Cari tempat bercuti dan jimatkan wang beli tiket tarikan dengan JomJalan

Bercuti dalam negara sekarang semakin mahal. Walaupun harga bilik hotel hampir sama seperti 10 tahun dulu, harga tiket masuk ke tempat menarik semakin mahal, sama seiring dengan harga makan.

Untuk berjimat, biasanya hotel dahulu yang diutamakan. Selalunya anda akan ke Booking atau Trivago ataupun Agoda untuk mencari penjimatan terbaik. Pendek kata, semakin ramai yang menempah hotel dengan pihak ke-3 ini untuk berjimat.

Tapi tidak ramai yang tahu yang mereka juga boleh berjimat bila masuk ke tempat tarikan — seperti taman tema, zoo atau pengangkutan.

Ini semua berubah dengan JomJalan. Laman web ini membandingkan diskaun harga tiket masuk ke tarikan di Malaysia, Singapura, Thailand dan beberapa negeri di Indonesia. Dan harga tiket diskaun ini lebih rendah dari harga kalau anda walk-in ke kaunter tiket.

Apa Faedah Beli Tiket Diskaun Online?

Banyak faedahnya. Pertama dari diskaun yang ada dapat. Kalau anda melancong seorang pun untung, apa lagi kalau pergi berkeluarga.

Diskaun yang boleh anda dapat ialah dari 5% sehinggalah 70% — bergantung kepada tempat. Kita ambil contoh Aquaria KLCC. Kalau di kaunter anda perlu bayar RM 49. Tapi, dengan bantuan JomJalan anda boleh masuk ke sini dengan hanya membayar RM 35. Kalau anda membeli di kaunter untuk suami/isteri dan 2 anak, sepatutnya anda bayar RM 176. Tapi dengan JomJalan, anda hanya perlu membayar RM 122 — maknanya anda jimat sebanyak RM54. 

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Lebih menarik lagi, anda diberi pilihan untuk membandingkan laman web yang menjual tiket yang sama. Jadi anda boleh memilih di mana, dan berapa yang mahu anda jimatkan.

Membeli tiket online juga membolehkan anda masuk tanpa perlu beratur di kaunter tiket. Bayangkan barisan kaunter tiket yang panjang kalau di tempat seperti Legoland atau Sunway Lagoon. Dengan bantuan JomJalan, tiket anda akan dihantar terus ke telefon bimbit. Mudah sangat.

Selain tarikan, anda juga boleh dapatkan diskaun untuk tiket pengangkutan. Contohnya tiket keretapi laju ETS. Kalau anda beli di kaunter, anda perlu membayar harga penuh. Kalau dengan bantuan JomJalan, anda jimat 11%.

Dengan adanya laman sebegini, cuti anda bakal lebih murah, dan urusan membeli tiket bakal lebih pantas. Duit yang dijimatkan boleh diguna untuk perbelanjaan lain. 

Jadi bila tiba waktu bercuti, jangan lupa singgah ke JomJalan. Tak perlu letih beratur, dan cuti anda bakal lebih menyeronokkan.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.