Kini sedang hangat berlangsung kejohanan bola sepak paling berprestij untuk tahun 2012.
Kita juga boleh membuat ramalan bahawa ramai penonton bakal melekat di kaca TV untuk menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA, Euro 2012 yang semestinya menjadi sebuah fenomena buat seluruh dunia.
Tidak ketinggalan adalah saluran ntv7 yang bakal menyiarkan siaran ulangan perlawanan tersebut pada setiap hari pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, yang turut bakal mengubah waktu siaran beberapa rancangan ntv7 buat seketika.
Pasti ramai yang ingin tahu Jadual EURO 2012 pada waktu Malaysia. Anda boleh semak list perlawanan dibawah ini
Euro 2012 menyaksikan 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dan akan diadakan di dua negara, Poland dan Ukrraine.
perlawanan Euro 2012 bermula antara tuan rumah, Poland menentang Greece yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Warsaw pada 8 Jun ini, manakala perlawanan akhir pada 1 Julai depan akan diadakan di Stadium Olimpik di Kiev, Ukraine.