Batuk Kering(TIBI)

batuk

Tahukan anda pada tahun 1945 hingga 1957,batuk kering atau nama saintifik perubatannya,Tuberkulosis (TIBI) menjadi penyakit paling digeruni masyarakat dan pembunuh No 1 negara ketika itu.

Ini adalah kerana senario ketika itu masih belum ada lagi penawar yang berkesan untuk mengubati wabak berkenaan.Tibi akhirnya berleluasa menyerang orang ramai sehingga pesakit terpaksa dikuarantin bagi mengelak jangkitan lebih meluas.

Antara simptom TIBI:

-Batuk berpanjangan (lebih dua minggu)

-Hilang selera makan

-Demam

-Berpeluh waktu makan

-Susut berat badan

-Batuk berdarah

Terdapat beberapa cara mencegah dari terkena batuk kering(TIBI):

BCG

1.Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak dari batuk kering.Suntikan BCG diberikan semasa bayi dan murid darjah satu sekiranya tiada parut suntikan.

2.Membuka tinggkap rumah untuk pengudaraan yang baik.

3.Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.

4.Ahli keluarga dan orang yang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan lanjut.

5.Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.

6.Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

7.Gunakan topeng mulut dan hidung apabila berada di kawasan awam terutama apabila anda mengalami batuk atau selsema.

PERINGATAN!!

Tibi yang dikategorikan sebagai penyakit berjangkit ini cukup mudah merebak melalui batuk,bersin,ketawa ataupun menyanyi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *