Jangan Makan Terlalu Pantas!

Kita sudah diajar untuk mengunyah sekurang-kurangnya 40 kali sebelum menelan makanan. Hal ini kerana ia memudahkan penghadaman dan penyerapan nutrisi. Namun begitu, sifat malas dan mengejar masa membuatkan kita terburu-buru memakan makanan.

Tahukah anda bahawa terdapat keburukan apabila sering terburu-buru menghabiskan makanan? Ada banyak masalah yang boleh timbul selain daripada risiko tercekik serta sakit perut.

 

baby_eat_melon1

 

banatly.com

 

1. Terlebih Makan

Antara punca obesiti adalah kurangnya pengawalan makanan. Dorongan nafsu membuatkan kita mengambil kuantiti sehingga membukit. Bertambah teruk lagi apabila kita gelojoh.

Tubuh mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk menghantar signal daripada perut ke otak bahawa ia telah kenyang, kemudiannya otak akan merumus dan menterjemahkan ia sebagai arahan untuk tidak lagi makan. Namun begitu, kegelojohan kita akan menyebabkan sukar untuk berhenti sehingga sudah terlambat.

2.Ketidakhadaman

Rasa sakit di dada? Ia dipanggil gastroesophagal reflux, terjadi apabila kerap memakan dengan gelojoh sehingga menyebabkan kepedihan membakar dalam dada. Ia boleh menjadi lebih teruk dimana saluran esophagus menjadi sempit, menyukarkan lagi untuk kamu menelan.

Tambahan itu, masalah lain yang boleh timbul adalah sedu dan kembung perut. Ini disebabkan menelan banyak angin ketika berselang-seli setiap suap yang banyak akibat kegelojohan.

3. Hilang nikmat rasa

Deria rasa kita terletak di lidah, yang mengandungi lebih 1000 reseptor rasa. Reseptor-reseptor ini tidak ada di dalam mana-mana organ mahupun luar tubuh badan. Di situ sahaja kita dapat menikmati rasa makanan yang lazat.

Oleh itu, mengapa harus kita terburu-buru menelan untuk menghabiskan makanan? Jadikan setiap suapan berbaloi; kunyahlah perlahan-lahan.

4. Penyerapan nutrisi terjejas

Makanan yang lebih mudah dihadam adalah lebih mudah untuk diserap nutrisinya. Keadaan makanan yang masih sangat pejal menyukarkan proses ini. Selain ketidakhadaman (nombor 2), boleh menyebabkan sembelit. Ini membuktikan bukan sahaja memakan makanan sihat, cara memakannya juga haruslah bertertib. Jika tidak, badan akan menjadi mudah lesu dan mendapat pelbagai penyakit akibat kekurangan khasiat.

See also  Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima Yang Kita Tidak Tahu

Ia juga menjadikan kita cenderung untuk memakan lagi kerana otak menghantar signal bahawa ia masih kekurangan zat, membuatkan anda mendambakan lagi makanan. Namun, dengan cara makan yang gelojoh menjadikannya satu putaran yang tidak berhenti.
Oleh itu, biarpun pada zaman ini kita amat sibuk, luangkanlah masa untuk makan secara tertib. Ini adalah untuk kesejahteraan tubuh badan dan diri sendiri. Jadikan setiap makanan kita itu bernilai. Apakah gunanya berpusu-pusu menjana pendapatan tanpa menghiraukan kesihatan.

 

0 comments… add one

Leave a Comment