Serius Menjaga Solat Subuh
Kita biasa mendengar orang berkata: “Sesiapa yang tidur selepas Subuh tertutup pintu rezekinya.” Mengapa Subuh dan apa rasionalnya pintu rezeki tertutup untuk mereka?Saya percaya bagi mereka yang bekerja makan gaji, isu ini tidak timbul kerana pada hujung minggu mereka boleh tidur semahunya. Hari tidak bekerja, gaji tetap dibayar. Sama ada mereka tidur selepas Subuh atau tidak, rezeki tetap ada. Malah sesetengahnya bukan hanya tidak bangun untuk solat Subuh, tetapi terus tidur sehingga tengah hari kerana gaji bulanannya tetap sama. Jadi, berdasarkan itu, kurang tepatlah kenyataan di atas bagi mereka.
Namun kalau dinilai dari sudut kesihatan, ada juga kebenarannya. Apa tidaknya, kalau tidur dalam tempoh yang lebih lama, akan ditimpa penyakit. Bagaimana? Ya, kalau tidur selepas Subuh tubuhnya akan lemah. Bayangkan kalau mereka bersikap begitu, boleh jadi umurnya akan pendek. Dengan itu sumber pendapatannya akan terhenti.
Sebenarnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan umat Islam dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi- pagi itu ada keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat)
Rasulullah mahu umat Islam bangun awal untuk mencari rezeki kerana Allah menurunkan rezeki dan keberkatan pada waktu pagi. Maknanya, kalau mereka bangun lambat, keberkatan sudah tiada. Maka rezeki juga akan menjadi kurang. Sebab itu Abdullah Ibn Abbas (Ibn Abbas) ketika melihat anaknya tidur pada waktu pagi, beliau berkata “Bangun! Adakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?”
Terima kasih atas peringatan