Planet yang Ideal

new-picture-atlantis-indonesia

Sedar atau tidak, bumi yang kita diami  merupakan sebuah planat yang paling sesuai  untuk kehidupan kita. Terdapat banyak sistem  kompleks yang sempurna dan berlaku tanpa  henti. Ia telah d|sebut dalam al-quran  sebanyak 450 kalid dengan penjelasan yang begitu menakjubkan.
 
Apabila dibandingkan dengan planet-planet lain, kita akan dapati bumi merupakan satu-satunya planet yang sesuai untuk didiami oleh manusia dan juga hidupan lain.
 
Allah berfirman yang bemaksud: “Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi  kamu, maka berjalanlah di seluruh penjurunya  dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepadanyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan.” (Surah al—Mulk 67: 15)

1

Terdapat banyak sistem yang seimbang pada  bumi yang membolehkan manusia dan makhluk-makhluk lain terus hidup. Dengan memerhatikan keseimbangan sistem-sistem yang terdapat pada bumi ini, kita menyaksikan betapa sempurna
dan hebatnya Allah s.w.t. yang menjadikan bumi untuk kehidupan kita. Bumi ini dijadikan  dengan beribu-ribu kesesuaian untuk semua  hidupan. Antaranya termasuklah saiz dan bentuk bumi, jarak dengan bulan dan matahari, kandungan gas di atmosfera, kelajuan putaran bumi dan pelbagai lagi.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud “Dan jika kamu bertanya kepada mereka: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Nescaya  mereka akan menjawab: Semuanya diciptakan  oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai  tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kami supaya kamu mendapat petunjuk.” (Surah al-Zukhruf 43: 9-10)
 
Kandungan Gas di Atmosfera
 
Salah satu daripada keseimbangan yang sangat penting di planet ini ialah kandungan gas di  dalam atmosfera di sekeliling kita. Terdapat pelbagai jenis gas di dalam atmosfera yang kita diami, malah kuantiti dan nisbah gas-gas tersebut mestilah sesuai untuk keperluan biologi manusia dan hidupan lain.
 
Secara umumnya, atmosfera mengandungi 78% gas nitrogen, 21% oksigen dan selebihnya 1% terdiri daripada gas karbon dioksida dan sebahagian kecil gas-gas lain. Peratusan ini  merupakan satu komposisi yang tepat untuk semua hidupan di atas muka bumi. Sekiranya  berlaku sedikit perubahan, nescaya semua  hidupan di bumi ini akan mati.
 
Sebagai contoh, gas oksigen merupakan sejenis gas yang sangat penting untuk keperluan badan  manusia, baik untuk pernafasan mahupun  metabolisme badan. Sekiranya komposisi  oksigen di dalam atmosfera melebihi 21%, ia  tidak akan menyebabkan badan kita semakin  baik. Malahan ia akan menyebabkan sel-sel di dalam badan kita mengalami kerosakan yang  serius. Tumbuh-tumbuhan yang diperlukan oleh  manusia juga akan musnah.
 
Sekiranya peratusan ini kurang daripada 21%, ini akan mengganggu sistem pernafasan kita  dan makanan yang dicerna tidak dapat  ditukarkan kepada tenaga. Oleh sebab itu,  kuantiti oksigen sebanyak 21% di dalam atmosfera merupakan jumlah terbaik yang menentukan hidupan di atas muka bumi mampu  meneruskan kehidupannya. Komposisi ini tidak  dapat diperoleh di planet-planet lain.
 
Bukan hanya komposisi oksigen, gas-gas lain seperti nitrogen dan karbon dioksida juga  diaturkan dengan kuantiti yang sempurna untuk hidupan.
 
Sebagai contoh, jumlah gas karbon dioksida yang tepat memainkan peranan penting untuk  mengekalkan kestabilan suhu di permukaan bumi  dan juga untuk mengelakkan kehilangan haba terutamanya pada waktu malam. Gas ini yang  peratusannya kurang daripada 1% di dalamatmosfera meliputi permukaan bumi dan  mencegah haba hilang ke ruang angkasa. Sekiranya peratusan ini bertambah, suhu bumi akan meningkat secara mendadak dan mcngancam hidupan di bumi.
 
Sekiranya jumlahnya berkurang, haba-haba akan hilang ke angkasa dan bumi akan mengalami kesejukan yang melampau dan
tidak sesuai untuk semua hidupan. Syukur  kepada Allah s.w.t. yang menjadikan komposisi yang sempurna ini. Terdapat satu mekanisme yang berlaku , untuk memastikan komposisi ini  tidak berubah. Tumbuh-tumbuhan hijau yang hidup berfungsi untuk menukar gas karbondioksida dan menghasilkan kira-kira 190  bilion tan oksigen setiap hari. Manakala manusia dan haiwan menggunakan gas oksigen  dan menghasilkan gas karbon dioksida untuk  keperluan tumbuh-tumbuhan. Semua ini hukum  alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t.
2
Daya Graviti
 
Selain itu, bumi sebenamya mempunyai saiz  yang sangat ideal dalam konteks untuk menyimpan atrnosfcra. Menurut hukum fizik,  semakin besar sesuatu jisim sesebuah objek, maka semakin kuat daya tarikan kearahnya.  Sekiranya saiz bumi lebih besar, maka semakin  besarlah daya graviti bumi dan begitulah  sebaliknya.
 
Apa yang akan berlaku sekiranya Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan saiz yang lebih besar  daripada sekarang? Daya graviti bumi akan  bertambah menyebabkan bumi tidak sesuai untuk  hidupan. Bumi akan menarik dan menyimpan  banyak gas-gas ammonia dan metana dari  angkasa yang berbahaya untuk manusia, haiwan  dan juga tumbuh-tumbuhan.
 
Sekiranya saiz bumi dicipta lebih kecil  daripada saiz sekarang, daya graviti akan  berkurangan dan ini akan menyebabkan
gas-gas di dalam atmosfera akan terlepas ke angkasa. Bumi juga akan kehilangan air yang banyak, menyebabkan mustahil untuk sebarang hidupan hidup di atas bumi.
 
Lapisan Ozon
 
Selain itu, keseimbangan lain yang dicipta  oleh Allah s.w.t. untuk hidupan di bumi ini  ialah lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi  untuk menyerap sinaran ultra ungu (UV) yang  tinggi dari matahari sebelum sampai ke  permukaan bumi. Sinar ultra ungu boleh  menyebabkan kanser kulit, penyakit saraf pada manusia dan juga boleh merosakkan tumbuh- tumbuhan untuk makanan ruji seperti gandum  dan jagung. Lapisan ozon juga berfungsi mengawal suhu bumi.
 
Namun ini tidak bermakna semakin tebal  lapisan ozon ia akan menjadi semakin baik  untuk bumi. Sekiranya lapisan ini lebih tebal  daripada biasa, bumi akan menjadi terlalu  sejuk dan tidak sesuai untuk hidupan dan  sekiranya ia menipis menyebabkan bumi akan  menjadi terlalu panas. Maka ketebalan lapisan  ozon yang ideal telah diciptakan oleh Allah  s.w.t. khusus untuk kehidupan manusia.
 
Sesungguhnya masih terdapat beribu-ribu  keseimbangan pada bumi ini yang diciptakan  oleh Allah s.w.t. Keseimbangan ini tidak  terdapat pada planet-planet lain.  Ketidakseimbangan salah satu perkara tersebut akan menyebabkan kematian semua
hidupan di atas muka bumi ini.Wallahu a‘lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *