3 Persoalan Sensitif Yang Perlu Ditanya

 

Status hubungan, penyakit, dan kesilapan silam adalah antara yang sering menghantui diri. Bagi mereka yang berpasangan, para sahabat atau orang tersayang, ia merupakan persoalan yang kerap menjadi tanda tanya dalam diri tetapi jarang diutarakan atas dasar sensitiviti dan takut berlakunya salah faham.

Namun begitu, andai terlerai lewat atau jauh dalam sesuatu perkembangan hidup, akan menyebakan berasa bagaikan menjalani satu penipuan dan rasa diri diperbodohkan.

 

 

Ada Penyakit Tak?

Ramai yang menentang keputusan melakukan saringan HIV sebelum berkahwin. Ia dianggap menentang hak asasi manusia. Tetapi, tentangan berikut berkesan seandainya pasangan boleh jujur kepada satu sama lain. Malah, keengganan melakukan saringan menjadikan ia lebih musykil akan status penyakit mereka.

Penyakit seperti HIV bukan sahaja melalui perkongsian jarum suntikan atau hubungan kelamin, malahan luka yang terdedah dengan darah HIV juga boleh menjangkitkannya. Paling kasihan sekali adalah yang dilahirkan dengannya kerana penyakit ini menyerang sistem imunisasi badan dan memerlukan rawatan sepanjang hidup.Hal ini menjadi lebih rumit apabila terdapat pandangan terpesong terhadap penghidap hinggakan ada yang memulaukan mereka.

Ada yang memberi alasan itu adalah pengetahuan peribadi pasangan, dan adalah hak mereka untuk memberitahu atau tidak. Tetapi tidakkah mereka sedar bahawa pasangan mereka akan berasa tertipu sekiranya mengetahuinya selepas jauh dalam perhubungan?Sekiranya risau hubungan akan hancur setelah diberi pengetahuan tersebut, bukankah lebih baik daripada awal, bukan retak menunggu belah? Seandainya benar menyayangi, ini adalah isu yang boleh ditempuhi bersama-sama, bukannya rahsia.

Selain HIV, penyakit-penyakit lain juga harus dikongsi atau ditanya. Hal ini kerana biarpun tidak menunjukkan sebarang simptom pasa masa kini, secara jangka masa panjang, ia akan memberi kesan. Keluarga, rakan-rakan berhak tahu, supaya mereka boleh memberi sokongan sewajarnya.

See also  Cara Solat Wanita Sarat Mengandung

 

Ada Kisah Silam Yang Boleh Menghantui Masa Akan Datang?

Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Malahan untuk bertaubat daripadanya, perkara pertama yang harus dilakukan ialah menyedari dan mengakui akan berlakunya kesilapan tersebut. Tanpa perlu menghebohkannya, jangan sembunyikan ia juga.

Ada yang menyalah anggap ia sebagai membuka pekung di dada, atau gosip, namun perkongsian pengalaman itu perlu, bukan sahaja sebagai pengajaran, tetapi untuk memberi peluang sesiapa yang baru sahaja mengalaminya untuk mengetahui bahawa masih ada jalan bertaubat dan boleh meneruskan kehidupan.

“Sejarah, jika tidak dipelajari daripadanya, maka ia akan berulang semula,” kata Ibn Khaldun. Sejarah ini bukan sahaja yang tercatat di buku teks, batu-batuan dan dinding, malahan sejarah hidup diri dan sekeliling. Adakah kita ingin generasi baru atau orang tersayang mengulangi sejarah kita, hanya kerana kita sendiri ingin menyembunyikan kisah silam?

Tambahan itu, bukankah kita juga memahami perasaan mereka yang pernah melakukan kesalahan dan menyedarinya, betapa sunyi dan
rasa seolah-olah diri tidak boleh diperbetulkan lagi? Bukankah lebih baik kita berkongsi kisah, memberitahunya bahawa kita juga pernah melakukan kesilapan yang sama dan masih ada peluang untuknya berubah, seperti mana kita sendiri sedang cuba untuk berubah?

Gadis-gadis yang terlanjur, pemuda-pemudi yang ketagihan, malahan kesalahan-kesalahan lain, mereka yang mulai sedar akan mula mengalami kebuntuan. Sebagai ahli masyarakat, tanggungjawab kita adalah untuk mengambil peduli. “Jangan jaga tepi kain orang,” kata peribahasa Melayu. Tetapi adalah lebih baik sekiranya kita peduli ( tetapi bukan untuk mengheboh). Sebagai jiran yang baik, tidak bolehkah kita melindungi kain-kain jiran tetangga daripada dibasahi hujan atau dicalit lumpur?

 

Dah Kahwin Ke Belum , atau Dalam Hubungan ke Tidak?

Ini yang selalu terbayang dalam minda wanita. Berbeza dengan lelaki, ramai wanita sering menyatakan status perhubungan apabila mula-mula mengenali seseorang. “I’m sorry, but I’m married,” kata mereka sambil tersenyum apabila mendapat pujiandaripada lelaki lain.

See also  Khasiat Buah Kurma

Status hubungan adalah lebih sukar untuk dinyatakan, tambahan pula cincin di jari tidak menentukan sama ada telah pun berumahtangga atau hiasan semata-mata. Malahan, ada yang menyembunyikan status diri hingga terlewat hanya kerana ingin mendapatkan seseorang. Ada sebuah kejadian yang berlaku pada sahabat kakak penulis yang hampir bernikah apabila dikunjungi oleh isteri dan anak bakal suaminya yang datang merayu agar jangan mengahwini suaminya.

Antara salah sangka yang berlaku akibat soalan ini adalah sama ada si penyoal berminat dengan yang disoal. Kadang kala ini membuatkan imej si penyoal seolah-olah terdesak, murahan, dan macam-macam lagi. Menjadi lebih sukar kalau penyoalnya wanita.

Namun begitu, seringkali yang menjadi mangsa adalah wanita juga. Isteri-isteri atau kekasih menganggap mereka cuba mengambil suami atau kekasih lelaki mereka, sedangkan kebarangkalian yang diserang sendiri baru tahu pasangan mereka itu sudah berpunya.

Malahan, mungkin agak sukar untuk menerima maklumat yang sahih mengenai status perhubungan seseorang. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk pergi jauh dalam sesebuah perhubungan harus bijak menyiasat daripada kenalan-kenalan dan ahli keluarga.

 

 

Oleh yang demikian, kita harus beranikan diri bertanya soalan-soalan ini kerana ia berkait dengan masa hadapan kita.

0 comments… add one

Leave a Comment