Masalah Sendi

PENYAKIT SENDI

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis masalah sendi artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.

 Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
 Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid

Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
Kekakuan pada awal pagi.
Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
Kelemahan dan kepenatan.
Demam bergred rendah.
Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting

Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan

Penjagaan Kendiri

See also  Cheap Hosting

Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
 Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.

Selang selikan rehat.
 Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
dengan doktor atau fisioterapis anda.

 Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup

Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat

Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan
bukannya menggunakan tangan sahaja.

Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.

Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
usaha yang minima.

Sertai kumpulan sokongan artritis.
Fikir secara positif dan ceria selalu.

Elak

 Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
 Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
 Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
 Memakai kasut yang tidak berpadanan.
 Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

Cara hidup dengan Arthritis

 Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan sendi-sendi.
 Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
 Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

See also  Sabar Atau Mengeluh
0 comments… add one

Leave a Comment