Comments on: Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/ Sumber Perkongsian Informasi Wed, 30 Aug 2017 10:39:07 +0000 hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 By: Hana https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/#comment-9511 Wed, 30 Aug 2017 10:39:07 +0000 http://hafizamri.com/?p=1461#comment-9511 Terima kasih atas informasi ini. Sekarang saya mula faham dengan sistem federal bank ni. Harap saudara sambungkan lagi isu ini. Seperti mencari jalan keluar dari sistem “currency” ini, atau langkah-langkah menghindarkan akibat yang diterima daripada inflasi khusus bagi rakyat.

]]>
By: Nur Farahani https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/#comment-8165 Fri, 09 Sep 2016 10:12:57 +0000 http://hafizamri.com/?p=1461#comment-8165 terima kasih

]]>
By: Ombak https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/#comment-7456 Thu, 24 Mar 2016 10:45:57 +0000 http://hafizamri.com/?p=1461#comment-7456 Wow, sejarah wang yang amat teliti. Peperangan memang memusnahkan economi dan sistem wang di banyak negara. Sekarang pulak, Kesusutan economi yang menjadikan nilai wang kita susut ngan banyak.

]]>
By: Irwan Ruzaini https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/#comment-7427 Sun, 20 Mar 2016 07:43:10 +0000 http://hafizamri.com/?p=1461#comment-7427 Mungkin kita telah pun berada di akhir zaman yg di maksudkan dalam hadis2 Rasulullah saw dan pada ketika ini lah agama Allah itu sgt2 di perlukan iaitu agama Islam dalam memenuhi keperluan jiwa manusia dalam mengecapi keharmonian yg meliputi secara menyeluruh aspek kehidupan umat manusia dalam meniti perjalanan yg menuju kesempurnaan sejati.
Zaman ini adalah zaman yg terlalu banyak godaan yg menjadi ujian kepada yg beriman dan amalan kebiasaab bagi org2 kebanyakan. Di masa ini lah di mana segala galanya di kumpulkan iaitu segala ujian serta kaum2 terdahulu seperti yg terkandung dalam ayat suci al Quran sbg peringatan kpd umat akhir zaman iaitu umat dari kaum2 sepanjang zaman di beri kesempatan menikmati erti kehidupan berhakikat keabadian.
Menurut pendapat saya ya juj ma juj dan dajjal itu telah lama menjalankan helah serta tipu daya keluar menyebarkan fitnahnya ke serata benua di dunia kecuali 2 kota suci yg xdpt di tembusinya, bgtu juga dgn ya juj ma juj yg telah lama menjalankan kehidupannya melalui pembunuhan dan keganasan terhadap manusia serta melakukan kerosakan demi kerosakan pada kesejahteraan bumi.
Tembok Dzulkarnain telah pun berjaya mereka tembusi sedikit demi sedikit seperti keluarnya mereka dlm melakukan kerosakan kepada kehidupan dan muka bumi, pada satu masa lagi Tembok itu bakal runtuh secara menyeluruh dan seperti itu juga la kerosakan yg di lakukan oleh mereka iaitu secara menyeluruh. Melalui bangsa itu lah Dajjal akan melaksanan agendanya di bumi utk melakukan tipu daya kpd manusia dan memenuhi kehidupan kita dgn fitnahnya. Namun ianya di lakukan secara terancang atau tidak samada ya juj ma juj sedar atau tidak tdk la menjadi masalah kerana Dajjal la yg merancangnya dgn mempergunakan sikap ya juj ma juj itu sendiri yg suka akan kerosakan yg tiada peradaban kerana tdk mementingkan ketamadunan, bagi mereka peradaban dan kemajuan tamadun adalah keperluan yg berupa kerosakan juga yg di jadikan sbg nikmat bg mereka, apa jenis kerosakan adalah rutin kehidupan mereka dan ini di gunakan oleh dajjal dalam memanipulasi pemikiran dan pandangan manusia tentang nikmat keprluan hidupa manusia. Dajjal adalah mahkluk yg di ciptakan utk menguji iman manusia, mahkluk tersebut mampu memenuhi keinginan nafsu manusia dgn memenuhkan akal fikiran manusia dgn menjadikan kebhatilan sbg sumber panduan pendidikan yg di lihat seperti sumber ilmu yg mengelirukan pandangan manusia.
Fitnah Dajjal itu adalah wang itu sendiri di mana ia mampu nengawal jasad manusia mengikuti telunjuknya..terdapat jasad yg meletakkan jiwanya ke dalam sekeping kertas tersebut melalui rutin2 pemujaan di mana jiwanya ke dalam Dollar alam dunia (mata) jasadnya menari di bunian ( telinga ) Rohnya melalui mantera ( mulut )

]]>
By: achmad https://hafizamri.com/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam-sejarah-manusia/#comment-5175 Mon, 22 Sep 2014 09:18:37 +0000 http://hafizamri.com/?p=1461#comment-5175 HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA

Wang kertas tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.

Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?

Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.

Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia.

Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?

Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras.

Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.

Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak.

Ibn Sina pernah berkata :-

من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيء

Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6]

Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.

Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]

Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]

Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]

Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.

Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?

Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-

بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها

Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )

Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]

Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-

لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة

Ertinya : “Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh” [12]

Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.

Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.

Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa’. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.

]]>