Pekerja bebas, atau dengan nama lebih professional Freelancer jarang dibicarakan di Malaysia. Namun begitu, sebenarnya banyak rakyat Malaysia yang melakukan kerja secara freelancing. Terdapat banyak jenis freelancer, iaitu:
Konsultan: Mereka yang telah mempunyai pengalaman dan kepakaran, kini bertugas memberi nasihat tanpa terikat kepada mana-mana pihak atau hanya untuk tempoh tertentu. Kebanyakan mereka adalah yang telah bekerja tetap bertahun-tahun dalam satu bidang atau yang telah pencen. Namun begitu, tidak dinafikan ada juga konsultan yang daripada awal lagi telah bekerja secara bebas denagn mendapatkan persijilan-persijilan khusus untuk bidang yang mereka ceburi.
Komputer: ini terdiri daripada programmer, webdeveloper serta lain-lain kepakaran teknikal komputer. Lazimnya mereka telah mendapat pendidikan dalam bidang komputer khusus seperti Perl, PHP, Linux, dan berbagai lagi. Ada juga yang pakar tanpa perlu sebarang ijazah dengan self-learn, dan ini antara bidang yang mempunyai banyak majikan mencarinya.
Penulisan: pada umumnya tidak memerlukan banyak sijil atau ijazah, namun agak sukar melainkan telah memiliki reputasi yang tinggi seperti pengalaman menulis di akhbar, buku dan pengiklanan. Malah perlu berjaga-jaga bagi yang baru ingin menyertai bidang penulisan secara bebas ini, kerana terdapat banyak penipuan seperti permintaan penulisan CAPTCHA dan kemasukan data yang membayar dengan kadar yang sangat rendah tetapi memakan masa yang sangat lama, tidak setimpal dengan keperluan.
Grafik: Seperti perkomputeran namun lebih kepada multimedia dan gambar. Ia biasa difokuskan untuk para animasi dan penyunting gambar. Ia tidak terlau sukar seperti programmer namun begitu karya akan dinilai melalui permintaan portfolio, yakni contoh-contoh kerja sebelumnya. Pelajar-pelajar multimedia mendapat kelebihan di sini kerana mereka akan membina portfolio sepanjang pembelajaran, malahan mereka juga boleh mencari kerja bebas dalam bidang grafik sementara masih berada
di institusi pelajaran.
Buruh: Tidak sekasar bunyinya, kerja buruh merupakan kerja fizikal. Kelazimannya bidang ini sama ada mengambil pekerja sementara – untuk sehari atau satu tempoh- ataupun mengambil kerja buruh mengikut kepakaran tertentu seperti welding, bertukang, glass-blowing. Pada bahagian ini anda harus lebih peka akan kehendak bidang tersebut. Biarpun kejarangannya menjadikan ia satu kerja yang lumayan, namun begitu sebagai balas, ia merupakan antara kerja yang sukar didapati.
Kini anda telah mengetahui serba-sedikit akan bidang-bidang utama, mari kita ketahui tempat-tempat yang boleh kita dapatkan kerja-kerja tersebut.
Freelancer.com
Freelancer.com antara tempat yang paling terkenal di dunia dan menjadi pusat bagi pekerja bebas mencari kerja. Namun
begitu,perlu berhati-hati kerana ada yang mengamalkan membuka akaun majikan yang banyak kemudian hilang setelah memberikan kerja. Itu adalah harga bagi kepopularitian mereka. Ia menyediakan peperiksaan satas talian untuk anda menguji kepakaran anda dan meyakinkan majikan untuk mengambil anda, namun setiap peperiksaan melainkan peperiksaan orientasi memerlukan yuran.
Anda boleh mendaftar masuk menggunakan Facebook atau emel biasa. Selain kerja-kerja bebas biasa, Freelancer juga sering menganjurkan pertandingan beserta ganjaran bagi pekerja-pekerja yang mendaftar dengan mereka. Beza Freelancer berbanding laman lain adalah kerana ia merupakan antara pasaran terbesar pekerja bebas disebabkan ia sering membeli laman-laman pekerja bebas lain dan satukan di bawah satu kendalian. JOIN SINI
Guru.com
Diasaskan oleh James Slavet pada tahun 1999 -dikenali pada masa itu sebagai eMoonlighter – , kelebihan Guru.com terletak
kepada Loyalty Dollars dan sokongan komuniti di Guru Answers.
Elance
Pengalaman penulis melayari laman Elance, penulis mendapat banyak pekerjaan yang berkaitan komputer. Namun begitu, banyak ulasan yang penulis baca mengatakan ramai blogger dapat mencari kerja di situ. Walau bagaimanapun, tidak ada salahnya untuk mencuba kerana pendaftaran adalah PERCUMA. TRY ELANCE SERVICE
Fiverr
Fiver, Fourrer, Murahnya.my adalah sejenis tempat pencarian kerja freelance yang unik. ia unik kerana berbeza dengan diatas, bukannya majikan yang meletakkan iklan kerja, namun pekerja yang meletakkannya beserta dengan harga. Di Fiverr, mereka meletakkan apa-apa jenis pekerjaan yang sanggup mereka lakukan untuk upah sebanyak $5, Fourrer untuk $4. Di Murahnya.my, pekerja boleh menentukan sama ada sebanyak RM10,RM15, atau RM20.
Sesiapa yang berminat untuk mencari kerja atau memaparkan perkhidmatan, anda harus menyiasat dahulu apakah yuran-yuran dan
berapakah komisen yang diambil setiap laman yang ingin diguna. Hal ini kerana begitulah cara laman-laman tersebut membiaya kendalian mereka; melalui potongan komisen. CUBA SERVIS FIVERR
Selain itu, ada beberapa cara para pekerja bebas boleh berhubung sesama sendiri di DoNanza atau LinkedIn. DoNanza adalah pusat sosial khas untuk pekerja bebas, manakala dalam LinkedIn pula, anda boleh mencari kumpulan-kumpulan (groups) yang bertajuk Freelance [jenis kerja], seperti Freelance Writer, Freelance Journalist, atau Freelance Programmer.
Dengan ini, moga anda berjaya dalam menjalankan pekerjaan bebas!
Menarik. Banyak maklumat yang baru bagi saya.
Jadi freelancer ni kena disiplin betul. Kalau tak, memang akan ada problem