Pendirian Ulama’ Mujtahid Mengenai Perkara Ikhtilaf Dalam Fiqh

ulama'

Sesungguhnya para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in sebahagian mereka ada yang membaca basmalah (bismillah) di dalam solat ada yang tidak membacanya, ada yang menguatkan bacaan (basmalah) ada yang tidak, ada yang membaca qunut dalam solat subuh ada yang tidak dan sebahagian mereka ada yang berpendapat wajib berwudu’ selepas berbekam, ketika darah keluar dari hidung dan muntah dan ada yang berpendapat sebaliknya. Begitulah dalam masalah2 khilaf yang lain.

Ad-Dahlawi berkata : Sebahagian mereka (ulama) menjadi makmum dengan sebahagian yang lain. seperti ashab Abu Hanifah (ulama‘ mazhab hanafi) pernah solat di belakang (menjadi makmum) kepada ulama2 mazhab maliki sekalipun mereka (ulama mazhab Malik) tidak membaca basmalah baik secara kuat mahupun perlahan.

Imam Malik telah memberi fatwa kepada khalifah Harun Ar-Rasyid dgn katanya :“Tidak perlu berwudu’ selepas berbekam”.

suatu ketika khalifah Harun ar-Rasyid menjadi imam dalam solat sedangkan beliau baru sahaja berbekam, lalu imam Abu Yusuf (ulama hanafi) solat di belakang beliau ternyata imam Abu Yusuf tidak mengulangi solatnya.

Imam Hanbali berpendapat : “wajib berwudu’ setelah berbekam dan ketika keluar darah dari hidung”, lalu ditanya kepadanya “jika imam Malik keluar darah dari hidungnya dan tidak berwudu’ adahkah tuan hendak solat di belakangnya?” jawab imam Hanbali:”bagaimana mungkin aku tidak solat dibelakang imam Malik dan Said bin Musayyab?!”

Pada suatu ketika Imam Syafie telah menunaikan solat subuh berhampiran maqam Imam Abu Hanifah dalam keadaan beliau tidak membaca doa qunut kerana beradab dengan Imam Abu Hanifah walhal Imam Abu Hanifah ketika itu telah meninggal dunia, lalu Imam Syafie berkata : “seketika kita perlu hormat kepada mazhab ahli Iraq (mazhab imam Abu Hanifah)”.

Begitu hebatnya adab ulama – ulama terdahulu walaupun mereka berbeza pendapat, berlainan halnya di zaman kita sekarang apabila sesorang ulama berbeza pendapat dalam sesuatu masalah terus dihukum sesat bahkan ada yg mengkafirkan paling menyedihkan sampai diadakan seminar khusus ntuk mencerca ulama’2 terdahulu sedangkan mereka (ulama) saling hormat menghormati diantara satu sama lain..aku berlepas diri dari keburukan ini.

rujukan:al-khilaf yamna’u al-ikhtilaf oleh dr. Muhammad Abdul Rahman Al mar’asyili, mu’jam miftah.

– kyo kusanagi

2 Comments

  1. Rasa hormat dan menghormati para ulama jaman dahulu memang harus dicontoh. Pada jaman sekarang banyak yang hanya mengakui mahzab tertentu dan hanya mengakui mahzab yang dianutnya adalah yang paling benar.

  2. Lain mazhab lain pandangan, jadi hendaklah kita meraikan pendangan org lain juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *