Cara Solat Wanita Sarat Mengandung

Solat fardhu merupakan perkara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar muslim yang telah cukup syarat. Walaupun dimana kita berada samada di bawah tanah, di angkasa lepas, di dalam dewan bedah, walau apapun yang sedang kita lakukan, walau apa sahaja yang berlaku kecuali pengsan, gila, haid dan nifas, kita WAJIB menunaikan solat fardhu.

Islam adalah agama yang memahami kesukaran yang kadangkala dihadapi oleh umatnya.

Allah SWT berfirman:

“Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” [al-Hajj 22:78].

Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring.” [Ali Imran 3:191].

Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.

Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-NAsa’e,no:1660].

Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.

Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).

InsyaAllah. Semoga kandungan bayi yang anda lahirkan sempurna dan bakal menjadi seorang khalifah yang menegakkan agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

source – wanita sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *