1. Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.
2. Tidur selepas Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
4. Tidur yang terlalu banyak.
Tabib – tabib amat tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi pening seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja !
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:
اللهم بارك لأمتي في بكوره
“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”.
Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
Sabda Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.”
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’
Dan dalam hadith:
اللهم بارك لأمتي في بكورها
“Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi”
[Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].
Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.
btol 2… aq pn pnah kne skli… aq igt kan dh msuk wktu sbuh.. rpe2 nye bwu msuk maghrib.. gler btol kpale otk… kahkahkahkahkah…