Warna dan Keperibadian Bahagian 2

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
senarai nama warna, definisi warna, jenis dan nama warna, maksud warna, warna asas, warna neutral, jenis warna

Kita telah meliputi tujuh warna dan keperibadian. Jika tiada warna kegemaran anda yang tersenarai dalam catatan semalam, jangan khuatir. Hari ini mari kita menjengah lapan lagi.

Biru

Lembut, menenangkan , bersifat memahami, dan penyayang. Biru adalah warna tanggungjawab, konservatif dan introspektif. Sabar, tabah, sedar diri, dan terkawal, mereka dikagumi atas diri yang utuh dan matang. Lazimnya seorang yang setia, namun kelemahan mereka adalah keran sifat mereka yang sering risau dan musykil akan perangai menonjol orang lain.

Hijau Biru

Mereka yang menggemari warna campuran hijau biru digambarkan bersifat terperinci, kritikal, dan menarik. Hijau-Biru dikenali dengan sifat sensitif, bijaksana dan sikap kelas tinggi, bertahan lama dan stabil. Hal ini kerana mereka sering memiliki citarasa yang berkualiti, sopan, menawan dan berkemampuan. Kelemahan mereka adalah kesukaran menerima nasihat atau tunjuk ajar.

Turqois (Biru lebih ke hijau)

Warna yang hampir serupa tetapi mempunyai beza kecil dengan Hijau Biru, ia memiliki warna yang lebih cerah dan terang. Kompleks, imaginatif dan asli, itulah yang menjadikan orang Turqois istimewa. Biarpun kelihatan tenang diluar, kelemahan mereka adalah sifat mereka yang sering memaksa diri melakukan lebih dari berkemampuan sehingga boleh mengakibatkan kecelaruan diri.

Lavendar

Warna ungu lembut ini menjadi pilihan mereka yang boleh dianggap sentiasa dalam illusi, dalam dunia yang berbeza. Berpakaian cantik dan sentiasa kemas, hidup mereka berterusan mencari dan memahami kebudayaan dan maksud hidup yang lebih tinggi, tetapi ragu-ragu untuk ‘mengotorkan’ tangan. Lavendar kebiasaannya kreatif,menawan, cerdik, dan bertamadun.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

 

See also  Panduan Kesihatan: Ruam Panas Bayi

Ungu

Warna ungu asli adalah dambaan mereka yang cerewet, sensitif dan berkeinginan tinggi untuk menjadi unik dan berlainan daripada orang lain.Mereka boleh dianggap gemar menyendiri dan sinis apabila disalah faham. Jika ungu pilihan anda, maka anda tidak konvensional,bertoleransi, dan mendambakan rasa hormat yang tinggi.

 

Perang

Perang adalah warna yang jarang dipilih orang, tetapi mereka yang menggemarinya mempunayi stamina dan kesabaran yang tinggi, teguh, teliti, boleh diharap, stabil dan konservatif. Mereka tidak spontan dan tidak pandai berbicara namun mereka bijak menggalas tanggungjawab dan baik hati. Kelemahan mereka adalah sifat degil mereka dan kurang fleksibel.

 

Kelabu

Warna kelabu yang membawa maksud sifat berhati-hati, berkompromi, dan teliti. Kelabu sering mencari ketenangan dan sanggup bekerja keras tanpa sebarang balasan. Kelabu mempunyai kelemahan iaitu terlau keras bekerja. Penggemar Kelabu yang sudah berusia mahukan kehidupan dengan kurang kejutan, manakala Kelabu yang dipilih orang muda bermakna mereka ini lebih gemar menarik diri dari kehidupan dan sedang memendam personaliti sebenar mereka.

Hitam

Kehormatan yang tinggi tanpa menunjuk-nunjuk, mereka memberi gambaran diri yang penuh misteri. Namun begitu, kelemahan mereka terletak kepada sifat yang sedang memendam keinginan. Mereka yang menggemari Hitam gemarkan kekemasan dan tidak menyukai cacat cela, pada masa yang sama mereka kurang gemar berbicara dan lebih suka memendam rasa.

Itu sahaja yang penulis jumpai dan boleh senaraikan. ada warna yang anda sukai tetapi tidak tersenarai? Boleh komen di bawah.

Join Affiliate Shopee Percuma Klik - AFFILIATE SHOPEE
2 comments… add one
  • Hamba Allah Link Reply

    Subhanallah, kagum entah mengapa. Sungguh Allah itu Maha Bijaksana untuk menetapkan semua ini dan menentukan hikmahNya disebalik segala sesuatu 🙂

  • zaty musly Link Reply

    putih?

Leave a Comment

Cancel reply