Menghadapi Kesukaran Memasarkan Produk?

Biarkan kehebatan produk itu memasarkan dirinya sendiri. Namun, bagaimana  harus produk itu membuktikan keberkesanannya jika tiada siapa yang mahu mencuba? Dan bagaimana sesiapa berminat untuk mencuba, sekiranya tidak tahu mengenainya?

Adalah amat penting untuk menghasilkan bahan pemasaran yang mampu ‘jatuh’ ke pangkuan bakal pelanggan. Ramai yang beranggapan mempunyai gambar iklan adalah lebih penting daripada kata-kata. Pengiklanan berbentuk gambar sesuai di papan tanda lebuh raya, di bunting-bunting iklan dalam laman sesawang. Bak kata orang, “Sekeping gambar mampu menggambarkan seribu kata.” Persoalannya, adakah bakal pelanggan anda dapat menangkap kata-kata yang ingin disampaikan?

Bagaimana Pelanggan Menemui Produk Anda

Biarpun gambar dan poster amat menarik dilihat, laman-laman pencarian seperti Google masih berpandukan perkataan dan frasa. Hal ini kerana  pencarian menggunakan gambar lazimnya memulangkan hasil carian yang serupa sepenuhnya, hasil carian menggunakan teks memulangkan hasil yang lebih banyak dan meluas, memberikan pilihan kepada pembaca. Seandainya produk hasil carian pautan pertama tidak menepati citarasa, mereka hanya perlu membuka pautan kedua, dan seterusnya. Dengan pemilihan kata-kata kunci yang bijak dalam penjelasan produk anda, tidak mustahil mereka akan menemui produk anda dalam hasil carian mereka.

Apakah Kemahiran Yang Diperlukan?

Penulisan artikel dan ulasan produk tidak patut ditulis secara semberono. Ia harus dilakukan oleh mereka yang mahir dalam mengkaji kata-kata yang sering muncul dalam carian bakal pelanggan anda. Ini dipanggil keyword, dan proses ini dipanggil keyword research

Di atas talian memang terdapat banyak perisian percuma dan berbayar, tetapi ada satu kemahiran lagi, malahan yang lebih penting berbanding tahu mencari kata-kata penting; kemahiran untuk mengolah kata-kata tersebut menjadi ayat dan karangan yang mudah difahami serta menarik keinginan pembaca untuk meneruskan pembacaan ke akhir noktah.

See also  Prinsip Asas dalam Bisnes Internet

Siapakah Yang Memiliki Kemahiran Ini?

Inilah kerja kami. Kami dipanggil sebagai copywriter , dan mahir dalam menghasilkan nukilan yang menjelaskan ciri-ciri sesuatu produk atau perkhidmatan, hinggakan mana-mana pembaca yang tiba di laman tanpa mengetahui apa-apa, dan tiba ke penghujung laman dengan pengetahuan dan keinginan untuk mencuba.

Bandingkan dua contoh ayat promosi makanan di bawah. Ayat yang pertama adalah ayat biasa untuk menerangkan fungsi produk. Ayat yang kedua mempunyai maksud yang sama, namun diberi sentuhan seorang copywriter .

  1. Memakan kurma sehari baik untuk kesihatan.
  2. Jadilah segar, sihat dan bertenaga dengan memakan kurma ini setiap hari!

Yang manakah contoh ayat iklan yang lebih menarik bagi anda?

Adakah Ia Benar-benar Berkesan?

Ia merupakan salah satu teknik pemasaran yang mampu mengubah pembacaan biasa kepada potensi beli. Ini dinamakan sebagai lead generation. Yang paling hebat adalah apabila lead generation bertukar menjadi lead conversion, dan akhirnya menjadi closed sales. Percaya atau tidak, bagi mereka yang tidak selesa didekati, berasa akan didesak atau mudah dipengaruhi sekiranya berbual depan-depan, serta mereka yang kesempitan untuk menyertai penerangan mahupun menonton video lebih 5 minit. Inilah yang sesuai untik mereka; bahan baca mengenai produk yang boleh dibaca bila-bila masa dan tidak mengambil lebih daripada seminit dua.

Kalau Berminat, Siapa Yang Harus Saya Hubungi?

Ada yang bekerja secara tetap, lazimnya bagi syarikat – syarikat besar. Bagi perniagaan kecil-kecilan, mereka lebih selesa untuk mengupah pekerja bebas di laman-laman pekerja bebas terkenal seperti Freelancer.com, Upwork, Fiverr. Mereka juga boleh menghubungi sesiapa yang mereka kenali dan percaya. Sebagai contoh, penulis juga seorang copywriter bebas, dan boleh dihubungi melalui lamannya,  Nor Liana.com

See also  Agensi Pengiklanan Baru - Salam Media

Maka, jangan ragu-ragu lagi.  Sekiranya anda telah membaca sampai ke sini, ia sendiri bukti nukilan ini berkesan.  Bayangkan bakal pelanggan anda sendiri membaca penerangan produk anda sehingga ke penamat. Bagus bukan?

0 comments… add one

Leave a Comment