Perasaan Pemuda Cina Terhadap Islam

Hidayah Seorang Pemuda Cina

Pada suatu hari seorang lelaki berbangsa cina budha ingin menggunakan tandas di sebuah masjid,tiba-tiba AJK masjid tersebut memarahinya dengan alasan orang kafir tidak dibenarkan menghampiri masjid.

Bermula dari saat itu, beliau mula menaruh rasa benci dan sangsi terhadap Agama Islam. Pada waktu yang lain pula, ketika beliau bermain bola sepak di sebuah padang yang berhampiran dengan gereja, tiba-tiba ada antara mereka yang telah tertendang bola tersebut ke dalam kawasan gereja hingga memecahkan cermin tingkap gereja tersebut.

Apa yang anehnya paderi di gereja tersebut tidak pula memarahinya dan kawan-kawannya. Sebaliknya mereka diberi makan dan minum serta diberi layanan yang baik. Tidak sekadar itu sahaja, mereka juga dibenarkan oleh pihak gereja untuk bermain di persekitaran gereja.

Bermula dari situlah lelaki tersebut tertarik dengan Agama Kristian lalu memeluk agama tersebut.

Hanya setelah beberapa tahun kemudian barulah lelaki tersebut membuka mata hatinya untuk melihat dan menilai agama islam yang pernah dibencinya selama ini.

Ini berlaku kerana gara-gara hasil kekagumannya menyaksikan debat antara Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat dengan seorang tokoh Agama Kristian.

Keterujaan tersebut mendorongnya untuk mengkaji kitab suci Al-Quran dan akhirnya beliau memeluk islam.

Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab menjauhkan, sekali gus menanam rasa benci dan sangsi lelaki tersebut terhadap Agama Islam ?

Jawapannya ialah umat islam itu sendri kerana kegagalan membawa imej dan mesej islam,maka islam kelihatan begitu hodoh dan bodoh.

Ini semua diperhati dan diteliti oleh non-muslim lantas mereka menjauhi islam dengan jarak yang jauh sejauhnya.

Putar belit dan pembohongan, penindasan terhadap wanita dan segala macam imej-imaj yang hodoh lagi bodoh ditonjolkan oleh orang islam itu sendiri.

Inilah punca yang menyebabkan lelaki cina tersebut tidak kesampaian dakwah pada peringkat awal..

Mari bersama kita merenung kata-kata Syeikh Muhammad Abduh sekembalinya dia dari pembuangan di Barat.Kata Syeikh Muhammad Abduh :

“Saya pergi ke Paris,lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim.Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam ”

– Abu Nafis

Dunia Maklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *