Anda telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan kecantikan. Malangnya semua tidak berhasil. Usah khuatir, jika anda sanggup melakukan lebih daripada yang biasa, mungkin amalan-amalan dibawah ini boleh menarik minat anda.
Daripada bermandikan dara anak dara, meletakkan lemak khinzir lalu membiarkan tikus membiak dalam rambut, hinggakan berkumur dengan air kencing untuk mendapatkan nafas yang wangi dan gigi yang bersih.
Mandi dengan darah anak dara
Ini mungkin antara kisah yang paling mengerikan dan menjijikkan dalam fakta kecantikan. Barangkali juga antara punca idea pontianak boleh kekal awet muda.
Elizabeth Bathory berasal daripada salah satu keluarga terkaya di Hungary. Malahan, mungkin sedikit ironi, salah satu nenek moyangnya, Stephen Bathory pernah berjuang bersebelah Vlad the Impaler, inspirasi kepada Dracula semasa peperangan melawan Turki.
Selepas kematian suaminya, Elizabeth menyedari tiada yang kekal lama. Pada masa itu dia telah pun berusia dalam lingkungan 40-an dan tidak akan kekal cantik. Kisah mengatakan dia mendapat idea ini apabila dia menampar salah seorang gadis hambar dan menyedari kulit yang terkena darah gadis itu kelihatan muda dan cantik. Para kimianya pula dengan lebih sadis, mencadangkan dia bukan sahaja bermandikan darah, malahan meminum darah boleh menyegarkan tubuhnya.
Selepas beberapa waktu menggunakan darah rakyat biasa sebagai mangsa, Elizabeth Bathory memutuskan bahawa darah ornag biasa tidak mencukupi, tetapi dia juga memerlukan darah gadis-gadis aristokrat, yang dianggapnya lebih bermutu.
Dia mengaburi mata awam dengan kononnya membuka sebuah sekolah mengajar etika dan kesopanan bagi gadis-gadis kerabat kecil. Malangnya ini adalah tindakan yang bodoh. Berbeza dengan kehilangan rakyat biasa yang jarang diendahkan, kehilangan gadis-gadis ini dicari kerana pertalian darah dengan kerabat, tambahan pula dia menyimpan kira-kira dan catatatn mengenai berapa dan siapa yang telah dia bunuh. Akhirnya dia dihukum.
Setakat ini, yang tercatat, hampir 650 gadis telah terkorban demi kecantikan Elizabeth Bathory.
Merah Menyala Rambutnya
Pada waktu pemerintahan Ratu Elizabeth sekita 1558 hingga 1603, ramai yang mendambakan serta ingin memiliki rambut merah ratu tersebut. Pada masa itu pula, masih belum ada teknologi pewarnaan rambut yang ada seperti masa kini. Jadi, apa yang boleh mereka guna?
Mereka menggunakan campuran plumbum, kapur mentah, sulfur dan air untuk mewarnakan rambut asli serta palsu mereka. Bahayanya campuran tersebut, sehingga boleh menyebabkan mual, pening kepala dan hidung berdarah. Ini adalah pelik apabila pada masa kini, rambut merah (ginger hair) yang dinigini pada masa lalu sering dijadikan ejekan.
Penjagaan Rambut Palsu dengan Lemak Khinzir
Sepanjang kurun ke-18, rambut palsu merupakan satu kegilaan semasa. Malahan, bagi penggemar, lebih besar dan rumit lebih hebat. Antara pelopor gaya ini adalah ratu Marie Antoinette. Disamping itu, golongan kerabat adalah antara yang terkenal dengan rambut palsu paling banyak perhiasan dan bentuk.
Menariknya, atau menjijikkan, rambut palsu para kerabat ini pada kebiasaannya dibentuk dan dilumur menggunakn lemak khinzir. Apa yang mereka lupa untuk fikirkan adalah kesannya. Lemak khinzir menarik banyak kutu serta haiwan-haiwan persoka lain seperti tikus. Seringkali sejenis sangkar kecil diletakkan atas kepala pada waktu malam untuk mengelakkan tikus.
Hebat…
Berkumur dengan air kencing
Jika sebelum ini anda tidak mengendahkan wujudnya bahan kumur seperti Listerine dan Oral B, mungkin anda mensyukurinya sekarang. Pada masa dahulu, rakyat ROM menggunakan air urin sebagai bahan kumur untuk memutihkan gigi dan menyegarkan nafas. Penulis tidak tahu bagaimana kesegaran itu berlaku dengan menggunakan bahan yang kita sendiri kumuhkan keluar dari badan, tetapi penulis tidak berminat untuk mencubanya…
Fakta lebih menarik adalah mereka juga tidak menggunakan sebarangan urin, tetapi urin Portugis, yang dianggap lebih berkesan berbanding urin mereka sendiri. Jadi, mereka bukan menggunakan air kencing mereka, tetapi berkumur dengan air kencing orang lain?
Ikan Penggigit
Biarpun kebanyakan amalan dalams enarai ini telah lupus, amalan menggunakan ikan penggigit masih lagi ada pasa masa kini.
Penggunaan ikan Garra Rufa, yang terdiri dalam kategori ikan carp bertugas memakan sel-sel kulit mati pada kaki anda. BUnyi seperti tidak berbahaya bukan? Bahaya sebenarnya terletak pada perkongsian kawasan letak kaki tersebut, selain daripada setiap ikan memakan daripada ramai pelanggan.
Penulis pernah nampak salon sebegini di Sunway Pyramid dan Melaka. Salon-salon sebegini amat popular di Eropah, China dan Jepun. Malah ikan-ikan tersebut dinobatkan sebagai ‘Doctor Fish’. Mungkin yang membahayakan di sini bukan manusia, tetapi risau ikan-ikan tersebut sakit perut dengan sel-sel kulit mati manusia yang berbeza?
Sadis juga kita ya….
Cacing Pita
Wanita sanggup berbuat apa sahaja untuk kurus, malah merosakkan diri.Ini antara cara yang dilakukan hanya semata-mata inginkan tubuh yangg kurus. Telur cacing pita akan dimakan. Ia menetas lalu mencantumkan dirinya di saluran usus. Kemudiannya ia akan menyerap semua nutrisi yang sepatutnya diserap badan hos. Cacing pita boleh membesar sehingga 100 kaki.
Pada sesiapa yang telah melakukannya dan menyesal, terdapat rawatan membuangnya keluar. Tetapi, berbaloikah menyimpan parasit dalam tubuh, sedangkan dengan pemakanan seimbang dan senaman bukkan sahaja boleh mencantikkan tubuh, tetapi menceriakan hidup?
Kaki bagai bunga kiambang
Ini antara amalan lewat kurun ke-10 di China. Kaki-kaki anak dara kaya akan diikat ketat seawal umur seawal 4 atau 5 tahun itu bagaikan bentuk kiambang. Ia dianggap satu simbol pada masa itu, dimana ia membuktikan gadis-gadis terlalu suci dan disayangi dan tidak sepatutnya membuat kerja-kerja sukar.Hal ini kerana amalan menyakitkan ini menyebabkan berubahnya struktur tulang dan kaki hingga menyebabkan mereka bagaikan cacat hinggakans ukar untuk bergerak. Namun inilah tujuannya, sebagai simbol membuktikan dia berasal daripada keluarga yang kaya dan terlalu disayangi hiingga tidak layak untuk membuat kerja buruh.
Namun begitu, mereka tidak menayangnya sesuka hati. Malahan, wanita-wanita ini menyembunyikan kaki mereka daripada suami-suami mereka kerana keadaannya yang mereput dan berbau.
Akhirnya, amalan ini ditamatkan sewaktu revolusi komunis pada 1949, kerana pada masa itu keupayaan melakukan kerja buruh dipandang tinggi. Bagus juga amalan ini dihentikan, kerana kajian menunjukkan wanita-wanita yang mengamalkannya lebih cenderung utuk mendapat masalah sakit tulang belakang serta cenderung untuk jatuh lebih kerap kerana tidak stabil.
Kesimpulan
Di atas adalah tujuh amalan menjijikkan untuk kecantikan. Hal ini menunjukkan betapa kecantikan dinilai dengan tinggi hingga ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri dan orang lain demi mencapainya. Hal ini juga berkemungkinan disebabkantidak mempercayai nilai diri sendiri dan terlalu menginginkan pujian dan penerimaan orang lain.