Jadilah Orang Yang Beruntung

images

Masa adalah amat penting dan sebagai manusia biasa kita haruslah manfaatkan masa sebaiknya.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Al-Asr: 1-3)

Berdasarkan ayat di atas, jelas lah bahawa masa yang ada itu sangat berharga. Antara langkah untuk menjadi orang yang beruntung ialah:

  • Menyedari yang masa adalah tetap
  • Kita menyedari hakikat bahawa seseorang tidak boleh melebihi yang bermaksud kita tidak dapat mengelak daripada masa untuk terus berjalan kerana ia adalah tetap. Namun, kita bioleh mengubah perkara yang kita lakukan kerana ia tidak tetap. Sebagai contoh seorang mahasisiswa mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan di universiti, oleh yang demikian pelajar tersebut akan menghadapi keterbatasan masa. Perkara tersebut harus dikurangkan iaitu focus kepada perkara yang lebih penting. Tapi tidak bermakna la anda tidak boleh mengikuti sebarang aktiviti. Yang penting tahu seimbangkan masa.
  • Masa tidak menunggu kita
    Masa sentiasa bergerak dan ia tidak akan terhenti kecuali kita telah pergi meninggalkan duniawi. Namun, terdapat individu yang merasa bahawa masa yang menunggu kita. Sebagai contoh, kita meluangkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti lepak tanpa tujuan dalam tempoh masa yang lama. Dalam situasi tersebut, sudah berlaku pembaziran masa. Oleh itu, kita hendaklah sedar akan kepentingan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti menuntut ilmu dan meluangkan masa bersama keluarga.
  • Mencari keberkatan melalui masa
    Antara cara untuk memperolehi keberkatan melalui masa adalah memberi perhatian kepada ibu bapa. Hal ini bermaksud, sebagai anak kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita sepenuh hati dan elakkan daripada mengabaikan mereka. Perasaan mereka harus dijaga kerana mereka lah antara yang berharga di dalam dunia ini. Bayangkan jika kita sendiri yang diabaikan oleh anak kita? Apa perasaan kita? Sudah tentu kita merasa sedih. Cara seterusnya adalah sedekahkan masa. Hal ini bermaksud sedekahkan lah masa kita untuk perkara yang membawa manfaat seperti menyedekahkan harta secara ikhlas untuk kebaikan agama dan umat islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *