Muda-muda ni baik yang dah kahwin ataupun bujang, kalau dah bekerja tu eloklah buat simpanan awal-awal. Bukan apa, tak semua yang bekerja dalam sektor awam, ramai juga yang bekerja dalam sektor swasta. Baik mempunyai pencen ataupun simpanan wang pekerja, simpanan ataupun pelaburan ini akan mengukuhkan lagi status kewangan kita pada masa hadapan.
Ambil contoh yang kerajaan sarankam sekarang ni, buat simpanan dalam ASB. Tahukah anda ASB ni pelaburan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia? Mari kita kupas sedikit sebanyak tentang ASB agar ramai lebih buka mata tentang pelaburan berbentuk simpanan ini.
Untuk pengetahuan semua, ASB ini namanya adalah Amanah Saham Bumiputra Berhad yang mana diasaskan pada tahun 1990 bertujuan untuk membantu golongan awam untuk membuat pelaburan jangkamasa panjang disamping dibekalkan dividen tahunan sebagai hasil pelaburan. Kangkamasa maksimum untuk pelaburan ini adalah dari 1 tahun sehingga 30 tahun. Ianya tidak mempunyai tempoh matang, anda Cuma letak modal dan buka akaun pelaburan ASB dah terus dapat oungut hasil dividen setahun sekali. Mudah bukan?
ASB adalah terbahagi kepada dua dan ianya dibekalkan oleh semua bank bumiputra khas untuk warganegara sahaja. Bila namapun bumiputra, sudah tentu sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah, adalah layak untuk melabur dengan syaratnya mempunyai penyata pendapatan sebagai insuran kepada pelaburan terbabit dan berumur 18 tahun dan keatas.
Pelaburan yang pertama adalah berbentuk asas jual beli, anda ada modal dan penyata yang kuat, bawa modal kemana-mana sahaja bank dan terus buka akaun pelaburan ASB. Unit dagangan boleh dibeli dengan kadar serendah 1 unit bersamaan dengsn RM1. Namun begitu, cadangan unit yang sesuai adalah bermula daripada 10,000 unit.
Yang kedua pula adalah pelaburan berbentuk pinjaman. Sekiranya anda seorang yang bekerja tetap dan mempunyai penyata gaji, namun tidak berkemampuan untuk melabur sehingga RM10,000 setahun, anda diberi kelonggaran daripada bank untuk membuat pinjaman. Namun begitu, pinjaman ASB adalah berbentuk asas dan sebaik permohonan pinjaman diluluskan, dana tersebut akan terus dibawa ke akaun pelaburan anda, yakni tidak boleh bawa keluar ya, melainkan dividen tahunan ataupun bayaran pinjaman telah dilangsaikan.
Bagi setiap bank, mereka mempunyai kadar faedah yang berbeza sebagai contohnya maybank 3.25% bergantung kepada akaun komersial ataupun islamik, RHB pula dari 4.0%, CIMB Bank dan Affin bank mempunyai kadar faedah yang sama 4.05%, Bank Simpanan Nasional sebanyak 4.15%, Ambank 4.35% dan terbanyak lagi bank bumiputra yang lain. Kadar faedah ini adalah berbeza mengikut tahun dan juga pertumbuhan kadar ASB semasa.
Bagi dividen pula, ianya adalah berbeza mengikut tahun. Sekiranya pertumbuhan ekonomi adalah elok dan bank banyak membuat keutungan pada tahun tersebut, kadar dividen yang dibekalkan adalah tinggi dan boleh mencecah 12% setahun. Sebagai contoh, tahun lepas 2019, kadar dividen yang diagihkan adalah sebanyak 5.5%.
Ada yang cakap beebaloi, ada yang cakap belum cukup. Tetapi adakah ianya kurang sekiranya ianya adalah simpanan kita dan ia berkembang tanpa perlu kita bekerja untuk mengembangkan simpanan tersebut? Jawapannya sudah tentu berbaloi, kenapa tidak?
Ramai kan yang suka pendapatan pasif dengan melabur? Nak berjinak dalam dunia pelaburan, ASB adalah jalan yang terbaik, tak perlu lah kita sibuk nak pergi ke Bursa Saham semata-mata nak buat pelaburan.
Setuju atau tidak, ini adalah rangkaan yang dibuat oleh kerajaaan sendiri demi untuk membentuk masa depan rakyat yang lebih sejahtera dan terjamin. Kalau nak menyimpan bila ada duit lebih, belum tentu kita akan ada duit lebih sebab sifat duit ni biasanya tak pernah cukup. Oleh sebab itulah ramai yang membuat pelaburan dalam ASB. Sambil menyimpan sambil melabur.