah melakukan aktiviti seperti bersenam
  • Mengalami masalah kesukaran bernafas setelah bersenam
  • Sukar tidur
  • Emosi tidak stabil
  • Rasa sesak dada dan tidak selesa di bahagian dada
  • Rasa gatal di bahagian dagu
  • Muncul “eye bag”
  • Sakit perut dan kepala
  • Wajah kelihatan pucat
See also  Kenapa Buah-Buahan Penting?

Ini cuma sebahagian daripada tanda-tanda yang biasa dialami oleh mereka yang mengalami asma. Sebagai ibu bapa, berikan perhatian kepada keadaan tubuh anak anda dari semasa ke semasa.

Makanan Untuk Anak Yang Mengalami Asma Sebagai Rawatan

  1. Epal

Epal adalah sejenis buah-buahan yang mampu mengurangkan risiko masalah asma. Paling penting anak anda perlu mengambilnya dalam 2 hingga 5 biji seminggu barulah dapat merasakan kesannya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kenapa epal? Untuk pengetahuan ibu bapa semua, epal mempunyai kandungan flavonoids yang dapat membuka rongga pernafasan anak-anak kita.

Jadi dengan mengamalkan epal. Ianya akan membantu melancarkan pernafasan anak anda!

  1. Makanan yang kaya dengan Vitamin C

Okay kalau sebut vitamin C, mesti anda akan terbayangkan buah oren kan?

Ya, buah oren memang kaya dengan vitamin C. Malah anda jangan lupakan juga buah-buah seperti anggur dan jambu. Kedua-duanya turut kaya dengan vitamin C.

Vitamin C merupakan agen antioksida yang mampu melindungi paru-paru anak anda dari bahan-bahan yang merbahaya.

  1. Makan yang kaya dengan Beta-carotene

Sama seperti vitamin C, beta-carotene juga merupakan agen antioksida.

Antara makanan yang kaya dengan beta-carotene ialah lobak merah, labu, buah betik, manga dan juga aprikot.

Dengan memakan makanan yang kaya dengan beta-carotene, anda tidak perlu lagi risau dengan serangan asma yang disebabkan oleh senaman. Jadi anak anda boleh terus bersenam tanpa perlu risaukan serangan asma.

  1. Bawang putih

Bagi ibu-ibu, bawang putih ni memang tak dapat lari dari masakan.

Lagi-lagi kalau melibatkan makanan bergoreng, bawang putih wajib ada.

Untuk makluman ibu-ibu, bawang putih dapat mengurang serangan asma.

Nak tahu tak kenapa?

See also  Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Sebabnya, bawang putih mempunyai bahan yang mampu mencegah radang serta allicin. Kedua-dua bahan ini sangat membantu untuk mengurangkan serangan asma.

 

 

Antara ikhtiar lain juga anda boleh mencuba mengamalkan GSTAR BIOKARE kami yang mana mampu mencegah dan merawat masalah asma/lelah anak anda,

Hubungi  SMS/WhatsApp  ” anak asma “

Puan Ain : +6019-9722659 

====>> https://wa.me/60199722659 
====>> https://wa.me/60199722659 
====>> https://wa.me/60199722659 

 

 

p/s :

” G-Star Biocare Vitamin Imunity Anak Anda “

 

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
1 comment… add one

Leave a Comment