HafizAmri.Com
Portal rujukan terkini merangkumi strategi pemasaran afiliasi, pengurusan kewangan, analisis saham pasaran, serta panduan gaya hidup dan kesihatan praktikal.
HafizAmri.Com
Portal rujukan terkini merangkumi strategi pemasaran afiliasi, pengurusan kewangan, analisis saham pasaran, serta panduan gaya hidup dan kesihatan praktikal.
Inspirasi Bisnes Digital, Kewangan, dan Gaya Hidup Semasa
Inspirasi Bisnes Digital, Kewangan, dan Gaya Hidup Semasa
Tarikh ini pasti akan terus tersemat di ingatan saya. Waktunya sekitar 15 minit sebelum waktu lsyak. Buat iulung kalinya Allah Taala mengizinkan saya menjejakkan kaki di al-Ard al-Muqaddasah, Baitulmuqaddis, Palestin. Ya, itulah negara dan kota yang ingin diziarahi. Walau sudah tenggelam nama itu dari peta dunia dan digantikan dengan nama Jerusalem, lsrael yang haram itu, namun hakikatnya ia adalah al-Quds, bumi lsra’ dan letaknya kiblat pertama umat Islam di Masiid al-Aqsa.
Hait al-Buraq atau Mabka
Tiada kata yang bisa terungkap saat pertama kali melihat kota lama al-Aqsa tersergam kukuh disulam panorama mengasyikkan bumi al-Quds saat berada di puncak Mount Scopus atau dikenali juga dengan nama Jabal Masharif atau Jabal Mashhad melainkan tahmid kesyukuran dan takbir mengagungkan kebesaranNya. Persis sang Khalifah Umar al-Khattab sewaktu berada di atas Jabal Mukabbir (bukit orang yang bertakbir), mengucap tulus kalimah Allahuakbar tatkala melihat panorama al-Quds yang penuh bersejarah itu.
Saat itu terlintas di hati penulis; sungguh, jika lidak dilihat dari aspek agama dan sejarah sekalipun, hanya sckadar merasai ketenangan dan pemandangan mengasyikkan bumi al-Quds ini, sudah cukup untuk membuatkan tempat ini menjadi rebutan tiga agama besar dunia. Haramain kali ini ingin mencoret secebis kenangan untuk tatapan semua.
Jalan masuk ke masjid al-Aqsa
Hampir Tujuh Jam Ditahan Mula jam 11 pagi hingga 10 minit sebelum jam 6 petang, itulah tempoh penulis ditahan di sempadan. Alhamdulillah semua ahli rombongan pakej Umrah 3 Masjid, Ash-Har Travel & Tours dilepaskan untuk keluar ke sempadan pada jam 2 petang. Penulis masih ditahan di kaunter imigresen. Visa sementara yang dikeluarkan oleh pihak berwajib dari awal pagi lagi tiba mengikut maklumat yang diterima, namun dinafikan oleh pihak pegawai imigresen Israel. Penulis akhirnya dibawa masuk ke kawasan pelancong yang ditahan di bahagian dalam kompleks imigresen di sempadan. Di sana penulis bertemu dengan sekumpulan remaja dan pemuda Islam sekitar umur 20 hingga 40 tahun dan ketua-ketua rombongan dari Afrika Selatan yang juga turut ditahan. Kami berkenalan dan berbual-bual. Salah seorang ketua mereka menceritakan pengalaman beliau sewaktu ditahan beberapa kali dahulu di sempadan dan antara yang agak merisaukan ialah pengalaman beliau diarah untuk menanggalkan semua pakaian dan turut disaksikan oleh sekumpulan polis wanita Israel. Beliau sempat memberi panduan jika penulis terus ditahan dan dibawa ke bilik soal siasat. Tatkala waktu sudah semakin Iewat, penulis sempat bertanya kepada beliau tentang solat. Beliau menjawab: “Jika kamu ingin solat, maka lakukanlah dalam keadaan yang paling minimum yang boleh dilakukan seolah-olah kamu sedang sakit. Kalau kamu menunaikan solat secara terang-terangan di sini, sama ada kamu dinafikan daripada memasuki sempadan atau dihantar pulang terus ke Jordan. “Worst oome to worst, you’ll never come out from this place at all! If you want to perform your solah, please do it outside this complex after they let you out…” Tatkala penulis baru bermula untuk solat (dalam posisi duduk), terdengar suara pegawai memanggil nama penulis dan menyerahkan pasport dengan katanya: “Welcome to Israel!” Tiada yang Lebih Indah daripada Solat Akhirnya penulis dilepaskan ke sempadan.Saudara Fathullah selaku pemandu pelancong kami tidak henti-henti menguoap kalimah hamdalah seusai melihat penulis keluar dari bangunan imigresen. Semua ahlirombongan kelihatan sudah terlalu penat,kelaparan dan letih dengan kerenahdan layanan pihak berkuasa Israel. Alhamdulillah, mereka sudah menunaikansolat. Kami terus bergerak dengan menaiki bas menuju ke salah sebuah kota terlama di dunia yang dikenali sebagai Ariha atau Jericho. Penulis menyuarakan hasrat untuk melaksanakan solat. “Insya-Allah kita sempat solat di Jericho nanti,” ujar Fathullah. Sepanjang perjalanan kami dilarang mengambil gambar sehinggalah dibenarkan berbuat demikian. Rupa-rupanya kami sedang melalui satu kawasan berbukit yang agak rapat antara satu dengan lain. Salah seorang ahli jemaah kami, Haji Muhammad yang dikenali dengan nama Hj. Mat Surabaya, bekas Leftenan Kolonel Angkatan Tentera Malaysia, membisikkan sesuatu ke telinga penulis. Kami dijelaskan bahawa kawasan berbukit tersebut jika ditafsirkan mengikut bahasa ketenteraan dikenali sebagai kawasan “No Go”(tiada laluan) hatta menggunakan kereta kebal sekalipun kerana penuh dengan tapak-tapak periuk api. Sesampainya di kawasan Tell al-Sultan di Jericho, salah sebuah tempat istirahat dan tapak pelancongan, penulis terusbertanyakan tempat solat. Solat jamak takhir berserta qasar solat Zuhur dan Asar kali itu terasa lebih manis dan benar-benar dirasakan hikmahnya daripada rukhsah yang diberikan Allah itu. Dalam surah al-Nisa’ ayat 101 Allah menjelaskan yang bermaksud: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut difimah oleh orang kafir. Sesungguhnya, orang kafir itu ialah musuh yang amat nyata bagi kamu.” Al-Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam al-Tafsir al-Kabir menjelaskan maksud fitnah itu dengan dua keadaan: i. Khuatir akan fitnah golongan kafir yang menyebabkan kamu tidak mampu menyempurnakan rukuk dan sujud dalam solat. ii. Khuatir difitnah dengan permusuhangolongan kafir, maka semua ujian, mihnahdan kesusahan mahupun halangan dianggap fitnah. Subhanallah! Makam Syaddan bin Aus di al-Quds Indahnya al-Quds! Sesudah selcsai menjamu selera di Tell al-Sultan, kami bergerak menuju ke Baitulmuqaddis. Kami singgah di Makam